Pastinya bakal ibu ingin mengetahui perkara yang akan berlaku selepas melahirkan anak, kan? Dalam perkongsian artikel ini akan menjelaskan apa perlu buat selepas bersalin nanti.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Keadaan si manja selepas bersalin
Bagi anda yang selamat menjalani tempoh kehamilan penuh antara 37 hingga 42 minggu, pastinya saat melahirkan anak, momen yang tidak mungkin dapat dilupakan.
Tetapi tahukah anda apa akan berlaku selepas proses kelahiran si manja?
Jika sebelum ini, penulis berkongsikan mengenai 11 perkara yang berlaku pada bayi dalam tempoh 24 jam sebelum lahir, kali ini anda akan mengetahui pula tentang perkara yang akan dilalui si manja selepas bersalin.
[embed-health-tool-baby-poop-tool]
Kulit si manja
Kebiasaannya, bayi yang dilahirkan akan mempunyai kulit yang agak kebiruan dan berbintik-bintik.
Tubuh mereka mungkin diselaputi cecair ketuban, darah dan vernix – bahan putih seakan keju. Ini adalah situasi normal dan dapat membantu bayi berasa selamat berada di luar rahim.
Kulit si manja akan berubah kemerahan sewaktu mereka mula bernafas – dalam tempoh seminit selepas kelahiran.
Pun begitu, tangan dan kaki bayi mungkin akan kekal kebiruan untuk tempoh beberapa jam.
Apa perlu buat selepas bersalin? Keluarkan plasenta dan potong tali pusat
Selepas proses kelahiran bayi, anda akan mengalami lebih banyak kontraksi yang akan membantu mengeluarkan plasenta.
Setelah ia berjaya dikeluarkan, tali pusat, yang dihubungkan dengan plasenta akan dikepit pada 2 bahagian dan dipotong.
Jika bernasib baik, mungkin pasangan anda diberikan peluang untuk memotongnya.
Apa perlu buat selepas bersalin? Sentuhan kulit ke kulit
Selepas bersalin secara normal, bayi yang baru dilahirkan akan diletakkan pada dada ibu untuk bersentuhan dengan kulit.
Si kecil memerlukan tidur dan makanan. Selain itu mereka perlu berasa selamat dan hangat, jadi sentuhan kulit anda adalah pilihan terbaik.
Dengan melakukan sentuhan ini, ia akan dapat:
- Mengurangkan tangisan bayi yang baru lahir
- Membantu memulakan dan mengekalkan penyusuan
- Membantu mengekalkan suhu badan bayi anda
Biasanya, selepas sentuhan pertama ini, bayi anda akan ditimbang, diukur dan dipantau untuk memastikan mereka sihat.
Sebaliknya, jika proses kelahiran adalah melalui pembedahan caesarean, tanyakan kepada doktor atau jururawat untuk memastikan si manja mendapat sentuhan kulit ke kulit seawal mungkin.
Baca juga:
Apa perlu buat selepas bersalin? 8 perkara perlu dilakukan dalam 24 jam kelahiran bayi
Penimbangan dan pengukuran
Selepas penyusuan badan pertama, bayi akan ditimbang dan diambil ukuran panjang serta lilitan kepala.
Selepas bersalin dan proses kelahiran, si manja tidak perlu dimandikan untuk tempoh sekurang-kurangnya 24 jam.
Vitamin K
Semasa penimbangan, si manja akan diberikan suntikan vitamin K bagi mengelakkan pendarahan kesan kekurangan vitamin ini.
Apa perlu buat selepas bersalin? Pengumpulan darah tali pusat jika anda Rh negatif
Sekiranya kumpulan darah anda Rh negatif, sebahagian darah akan diambil daripada tali pusat untuk menentukan sama ada kumpulan darah bayi serasi atau tidak.
Umumnya, kumpulan darah manusia dikelaskan kepada empat fenotip iaitu kumpulan darah A, B, O dan AB, manakala rhesus pula mempunyai 2 jenis iaitu positif dan negatif.
Penyusuan, antara apa perlu buat selepas bersalin
Bayi akan mula menunjukkan tanda ingin menyusu sebaik sahaja dilahirkan dan akan melekap serta menghisap payudara untuk tempoh sekurang-kurangnya 50 minit selepas proses kelahiran.
Kemudiannya, si manja mungkin boleh menyusu selama 1 jam atau lebih.
Tidur
Bayi akan diletakkan berhampiran katil anda supaya anda dapat menjalinkan ikatan serta memenuhi keperluan mereka dengan mudah.
Biasanya, mereka akan tidur sejurus selepas penyusuan pertama dan akan berlangsung untuk tempoh 6 jam atau lebih.
Bahkan, si manja mungkin tidur lebih daripada separuh hari pertama mereka di dunia ini.
Apa perlu buat selepas bersalin? Pemantauan Skor Apgar
Antara pemantauan utama yang dibuat selepas bersalin dikenali sebagai skor Apgar.
Skor Apgar adalah untuk mengukur keadaan bayi apabila berada dalam kehidupan di luar rahim.
Ia adalah panduan untuk doktor, jururawat atau bidan sama ada bayi memerlukan rawatan atau pemantauan segera mahupun tidak.
Skor ini diukur pada 1 minit dan 5 minit selepas proses kelahiran semasa bayi berada di dada anda. Adakalanya ukuran diambil lagi pada 10 minit selepas dilahirkan.
Ia mencatatkan degupan jantung, pernafasan, warna, nada otot dan refleks bayi anda.
Skor maksimum adalah 10. Skor 7 dan ke atas biasanya bermaksud si manja sihat.
Deria pendengaran, rasa, bau dan sentuhan
Bayi telah mendengar dan memberi tindak balas terhadap suara anda bermula daripada fasa terakhir dalam trimester kedua.
Sudah tentu, setelah dilahirkan mereka akan dapat mengenali suara ibu mereka. Bahkan, si manja mungkin akan memusingkan kepala apabila mendengar suara anda.
Penglihatan bayi adalah kabur semasa lahir tetapi mereka akan dapat memberikan fokus pada wajah anda pada jarak sekitar 30 sentimeter (cm).
Ia dipanggil ‘jarak pelukan’ – hampir sama jaraknya antara payudara dan wajah anda.
Bayi akan menghidu dan merasakan cecair ketuban dan kolostrum – susu pertama dihasilkan payudara – mempunyai rasa yang sama.
Air kencing dan mekonium
Dalam 24 jam pertama, bayi akan kencing dan menyingkirkan mekonium (najis bayi baru lahir) sekurang-kurangnya sekali.
Mekonium berwarna hitam dan melekit. Najis bayi akan berubah warna dan konsistensi dalam tempoh beberapa hari akan datang.
Nikmati masa yang ada
Kini anda sudah mengetahui apa perlu buat selepas bersalin. Percayalah kehidupan anda dan pasangan akan berubah. Tidak cukup tidur dan terpaksa bangun lewat malam adalah perkara biasa.
Walau apapun, hargailah setiap detik masa itu, kerana tempoh tumbesaran anak adalah singkat, dan anda pasti akan merinduinya nanti.