backup og meta

JANGAN Beri Ubat Gigi Biasa Pada Bayi, Sampailah Usia Ini - Mereka Masih Berisiko!

JANGAN Beri Ubat Gigi Biasa Pada Bayi, Sampailah Usia Ini - Mereka Masih Berisiko!

Memberus gigi adalah cara penjagaan oral yang penting sama ada bagi dewasa mahupun kanak-kanak. Tetapi adakah penggunaan ubat gigi kepada bayi tidak mendatangkan bahaya? Jom ketahui dengan lebih lanjut.

Penjagaan oral

Penjagaan oral kanak-kanak perlu bermula sejak mereka masih bayi lagi. Sungguhpun bayi masih belum tumbuh gigi pertama, namun ibu bapa perlu mula menjaga kebersihan mulut dan gusi bayi.

Penjagaan oral kanak-kanak sinonim dengan penggunaan berus gigi bayi, kain lembut dan juga ubat gigi.

Gigi bayi mungkin kecil, tetapi ia memainkan peranan penting dalam tumbesarannya kelak. Ia bertindak sebagai ruang letak untuk gigi dewasa nanti.

Tanpa set gigi bayi yang sihat, anak anda akan mengalami masalah besar untuk mengunyah dan bercakap dengan jelas. Itu sebabnya penjagaan gigi bayi dan menjaganya agar bebas dari kerosakan adalah sangat penting.

Walau bagaimanapun, seawal usia berapakah bayi boleh diberikan ubat gigi dan bagaimana anda ingin membersihkan gusi dan gigi bayi yang kecil?

Penggunaan ubat gigi

penggunaan ubat gigi

Apabila gigi pertama atau turut dikenali sebagai gigi susu bayi mula muncul, anda boleh mula menggosok gigi bayi anda dengan berus gigi. Terdapat beberapa kriteria dalam pemilihan berus gigi, iaitu:

  • Berus lembut
  • Kepala kecil
  • Pemegang besar

Sebagai permulaannya, hanya basahkan berus gigi tanpa menggunakan sebarang ubat gigi. Bayi hanya boleh menggunakan ubat gigi jika sudah berusia 18 bulan dan ke atas.

Sebelum mencapai usia yang dinyatakan, anda hanya boleh memperkenalkannya dengan ubat gigi jika disarankan oleh doktor gigi.

Apabila gigi susu tumbuh dengan banyak, anda boleh menggunakan ubat gigi pada jumlah sebesar sebutir beras. Jumlah penggunaan ubat gigi rendah atau bebas fluorida akan ditingkatkan kepada saiz kacang pis apabila anda anda berusia lebih 18 bulan.

Berus gigi anak anda dengan lembut pada sekitar gigi susunya, di bahagian depan dan belakang.

Anda perlu membantu memberus gigi anak anda sehingga dia mampu untuk memegang berus sendiri. Tetapi pastikan anda mengawal proses memberus gigi itu sehingga anak anda dapat membilas dan meludah dengan sendiri dan tanpa sebarang bantuan.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Penggunaan ubat gigi fluorida untuk bayi, selamatkah?

Seperti yang dikatakan awal tadi, kepentingan penjagaan kesihatan mulut yang baik adalah amat penting untuk dimulakan dari awal.

Ia harus bermula sebelum bayi anda mula untuk tumbuh gigi susu yang pertamanya dengan mengelap gusi dan mulut dengan kain lembut dan lembap untuk membantu membuang bakteria.

Apabila gigi susu mula tumbuh, American Academy of Pediatrics menyarankan untuk beralih kepada penggunaan berus gigi dan ubat gigi bebas fluorida.

Tetapi kuantiti ubat gigi yang digunakan adalah sangat sedikit dan tidak melebihi saiz sebutir beras. Penggunaan ubat gigi bebas fluorida ini harus digunakan sehingga anak anda mencapai usia 2 tahun.

penggunaan ubat gigi

Anda boleh menambah jumlah ubat gigi berfluorida jika usia kanak-kanak sekitar 3 hingga 6 tahun, kerana ketika ini mereka sudah pandai meludah semasa menggosok gigi.

Pada tempoh usia ini, setiap kali anak anda ingin memberus gigi, kehadiran anda atau individu dewasa lain perlu ada sebagai pengawasan.

Menurut American Dental Association, kanak-kanak di bawah usia 6 tahun cenderung untuk tertelan ubat gigi kerana tindak balas refleks menelan mereka masih belum berkembang sepenuhnya.

Bagaimana jika bayi saya tertelan ubat gigi?

Sekiranya ibu bapa mematuhi jumlah penggunaan ubat gigi yang disarankan, adalah tidak mengapa jika bayi tertelan sedikit daripada saiz kecil ubat gigi yang ada pada berus gigi.

Bagaimanapun, jika anda meletakkan jumlah ubat gigi yang lebih banyak, dan anak anda tertelan sedikit daripadanya, terdapat kemungkinan bayi mengalami sakit perut.

Ini tidak semestinya berbahaya, tetapi anda boleh membawa bayi berjumpa doktor jika bimbang dengan keadaan kesihatan si manja anda.

Ubat gigi berfluorida adalah selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Jika anda bimbang anak anda akan tertelan ubat gigi, sentiasa pantau anak kecil anda semasa memberus gigi, sehinggalah dia sudah boleh memberus giginya sendiri dan pandai meludah.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Brushing baby teeth: handy hints and how-tos. https://www.nct.org.uk/baby-toddler/teething/brushing-baby-teeth-handy-hints-and-how-tos. Accessed Dec 3, 2021.
  2. 7 best baby toothpastes. https://riseandshine.childrensnational.org/7-best-baby-and-toddler-toothpastes-for-healthy-teeth-from-the-get-go/. Accessed Dec 3, 2021.
  3. Teeth Matter. https://www.cdhp.org/blog/307-aap-recommends-earlier-use-of-toothpaste. Accessed Dec 3, 2021.
  4. A Mom’s Guide to Fluoride. https://www.mouthhealthy.org/en/babies-and-kids/moms-guide-to-fluoride. Accessed Dec 3, 2021.
  5. Is fluoride good for children’s teeth? https://www.firstthingsfirst.org/first-things/is-fluoride-good-for-childrens-teeth/. Accessed Dec 3, 2021.
  6. Fluoride Varnish: What Parents Need to Know. https://www.healthychildren.org/English/healthy-living/oral-health/Pages/Fluoride-Varnish-What-Parents-Need-to-Know.aspx. Accessed Dec 3, 2021.

Versi Terbaru

17/01/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Kasihan Bila Si Kecil Mengadu Sakit Gigi... Parents, Ikut Cara Ini Untuk Atasinya!

Gigi Anak Berkarat Dan Rongak, Ini 5 Cara Mencegah Kerosakan Gigi Kanak-Kanak


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan