backup og meta

Bayi Meneran Sewaktu Buang Air Besar? Ibu, Kenal Pasti Simptom Dan Cara Rawat!

Bayi Meneran Sewaktu Buang Air Besar? Ibu, Kenal Pasti Simptom Dan Cara Rawat!

Kenapa bayi boleh sembelit? Kenapa bayi tak berak sehari? Kenapa bayi kentut tapi tidak berak? Sesetengah petanda masalah kesihatan, seperti bayi sembelit, sukar untuk dikesan dan dilihat. Dalam artikel ini, kami akan membincangkan tentang topik bayi sukar buang air besar dan cara mengatasi bayi sembelit.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Sebelum tahu cara mengatasi bayi sembelit, kenali dahulu simptom bayi sukar buang air besar

Kenapa bayi boleh sembelit? Kenapa bayi tak berak sehari? Kenapa bayi kentut tapi tidak berak?

Bayi yang secara eksklusif menyusu susu ibu sahaja, kebiasaannya tidak akan mempunyai masalah seperti ini, kerana hampir semua nutrien daripada susu ibu akan diserap.

Namun keadaan ini berbeza kepada bayi yang diberi susu formula, mereka mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk diserang masalah sembelit.

Malah masalah sembelit dalam kalangan bayi turut berlaku disebabkan makanan tertentu yang dimakan selepas makanan pepejal diperkenalkan.

Memahami tanda sembelit, pastinya dapat membantu mengatasi masalah kesihatan bayi sebelum ia bertukar menjadi masalah yang lebih besar.

Jadi sebelum tahu cara mengatasi bayi sembelit, kenali dahulu simptomnya.

1. Buang air besar

Kenapa bayi boleh sembelit? Kenapa bayi tak berak sehari?

Kekerapan bayi akan membuang air besar pada setiap hari akan ada turun naik, terutama apabila anda memperkenalkannya makanan baru.

Jika bayi anda tidak membuang air besar selama beberapa hari dan kemudian mempunyai najis yang keras, ia kemungkinan petanda mereka mengalami sembelit.

Sembelit bukan sahaja bergantung kepada jumlah kekerapan membuang air besar, tetapi juga kepada keadaan najis itu juga.

2. Menahan

Sekiranya berlaku perubahan wajah bayi anda ketika sedang membuang air besar, seperti kelihatan tegang atau berkerut, ia mungkin tanda sembelit.

Bayi yang berdepan masalah ini biasanya akan menghasilkan najis seperti tanah liat yang sangat keras.

Najis keras boleh menyukarkan proses membuang air besar, bayi anda berkemungkinan akan menangis atau menjadi tegang.

3. Darah

Sekiranya anda terlihat garis-garis darah merah di atas najis bayi anda, ia adalah kerana bayi mengalami kesukaran ketika proses membuang najis dan menyebabkan luka di sekeliling dinding dubur.

cara mengatasi bayi sembelit
Perut kembung boleh sebabkan bayi menangis.

4. Perut keras

Perut keras boleh menjadi tanda sembelit. Kembung dan tekanan yang disebabkan sembelit boleh menyebabkan bayi anda cepat berasa kenyang.

5. Tidak mahu makan

Kehilangan selera pada bayi anda mungkin disebabkan ketidakselesaan yang dihadapinya. Malah perut yang kembung juga boleh menyebabkannya tidak mahu makan.

Rawatan cara mengatasi bayi sembelit

Beberapa strategi dan kaedah yang boleh anda cuba untuk cara mengatasi bayi sembelit, termasuklah:

Cara merawat bayi sembelit #1 Menukar susu

Jika anda memberi bayi anda susu ibu, anda mungkin perlu untuk menyeimbangkan diet anda. Ini kerana bayi anda mungkin sensitif terhadap sesuatu yang anda makan dan mengakibatkan sembelit, walaupun kes seperti ini jarang berlaku.

Bagi bayi yang diberikan susu formula, anda boleh menukar kepada susu yang lain. Alahan kepada bahan-bahan tertentu yang terkandung dalam susu formula itu boleh menyebabkan sembelit.

Cara mengatasi bayi sembelit 2. Makanan pejal

Sesetengah makanan pejal boleh menyebabkan sembelit, tetapi hal ini boleh diperbaiki. Jika anda baru mencuba memberikan makanan pepejal kepada bayi anda, cuba tambahkan beberapa makanan serat tinggi seperti:

  • Brokoli
  • Buah pear
  • Buah prun
  • Buah peach
  • Epal tanpa kulit

Kurangkan memberi bijirin yang diproses atau nasi, sebaliknya cuba berikan barli, oat atau quinoa. Roti atau biskut bijirin penuh, juga dapat membantu mengatasi sembelit.

3. Berikan puri sebagai cara mengatasi bayi sembelit

Jika bayi anda berusia 6 bulan ke atas dan belum membuat peralihan kepada makanan pepejal, cuba beberapa jenis makanan yang disenaraikan di atas dalam bentuk puri.

Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai banyak serat semula jadi yang akan membantu pembuangan najis bayi anda.

4. Kuantiti air

cara mengatasi bayi sembelit
Bayi sedang menyusu.

Penghidratan yang betul adalah penting untuk melancarkan proses membuang air besar. Air dan susu sangat baik untuk mengelakkan bayi anda daripada terhidrat.

Untuk bayi lebih dari 6 bulan, jus prun atau pear boleh diberikan sekali-sekala untuk mempercepatkan kontraksi kolon bayi anda, sekali gus dapat membantu proses membuang air besar.

Jika jus rasa terlalu manis atau kuat untuk bayi anda, tambahkan secawan air untuk mencairkannya.

Bagi bayi yang di bawah usia 6 bulan, pastikan anda mendapat nasihat dan pandangan doktor sebelum memberikan apa-apa kepadanya selain susu ibu atau formula.

5. Banyakkan pergerakan- cara mengatasi bayi sembelit

Bayi yang banyak bergerak akan membantu mempercepatkan proses pencernaan, sekali gus membantu pergerakan di dalam usus.

Sekiranya bayi anda masih belum berjalan, pergerakan basikal di kakinya (leg bicycles) pasti akan membantu.

6. Urutan

Cara merawat bayi sembelit paling mudah? Lakukan urutan lembut di bahagian perut dan bawah perut bayi untuk merangsang pergerakan usus.

Ulangi senaman beberapa kali sehari, sehingga bayi anda boleh membuang air besar.

Bagaimana jika masih tidak berjaya?

Melakukan perubahan dalam diet bayi anda (atau anda sendiri) pasti akan dapat membantu mengatasi masalah sembelit bayi anda. 

cara mengatasi bayi sembelit
Ini anda perlu buat kalau anak sembelit.

Kebanyakan teknik ini boleh dilakukan di rumah. Walau bagaimanapun, jika anda tidak pernah mengamalkannya sebelum ini, anda perlu berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk mendapat nasihat dan rundingan khusus.

Teknik-teknik ini termasuk:

Glycerin suppository

Jika bayi anda mempunyai tanda seperti najis berdarah selepas membuang najis yang keras, glycerin suppository akan dapat membantu melancarkan proses pembuangan najis.

Laksatif

Laksatif (laxative) diperbuat daripada ekstrak malt barli (Maltsupex) atau serbuk psyllium (Metamucil) yang dapat melembutkan najis bayi. Tetapi ia tidak disyorkan kepada bayi.

Perhatian!

Jika ingin menggunakan cara merawat bayi sembelit ini, berbincang dengan doktor anda dahulu sebelum memberikan apa-apa laksatif kepada bayi di bawah umur 1 tahun.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

What are the signs of infant constipation? And what’s the best way to treat it? https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/expert-answers/infant-constipation/faq-20058519. Accessed May 12, 2022.

Constipation: Infant. https://www.nationwidechildrens.org/conditions/constipation-infant. Accessed May 12, 2022.

Evaluation and Treatment of Constipation in Infants and Children. https://www.aafp.org/afp/2006/0201/p469.html. Accessed May 12, 2022.

Constipation. https://raisingchildren.net.au/babies/health-daily-care/poos-wees-nappies/constipation. Accessed May 12, 2022.

Constipation in infants and children. https://medlineplus.gov/ency/article/003125.htm. Accessed May 12, 2022.

 

Versi Terbaru

15/05/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Baby Tak Berak Sebab Sembelit? Ini 6 Cara Mak Ayah Boleh Buat Untuk Atasinya

Ibu Nak Tahu Cara Menghilangkan Kahak Bayi? Cuba 4 Tip Ini Di Rumah!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan