backup og meta

5 Perubahan Kulit Yang Mungkin Bakal Ibu Lalui, No.5 Paling Kerap Terjadi!

5 Perubahan Kulit Yang Mungkin Bakal Ibu Lalui, No.5 Paling Kerap Terjadi!

Tanda mengandung yang paling umum terjadi adalah lewat datang bulan, loya dan muntah. Namun begitu, tahukah anda tanda-tanda berbadan dua juga boleh muncul pada kulit wajah dan badan anda? Ingin tahu ciri-ciri orang hamil dari raut wajah dan badan pula?

Jom baca artikel ini sehingga tamat untuk ketahuinya dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Mengenali ciri-ciri orang hamil dari raut wajah

Anda mungkin mengalami perubahan kulit semasa hamil dan ciri-ciri orang hamil dari raut wajah ini boleh berbeza dalam setiap individu. Ini disebabkan berlakunya peningkatan aliran darah dan tahap hormon yang lebih tinggi dalam badan anda.

Berikut adalah beberapa ciri-ciri orang hamil tanpa mual yang kebiasaannya terjadi:

 Ciri-ciri orang hamil tanpa mual #1. Jerawat

Salah satu perkara yang kerap terjadi pada ibu yang hamil adalah masalah jerawat.

Namun, anda perlu tahu masalah jerawat ini kebiasaannya akan kembali normal selepas berakhirnya tempoh kehamilan anda.

Penyebab berlakunya ciri-ciri orang hamil 1 minggu ini adalah akibat hormon yang menghasilkan lebihan minyak pada kulit anda pada trimester pertama.

Minyak yang keluar ini akan memerangkap tisu kulit mati dan menutup liang-liang pada kulit, sekali gus menyebabkan berlakunya jangkitan kuman dan masalah keradangan.

Ciri-ciri orang hamil dari raut wajah #2. Ekzema

ciri-ciri orang hamil dari raut wajah
Ekzema boleh menyebabkan kegatalan.

Ekzema merupakan sejenis keradangan kulit yang boleh menyebabkan gatal, ruam merah, bengkak, kulit bersisik dan kelihatan seakan-akan melecur.

Ia juga dikenali sebagai dermatitis dan kebiasaannya muncul pada bahagian muka, pergelangan tangan, lipatan siku dan belakang lutut. Anda berkemungkinan mengalami gejala ekzema ini pada dua trimester pertama kehamilan.

#3. Tanda rengangan, salah satu ciri-ciri orang hamil dari bentuk perut

Ciri-ciri orang hamil dari raut wajah ini pula lazimnya muncul dalam trimester ketiga. Selain mengalami tanda regangan di perut, ibu hamil juga akan mendapati kewujudan garis atau jalur-jalur berwarna jambu atau merah yang muncul di sekitar bahagian payudara, punggung dan paha.

Tanda regangan ini cenderung berlaku pada ibu yang mengalami pertambahan berat badan semasa berbadan dua, mengandungkan bayi kembar atau terdapat banyak cecair dalam kandungan.

Pun begitu, anda tidak perlu risau kerana ciri-ciri orang hamil dari bentuk perut dan regangan ini akan beransur hilang, semakin pudar dan menjadi rata kembali.

#4. Melasma, antara ciri-ciri orang hamil 1 minggu

ciri-ciri orang hamil dari raut wajah
Masalah melasma pada kulit muka.

Melasma atau kondisi kulit gelap ketika mengandung ini dikenali secara saintifik sebagai chloasma atau ‘topeng kehamilan’ dan dipercayai berlaku pada 50% ke 70% kehamilan.

Melasma sangat biasa berlaku semasa kehamilan, terutamanya pada trimester kedua atau ketiga. Sekiranya ia berlaku kepada anda, akan ada kawasan kulit gelap ketika hamil berbanding warna kulit asal.

Kebiasaannya, ciri-ciri orang hamil dari raut wajah ini akan berwarna tona gelap seperti hitam dan coklat dan lazimnya muncul pada kawasan kulit muka, leher, ketiak, puting payudara dan kulit bahagian kelangkang.

#5. Vena varikos

Vena varikos atau juga dikenali sebagai urat simpul boleh terjadi di mana-mana bahagian badan terutamanya pada bahagian kaki.

Ibu hamil lebih cenderung untuk mengalami keadaan vena varikos ini kerana 3 sebab utama, iaitu:

  • Sepanjang kehamilan, anda menghasilkan lebih banyak darah daripada biasa untuk membantu bayi membesar
  • Semasa bayi membesar, rahim akan menekan dan menyekat sebahagian urat yang mengembalikan darah daripada kaki ke jantung
  • Hormon kehamilan menjadikan dinding urat anda lebih lembut, yang menyukarkannya untuk berfungsi dengan baik

Dalam kebanyakan kes, darah cenderung terkumpul pada kaki dan mengakibatkan kaki membengkak dan seterusnya terjadi vena varikos.

Kaki anda mungkin berasa berat atau lenguh, mengalami rasa berdenyut, sensasi terbakar atau kekejangan.

urat simpul
Cara merawat kesan urat simpul ketika hamil

Apa produk yang patut dielakkan semasa hamil?

Anda dinasihatkan untuk menyemak bahan-bahan dalam produk yang anda ingin gunakan dahulu terutamanya jika anda ingin membeli secara dalam talian.

Dapatkan juga nasihat daripada doktor atau ahli farmasi jika anda tidak pasti sama ada produk itu selamat mahupun tidak.

Ingat, bahawa kulit anda ketika mengandung mungkin menjadi lebih sensitif dan bertindak balas terhadap bahan kimia dalam sesetengah produk ya!

Elakkan daripada menggunakan produk yang mengandungi vitamin A, atau juga dikenali sebagai retinol kerana ia boleh membahayakan janin anda.

Produk lain yang perlu dielakkan termasuklah:

  • Produk pemutihan yang mengandungi hidrokuinon
  • Losyen untuk keguguran rambut yang mengandungi minoksidil
  • Ubat jerawat yang mengandungi tretinoin
  • Beta-Hydroxy Acid (BHA) dan Salicylid
  • Benzoyl Peroxide

Kesimpulan

Kini, persoalan anda tentang ciri-ciri orang hamil dari raut wajah telah pun terjawab. Kebanyakan perubahan kulit yang berlaku semasa kehamilan akan pulih secara beransur-ansur selepas bayi anda dilahirkan.

Pun begitu, jika ciri-ciri orang hamil tanpa mual anda menjadi semakin teruk, segeralah berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Pregnancy and Skin Changes. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/staying-healthy-during-pregnancy/pregnancy-and-skin-changes. Diakses 11 Oktober 2024.
  2. Changes to your skin during pregnancy. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/changes-to-your-skin-during-pregnancy. Diakses 11 Oktober 2024.
  3. Skin Changes During Pregnancy. https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/pregnancy-health-wellness/skin-changes/. Diakses 11 Oktober 2024.
  4. Common Skin Changes During Pregnancy. https://www.lancastergeneralhealth.org/health-hub-home/motherhood/your-pregnancy/common-skin-changes-during-pregnancy. Diakses 11 Oktober 2024.
  5. Common Skin Conditions During Pregnancy.https://www.aafp.org/pubs/afp/issues/2007/0115/p211.html. Diakses 11 Oktober 2024.

Versi Terbaru

14/10/2024

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Nak Kehamilan Sihat, Kena Tahu Bacaan BSP Yang Normal Untuk Ibu Mengandung!

Ibu Hamil, Ini 6 Cara Nak Bezakan Pecah Air Ketuban Dengan Air Kencing!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 4 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan