Setiap kali nak pakaikan si manja lampin bayi tentu rasa risau, takut mereka mengalami ruam. Jangan bimbang, ada petua untuk penjagaan kulit dan napkin baby yang boleh dicuba.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Bayi, sila dapatkannya di sini.
Penjagaan kulit dan lampin bayi
Tiada siapa boleh menafikan kegembiraan yang dirasai saat bergelar ibu bapa buat kali pertama.
Tetapi dalam masa yang sama ia turut boleh mengundang tekanan apatah lagi melibatkan aspek penjagaan si manja seperti pemakaian napkin baby yang mungkin boleh menyebabkan ruam.
Pastinya anda tertanya-tanya adakah terdapat cara penjagaan kulit si manja yang betul?
Sesungguhnya pengetahuan adalah kunci untuk segalanya.
Tip pemakaian napkin baby
Kebanyakan bayi yang baru lahir akan menukar lampin antara 10 hingga 15 kali dalam sehari. Banyak, bukan?
Ia tampak sukar, namun sebenarnya ada petua untuk memudahkan proses menukar lampin bayi ini.
Panduan asas menukar lampin bayi baru lahir:
- Pastikan anda basuh tangan sebelum dan selepas menukar napkin baby
- Baringkan bayi pada permukaan rata dan selamat, seperti di lantai
- Jangan sesekali meninggalkan bayi tanpa pengawasan jika anda menukar lampin di atas meja tukar napkin, walaupun hanya sesaat!
- Bayi tidak akan duduk diam, bukan? Jadi pastikan segala krim, ubat atau pin diletakkan pada jarak yang tidak dapat dicapai mereka. Sebaiknya, berikan si manja mainan untuk mengalihkan fokus semasa sesi pertukaran lampin
- Lap bahagian lampin dengan kain basahan atau tisu basah tanpa pewangi. Pastikan kawasan tersebut kering atau biarkan ia mengering sebelum memakaikan napkin baharu
Menukar napkin baby perempuan:
- Sentiasa lap depan ke belakang untuk elak kuman daripada dubur masuk ke saluran kencing
- Bersihkan dengan lembut lipatan luar labia. Tidak perlu membersihkan bahagian dalam faraj
Menukar napkin bayi lelaki:
- Jangan tarik kulup zakar si kecil ke belakang semasa membersihkan zakar. Basuh bahagian tersebut dengan baik dan bersihkan daripada bahagian depan ke belakang
- Sebelum melekatkan atau menutup lampin, pastikan zakar bayi ke bawah untuk mengelakkan kencing mengalir ke bahagian depan napkin
Merawat ruam lampin
- Tukar lampin bayi dengan kerap dan segera selepas bayi membuang air besar
- Bersihkan kawasan tersebut secara lembut dengan menggunakan sabun ringan dan air
- Kemudian, sapu krim ruam. Penggunaan krim dengan zink oksida lebih disarankan kerana ia dapat menghalang kelembapan
- Jika menggunakan kain lampin bayi, pastikan ia dibasuh dengan bahan pencuci tanpa pewangi dan pewarna
- Biarkan bayi bebas tanpa pemakaian napkin untuk beberapa tempoh masa dalam sehari. Ini bantu memberikan pengudaraan kepada kulit
Sekiranya ruam lampin berlanjutan selama lebih daripada 3 hari atau semakin teruk, lakukan pemeriksaan doktor segera.
Ia mungkin disebabkan oleh jangkitan kulat yang memerlukan ubat preskripsi.
Penjagaan kulit si manja
Kulit si kecil yang baru lahir sangat lembut dan sensitif, pastinya keadaan itu mendatangkan kerisauan kepada ibu bapa, bukan?
Namun ada tip penjagaan yang boleh dilakukan, seperti:
Mandi berlebihan
Menurut American Academy of Pediatrics, bagi kebanyakan bayi, mandi 3 kali seminggu sudah mencukupi.
Jika berlebihan, ia boleh menyebabkan kulit mereka kering.
Ketika sesi mandian, anda boleh mengikuti beberapa petua asas berikut:
- Pastikan suhu air suam, agar bayi tidak berasa kesejukan
- Hanya gunakan air pada bahagian muka tanpa sabun
- Jika ingin membasuh badan mereka, gunakan sabun dalam kuantiti yang kecil serta bebas wangian atau pewarna
- Anda boleh membersihkan bahagian kulit kepala si kecil dengan sedikit sabun bersama berus lembut
Pemakaian napkin baby, berhati-hati dengan tali pusat
Semasa ingin pakaikan lampin bayi, pastikan anda turut berwaspada dengan tali pusat mereka.
Ikuti saranan doktor mengenai aspek penjagaan tali pusat.
Umumnya, tiada apa yang perlu anda risaukan kecuali jika melihat simptom seperti:
- Kemunculan nanah daripada tali pusat
- Berlaku pendarahan pada kulit berhampiran atau hujung tali pusat
- Bengkak atau kemerahan pada bahagian perut berhampiran tali pusat
Penggunaan jumlah produk
Dalam pemilihan produk penjagaan kulit si manja tidak banyak yang diperlukan.
Apa yang penting, anda harus menghindari daripada membeli sebarang produk yang mengandungi:
- Pewarna
- Pewangi
Ruam
Selain daripada ruam kesan daripada pemakaian napkin baby, kulit si manja yang baru lahir sememangnya terdedah kepada pelbagai jenis ruam seperti:
- Jerawat bayi – Berwarna merah seperti jerawat yang muncul pada wajah si kecil
- Contact dermatitis – Ruam yang berlaku setelah bersentuhan dengan losyen, sabun, detergen atau bahan lain
- Ruam panas – Ruam yang muncul apabila bayi berada dalam keadaan terlalu panas
- Cradle cap – Tompok berkerak pada bahagian kulit kepala
Jika anda tidak pasti mengenai keadaan ruam yang dialami si manja, bawalah bayi untuk pemeriksaan doktor.
[embed-health-tool-baby-poop-tool]