Masalah kaki bayi bengkok perlu dirawat segera. Terdapat beberapa pilihan rawatan termasuk cara mengurut kaki bayi yang bengkok boleh anda cuba.
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Masalah kaki bayi bengkok perlu dirawat segera. Terdapat beberapa pilihan rawatan termasuk cara mengurut kaki bayi yang bengkok boleh anda cuba.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Kaki bayi bengkok, club foot atau turut dikenali sebagai Congenital Talipes Equinovarus – CTEV merupakan keadaan di mana si manja dilahirkan dengan kaki atau tapak kaki yang membengkok ke bawah atau ke dalam.
Masalah ini dipercayai terjadi kerana tendon Achilles- tendon besar pada bahagian buku lali terlalu pendek. Keadaan ini dipercayai lebih cenderung dialami bayi lelaki berbanding perempuan.
Club foot boleh terjadi kepada sebelah atau kedua-dua belah kaki anak. Keadaan ini umumnya tidak menyakitkan untuk bayi. Namun ia boleh menjadi menyakitkan dan menimbulkan kesukaran untuk berjalan jika tidak dirawat.
Rawatan dan cara meluruskan kaki bengkok biasanya bermula dalam tempoh satu hingga dua minggu selepas si manja dilahirkan.
Rawatan utama dipanggil kaedah Ponseti. Kaedah ini melibatkan teknik manipulasi perlahan-lahan dan meregangkan kaki bayi kepada kedudukan yang lebih baik. Ia kemudian dimasukkan ke dalam acuan plaster (cast plaster).
Kaedah tersebut biasanya akan diulang setiap minggu untuk tempoh lima hingga lapan minggu.
Secara purata, 5-7 cast plaster diperlukan namun bagi bayi dengan kaki yang lebih bengkok, mungkin memerlukan tempoh yang lebih lama untuk dibetulkan.
Selepas acuan plaster terakhir ditanggalkan, kebanyakan bayi memerlukan pembedahan kecil untuk melonggarkan tendon Achilles di bahagian belakang buku lali mereka.
Ini dilakukan dengan menggunakan anestetik tempatan. Ia membantu kaki mereka berada pada kedudukan yang lebih semula jadi.
Bayi juga akan dipakaikan kasut dan palang (foot abduction orthosis) sekurang-kurangnya selama 23 jam sehari – kecuali semasa mandi – bagi mengekalkan kaki pada posisi yang betul.
Pemakaian kasut sepenuhnya untuk 3 bulan pertama amat disarankan. Kemudian kasut tersebut perlu dipakai ketika tidur setiap malam sehingga si manja berusia 4 hingga 5 tahun.
Pematuhan kepada rawatan ini adalah penting kerana masalah kaki bayi bengkok ini boleh berulang jika tempoh pemakaian kasut tidak mencukupi.
Baca juga:
Selain menggunakan kasut dan palang, terdapat juga teknik urutan untuk membantu mengatasi masalah club foot minor ini.
Ia merupakan teknik manipulasi tisu lembut. Di mana urutan akan dilakukan pada bahagian otot kaki si kecil. Anda boleh memilih untuk menggunakan minyak semasa melakukan urutan.
Kebanyakan masalah kaki bayi bengkok akan dapat dirawat dengan jayanya. Mereka akan dapat melakukan aktiviti harian seperti kanak-kanak lain.
Biasanya selepas rawatan, anak akan belajar berjalan pada usia biasa, menikmati aktiviti fizikal dan boleh memakai kasut.
Seperkara yang perlu parents ketahui, anak dengan club foot hanya pada sebelah kaki, mungkin akan mempunyai sebelah kaki yang lebih pendek dan kecil.
Kesan daripada keadaan tersebut, anak mungkin kurang bergerak dengan lebih cepat berbanding kanak-kanak lain.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, berundinglah dengan doktor pediatrik bagi mendapatkan lebih kepastian.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen