home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

7 Tip Melegakan Sedu Bayi

7 Tip Melegakan Sedu Bayi

Setiap kali sedu bayi berlaku, pasti akan membangkitkan kembali mitos orang lama dahulu yang mengatakan bayi itu sedang dalam proses tumbesaran. Bagi melegakan sedu bayi pula, mereka akan mencadangkan untuk menampalkan tisu atau kertas di atas dahi si kecil. Adakah mitos ini benar? Jika tidak, apakah tip-tip yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk melegakan sedu bayi? Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

#1. Sendawakan bayi

Kadangkala, bayi boleh mengalami sedu ketika sedang menghisap susu. Jika ini berlaku, berhenti susukan bayi dan cuba buat mereka sendawa. Apa yang anda perlu lakukan adalah dukung dan dodoi bayi untuk menenangkannya dengan menggosok-gosok bahagian belakang bayi dengan perlahan-lahan. Ulangi tip ini sehingga si kecil anda sendawa.

#2. Selimutkan bayi

Jika tidak berjaya sendawakan bayi, ibu bapa tidak seharusnya cepat berputus asa. Anda boleh cuba langkah seterusnya iaitu selimutkan bayi. Ini bertujuan untuk membiarkan bayi menghisap bahagian hujung selimut. Logiknya, ketika bayi melakukan ini, ia dapat membantu mengendurkan difragma bayi lalu dapat menghentikan sedu.

#3. Berikan bayi susu

Ibu bapa juga boleh berikan bayi sedikit susu tidak kira susu botol atau susu badan. Apabila si kecil menelan susu ini, ia akan membantu diafragma bayi kembali normal. Selain daripada susu, berikan bayi hisap puting kosong atau puting palsu. Ia juga dapat menjadi trik kepada bayi untuk menghisapnya lalu merangsang pergerakan perut dan usus mereka.

#4. Suapkan bayi ‘gripe water’

‘Gripe water’ merupakan sejenis air yang diperbuat daripada herba yang dapat bantu menghilangkan colic dan ketidakselesaan usus. Namun begitu, sebelum memberikannya kepada bayi, ibu bapa perlu baca terlebih dahulu isi kandungan yang terdapat dalam produk tersebut. Ini kerana ada sesetengah produk ini yang mengandungi alkohol.

#5. Alihkan perhatian bayi

Ada ketika, cara yang paling mudah untuk melegakan sedu bayi hanyalah semudah mengalih perhatian mereka. Anda boleh menggunakan muzik, warna atau permainan yang dapat menarik perhatian si kecil anda. Tanpa anda sedari, sedu bayi akan berhenti sendiri.

#6. Biarkan sedu bayi berhenti sendiri

Jika telah berbagai cara dilakukan dan tidak membuahkan hasil, tiada apa yang anda boleh lakukan melainkan biarkan sedu bayi berhenti sendiri. Anda tidak perlu terlalu risau kerana ia adalah normal dan tidak berbahaya. Namun begitu, jika ia berlarutan terlalu lama, segera bawa bayi berjumpa doktor.

Sehingga kini, masih belum terdapat sebarang kajian saintifik yang menunjukkan kelebihan sedu terhadap bayi. Namun begitu, ia bukanlah menandakan bahawa bayi itu sedang membesar sepertimana dipercayai oleh orang lama. Begitu juga dengan cara melegakan sedu bayi yang jelas berbeza dengan mitos menampalkan tisu atau kertas pada dahi bayi.

Tuntasnya, ia adalah sekadar mitos semata-mata dan tidak wajar untuk dipercayai oleh masyarakat kini. Sebaiknya, rujuk pakar perubatan jika si kecil kesayangan anda mengalami sedu yang berlarutan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Bayi Kerap Sedu? Ini 5 Cara Selamat Untuk Menghilangkannya. https://my.theasianparent.com/bayi-sedu. Accessed on March 12, 2019.

Adakah Normal Jika Bayi Saya Selalu Sedu? Apa Saya Boleh Buat?. https://my.theasianparent.com/bayi-selalu-sedu. Accessed on March 12, 2019.

Cara Hilangkan Sedu Bayi Dengan Cepat dan Selamat. https://www.mingguanwanita.my/cara-hilangkan-sedu-bayi-dengan-cepat-dan-selamat/. Accessed on March 12, 2019.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 12/03/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x