backup og meta

Bolehkah Ibu Bapa Bagi Anak Makan Bijirin Nasi? Ini 3 Sebab Kenapa Anda TAK Patut!

Bolehkah Ibu Bapa Bagi Anak Makan Bijirin Nasi? Ini 3 Sebab Kenapa Anda TAK Patut!

Berbanding menyediakan makanan puri sayur atau telur hancur, kebanyakan ibu bapa pada hari ini menukar dan memberi bayi makan bijirin nasi.

Sebabnya mudah sahaja – bukan hanya ia mudah disediakan dan menjimatkan masa membuatnya, tetapi juga tahap alergen mereka adalah paling rendah berbanding dengan semua jenis bijirin.

Walau bagaimanapun, penemuan terkini mencetuskan perdebatan hangat mengenai kewajaran bayi mengambil produk makanan komersil.

Jadi, apakah kebenaran di sebalik pemberian menu ini kepada bayi?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini. 

Adakah selamat untuk memberi bayi makan bijirin nasi?

Kebimbangan terbesar mengenai bijirin nasi adalah kandungan arsenik yang terdapat dalam bijirin beras.

Arsenik ialah bahan kimia beracun yang menguasai kerak bumi. Disebabkan pencemaran geologi semula jadi, ia juga terdapat dalam air dan udara dalam kuantiti yang kecil.

Aktiviti tertentu manusia seperti pembakaran bahan bakar, penggunaan racun serangga, dan perlombongan juga menyumbang kepada sebahagian besar dalam pembebasan arsenik.

Jenis arsenik ini dipanggil arsenik bukan organik dan secara amnya dianggap sebagai karsinogen kuat, yang lebih toksik daripada jenis organik.

bayi makan bijirin nasi

Memandangkan beras tumbuh di dalam air, ia mengumpulkan sejumlah besar arsenik dalam kedua-dua bentuk organik dan bukan organik.

Lantaran itu, bagi mengehadkan pendedahan bayi anda kepada arsenik, ibu bapa adalah amat disyorkan agar tidak menggunakan beras daripada semua bentuk sebagai sumber makanan utama bayi.

Meskipun kadangkala penggunaan menu ini dalam makanan bayi adalah selamat

NamunM ibu bapa perlu memasukkan pilihan makanan yang lebih sihat dan selamat seperti puri daging, sayur dan buah dalam pelan pemakanan kanak-kanak.

Mengapa anda tidak boleh memberi bayi makan bijirin nasi?

Penyebaran arsenik amat membimbangkan, tetapi, malangnya, ini bukanlah satu-satunya kebimbangan yang perlu anda hiraukan.

Berikut adalah 3 sebab lain mengapa anda tidak boleh memasukkan menu ini ke dalam diet bayi anda:

1. Ia mengandungi sangat sedikit nutrien

Menurut American Academy of Pediatrics, bijirin nasi dianggap rendah nutrien berbanding dengan pilihan makanna pertama lain.

Walaupun merupakan makanan yang diperkuat, namun sejumlah besar mineral dan zat besi sintetik yang ditemui dalam bijirin nasi didapati tidak dapat diserap kerana ia tidak berasal daripada makanan sebenar.

Tiada makanan diproses dan ditapis yang lebih baik daripada makanan yang segar dan sebenar.

bayi makan bijirin nasi

2. Bijirin nasi untuk bayi mempunyai gula

Kebanyakan produk menu ini yang terdapat di pasaran adalah semata-mata mengandungi karbohidrat proses dengan tahap gula yang melebihi daripada pengambilan gula harian yang disarankan untuk bayi.

Kebanyakan pakar percaya bahawa pengambilan awal tepung halus yang berlebihan adalah salah satu daripada banyak faktor yang menyumbang kepada obesiti dan diabetes semasa dewasa.

3. Ia tidak menggalakkan keupayaan kanak-kanak untuk makan makanan lain

Tahun-tahun terawal kelahiran bayi adalah masa utama untuk membentuk tabiat pemakanan masa depan mereka.

Pengambilan berterusan menu iniakan mengehadkan pendedahan bayi kepada jenis makanan lain.

Apabila mereka besar, ibu bapa akan mendapati kesukaran untuk membantu bayi mereka biasa dengan rasa dan tekstur pilihan makanan lain.

Menurut Laporan Pengguna, ibu bapa juga perlu mengehadkan bayi makan bijirin nasi kurang daripada 5 hidangan sahaja di dalam seminggu.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Starting Solid Foods, https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/feeding-nutrition/Pages/Starting-Solid-Foods.aspx, Accessed Oct 9 2023.
  2. Solid foods: How to get your baby started, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/in-depth/healthy-baby/art-20046200, Accessed Oct 9 2023.
  3. Feeding your baby: When to start with solid foods, https://www.unicef.org/parenting/food-nutrition/feeding-your-baby-when-to-start-solid-foods, Accessed Oct 9 2023.
  4. When Can My Baby Start Eating Solid Foods?, https://kidshealth.org/en/parents/solid-foods.html, Accessed Oct 9 2023.
  5. Feeding Your Baby: The First Year, https://my.clevelandclinic.org/health/articles/9693-feeding-your-baby-the-first-year, Accessed Oct 9 2023.

Versi Terbaru

11/10/2023

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Si Kecil Asyik Minta Phone Sahaja? Ibu Ini Kongsi Tip Elak Anak Ketagih Gajet!

Cari Cara Nak Latih Anak Ke Tandas? Ibu Ini Kongsi 7 Tip Potty Train Anak


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 11/10/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan