backup og meta

Sila Ikuti 10 Langkah Ini Ke Arah Penyusuan Susu Ibu yang Berjaya

Sila Ikuti 10 Langkah Ini Ke Arah Penyusuan Susu Ibu yang Berjaya

Buat wanita hamil yang merancang untuk melakukan penyusuan eksklusif buat si manja, ini ada 10 langkah penyusuan susu ibu yang berjaya dapat membantu anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Susu ibu sokong tumbesaran bayi

Kenapa wujud polisi 10 langkah penyusuan susu ibu yang berjaya ini ya?

Penyusuan susu ibu adalah cara utama menyediakan bayi dengan nutrien yang mereka perlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.

Hampir semua ibu boleh menyusu badan, dengan syarat mereka mempunyai maklumat yang tepat dan sokongan keluarga, sistem penjagaan kesihatan dan masyarakat.

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia disambut setiap tahun daripada 1 hingga 7 Ogos untuk menggalakkan penyusuan badan dan meningkatkan kesihatan bayi di seluruh dunia. 

Ia memperingati Deklarasi Innocenti yang ditandatangani pada Ogos 1990 oleh pembuat dasar kerajaan, WHO, UNICEF dan organisasi lain untuk melindungi, mempromosikan dan menyokong penyusuan susu ibu.

bayi menyusu

Kepentingan penyusuan susu ibu

Penyusuan badan adalah cara terbaik untuk menyediakan bayi dengan nutrien yang diperlukan. Bahkan kolostrum, bentuk awal susu ibu dikenali sebagai ‘vaksin pertama’ kerana sangat kaya dengan nutrien dan antibodi.

WHO mengesyorkan penyusuan eksklusif bermula dalam masa satu jam selepas lahir sehingga bayi berumur 6 bulan. Makanan pelengkap yang sihat kemudiannya akan ditambah di samping penyusuan badan sehingga 2 tahun atau lebih.

Susu badan dikaitkan dengan pengurangan risiko pelbagai masalah kesihatan bayi, daripada masalah perkembangan neurologi hinggalah kepada diabetes.

Menurut UNICEF, ‘bayi yang menyusu secara eksklusif adalah 14 kali ganda lebih rendah berkemungkinan mati dalam enam bulan pertama berbanding bayi yang tidak menyusu badan’.

Penyusuan badan secara menyeluruh di negara berpendapatan rendah dan sederhana boleh mencegah kematian kira-kira 823,000 kanak-kanak di bawah usia dua tahun, menurut satu kajian oleh Australian National University.

Penyusuan badan juga memberi manfaat kepada para ibu, dengan kesan signifikan dalam mengurangkan risiko kanser payudara.

Baca juga:

10 langkah penyusuan susu ibu yang berjaya

Tahukah anda, WHO dan UNICEF melancarkan Inisiatif Hospital Mesra Bayi untuk membantu menggalakkan penyediaan persekitaran yang melaksanakan 10 Langkah ke arah Penyusuan Susu Ibu yang efektif.

10 langkah ini meringkaskan dasar dan prosedur yang patut disediakan di mana-mana fasiliti ibu bersalin dan bayi baru lahir.

Mengetahui 10 polisi penyusuan susu ibu membantu anda mengetahui hak diri:

1.Polisi hospital

1a. Mematuhi sepenuhnya Kod Pemasaran Antarabangsa Pengganti Susu Ibu dan resolusi Perhimpunan Kesihatan Dunia yang berkaitan.

1b. Mempunyai polisi makan bayi bertulis yang disampaikan kepada kakitangan dan ibu bapa secara rutin.

1c. Menubuhkan sistem pengawasan dan pengurusan data yang berterusan.

bayi menyusu
Hospital menyokong penyusuan susu badan dengan cara tidak mempromosikan susu formula, botol atau puting.Menjadikan penjagaan penyusuan badan amalan utama dan mengawal selia sokongan kepada penyusuan badan.

10 langkah penyusuan susu ibu yang berjaya #2. Kompetensi Kakitangan

bayi menyusu
Hospital menyokong ibu menyusu badan dengan cara melatih kakitangan untuk memberikan sokongan kepada ibu menyusu serta menilai pengetahuan dan kemahiran kakitangan.

3. Penjagaan Antenatal

10 langkah penyusuan susu ibu yang berjaya
Anda dan keluarga akan diberikan maklumat tentang kepentingan dan cara pengurusan penyusuan badan.

4. Penjagaan Selepas Kelahiran

10 langkah penyusuan susu ibu yang berjaya
Menggalakkansentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi sejurus selepas kelahiran dan membantu ibu meletakkan bayi mereka ke payudara sesegera mungkin.

5. Menyokong ibu menyusu

10 langkah penyusuan susu ibu yang berjaya
Kakitangan hospital akan memeriksa kedudukan, keadaan bayi menekap dan menghisap.Memberikan sokongan penyusuan yang praktikal serta membantu para ibu dengan masalah penyusuan biasa.

10 langkah penyusuan susu ibu yang berjaya #6. Tiada makanan tambahan

10 langkah penyusuan susu ibu yang berjaya
Hanya susu ibu dibenarkan untuk bayi melainkan terdapat sebab kesihatan, bahkan susu ibu lain diutamakan jika tambahan diperlukan.Jika susu formula diberikan, cara pemberian dengan selamat (penstrilan, penggunaan air panas dll) akan diterangkan.

7. Bilik sama

bayi menyusu
Ibu dan bayi perlu sentiasa dibenarkan bersama termasuklah bayi yang sakit (dalam inkubator).

8. Penyusuan responsif

bayi menyusu
Hospital membantu para ibu mengenal pasti bila bayi mereka lapar serta tidak mengehadkan waktu ibu menyusu.

9. Risiko penggunaan botol susu & puting 

bayi menyusu
Hospital menyokong penyusuan susu badan dengan menasihati para ibu tentang penggunaan dan risiko botol susu, puting botol dan puting kosong.

10. Akses sokongan, antara 10 langkah penyusuan susu ibu yang berjaya 

bayi menyusu
Hospital menyokong ibu menyusu badan dengan merujuk para ibu kepada komuniti rujukan untuk sokongan ibu menyusu serta bekerjasama dengan komuniti untuk menambah baik sokongan kepada ibu menyusu.

Kajian sistematik diterbitkan pada tahun 2016 menunjukkan dengan jelas bahawa pematuhan kepada 10 langkah penyusuan susu ibu ini memberi kesan kepada pemberian susu bayi selepas kelahiran, penyusuan eksklusif dan tempoh penyusuan susu ibu.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

 

  1. Tips for breastfeeding success. https://www.thewomens.org.au/health-information/breastfeeding/breastfeeding-overview/tips-for-breastfeeding-success. Accessed on Sept 10, 2021
  2. Ten steps to successful breastfeeding. http://www.tensteps.org/. Accessed on Sept 10, 2021
  3. Ten steps to successful breastfeeding. https://www.who.int/teams/nutrition-and-food-safety/food-and-nutrition-actions-in-health-systems/ten-steps-to-successful-breastfeeding. Accessed on Sept 10, 2021
  4. A Good Latch Is The Key To Successful Breastfeeding. https://www.kidshealth.org.nz/good-latch-key-successful-breastfeeding. Accessed on Sept 10, 2021
  5. 5 Tips for Successful Breastfeeding. https://www.lancastergeneralhealth.org/health-hub-home/motherhood/fourth-trimester/5-tips-for-successful-breastfeeding. accessed on Aug 15, 2023

 

Versi Terbaru

16/08/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ibu Ada Masalah Bengkak Susu? Atasinya Dengan 9 Cara Ini!

Bagaimana Sendawakan Bayi Yang Selalu Tertidur Masa Menyusu? Ini Caranya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 16/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan