home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Si Bapa dan Penyusuan Badan

Si Bapa dan Penyusuan Badan

Kebanyakan ibu bapa bersetuju bahawa penyusuan susu ibu adalah cara terbaik untuk memberikan bayi makan. Susu ibu mengandungi campuran hebat nutrien dan memberikan pelbagai manfaat kesihatan kepada bayi. Selain itu, penyusuan susu ibu adalah percuma, tanpa sebarang persiapan atau pembersihan, dan adalah cara yang sempurna untuk seorang ibu membina hubungan dengan anaknya.

Tetapi ramai bapa baru mempunyai perasaan yang berbeza mengenai penyusuan selepas kedatangan bayi. Ia bukanlah bermakna bahawa si bapa tidak menghargai penyusuan dan manfaatnya – hanya sahaja mereka berasa sedikit ketinggalan dalam pengalaman ini.

Perasaan kekurangan

Adalah perkara biasa untuk si bapa merasa:

-Merasa takut bahawa anda akan mempunyai masa yang sukar untuk membina ikatan dengan bayi anda berbanding pasangan anda.

-Merasa kekurangan, mempercayai bahawa semua yang anda lakukan untuk bayi anda tidak boleh dibandingkan dengan sumbangan pasangan anda

-Merasa tidak senang kepada bayi yang secara fizikalnya telah mengganggu anda dan pasangan anda.

-Mempercayai bahawa memandangkan wanita yang menyusukan bayi, mereka lebih berpengetahuan dan mempunyai kemahiran yang lebih baik.

Berikut adalah beberapa cara yang tertentu di mana para bapa boleh membantu:

  1. Banyakkan membantu dan lebih bertimbang rasa. Penyusuan susu ibu adalah satu tugas yang sukar, begitu juga dengan kerja pasangannya. Bantu bila-bila masa yang boleh. Apabila si ibu menyusukan anak, bawakan dia bantal atau segelas air, atau bantu untuk sendawakan bayi apabila bayi selesai makan. 
  2. Pastikan anda mendapat banyak sentuhan kulit ke kulit dengan anak anda. Memeluk, memandikan, dan membaca di kerusi semasa bayi anda tidur di atas dada anda adalah kunci kepada ikatan hubungan. Dan ini akan memberikan anda dan bayi anda peluang untuk menjalin hubungan dengan cara yang sama seperti rasa kasih yang timbul melalui penyusuan. 
  3. Luangkan banyak masa bersantai dengan bayi anda. Bawa bayi anda berjalan-jalan dalam kereta sorong, Bawa bayi dalam pengendong bayi sewaktu membeli-belah, atau bermain di lantai bersama-sama. Ini akan memberikan anda dan bayi anda peluang untuk bersendirian. Semakin kerap ini berlaku, anda akan lebih yakin tentang keupayaan anda sebagai seorang bapa. 
  4. Susukan bayi anda dengan susu badan daripada botol. Anda boleh memperkenalkan bayi anda dengan botol dan mula mengambil alih tugas di masa makan. (Sebelum memulakan penggunaan botol susu, adalah lebih baik menunggu sehingga bayi anda berusia sekurang-kurangnya 4 minggu supaya tabiat penyusuannya telah terbina dengan baik. Anda ingin memastikan bayi anda peluang untuk betul-betul selesa dengan penyusuan payudara sebenar terlebih dahulu.) Cuba untuk tidak terasa hati jika bayi anda kelihatan tidak menikmati menyusu botol dengan anda. Puting plastik, seperti yang sebenar, datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Jadi, anda mungkin perlu bereksperimen untuk mengetahui jenis puting terbaik yang bayi anda sukai.
  1. Bersabar jika pasangan anda seolah-olah kurang menggemari hubungan kelamin. Pasangan anda mungkin hanya fokus kepada penyusuan bayi anda. Selain itu, wanita pada masa ini mungkin mempunyai tahap estrogen yang lebih rendah jadi pelinciran faraj semula jadi mungkin tidak mencukupi. Ini boleh membawa kepada hubungan kelamin yang tidak selesa atau menyakitkan. Jadi, daripada menganggap bahawa pasangan anda tidak tertarik kepada anda lagi, dapatkanlah pelincir berasaskan air untuknya apabila dia berada dalam mood.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Dads and breastfeeding.

http://www.babycenter.com/0_dads-and-breastfeeding_8252.bc.

Accessed January 1st, 2017.

Gambar penulis
Ditulis oleh Helma Hassan pada 06/04/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x