backup og meta

Ibu, Tahu Tak Bayi Hanya Boleh Dibedung Sampai Umur 4 Bulan? Jika Tidak, Ini Yang Akan Terjadi!

Ibu, Tahu Tak Bayi Hanya Boleh Dibedung Sampai Umur 4 Bulan? Jika Tidak, Ini Yang Akan Terjadi!

Bedung bayi atau membuat balutan kepada bayi anda yang baru lahir boleh membantunya untuk tidur lena dan mengurangkan kebarangkalian si manja untuk terjaga. Membedung bayi sebenarnya amat mudah untuk dilakukan, namun masih terdapat beberapa peraturan atau cara bedung bayi yang perlu diikuti untuk keselamatan si manja. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Bila ibu perlu bedung bayi?

bedung bayi

Amalan berbedung adalah untuk bayi yang sangat muda – bermula seawal daripada kelahiran sehingga ketika mereka mula menunjukkan tanda-tanda boleh meniarap atau berguling (biasanya 4 hingga 6 bulan tetapi kadang-kadang lebih muda daripada tempoh tersebut).

Adakah bedung bayi selamat?

Ibu bapa baharu sering belajar bagaimana untuk membedung bayi mereka daripada jururawat di hospital.

Selimut yang dibalut di sekeliling badan bayi anda boleh menyerupai rahim ibu dan membantu menenangkan bayi baru lahir anda.

American Academy of Pediatrics (AAP) menyatakan bahawa apabila berbedung dilakukan dengan betul, ia dapat menjadi teknik yang efektif untuk membantu menenangkan bayi dan menggalakkan si manja untuk lebih mudah tidur.

Tetapi jika anda merancang untuk membedungkan bayi di rumah, anda perlu mengikuti beberapa garis panduan cara bedung bayi untuk memastikan anda melakukannya dengan selamat.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Bagi mengurangkan risiko Sindrom Kematian Bayi Mendadak, atau SIDS, adalah penting untuk meletakkan bayi anda tidur terlentang setiap kali anda meletakkan si manja di tempat tidur.

Ini mungkin lebih perlu jika bayi anda dibedung.

Sesetengah kajian menunjukkan peningkatan risiko SIDS dan sesak nafas apabila bayi dibedung jika mereka diletakkan di bahagian perut mereka atau meniarap untuk tidur, ataupun jika mereka bergolek ke atas perut mereka.

Bagaimanakah cara bedung bayi yang betul?bedung bayi

  • Bentangkan sehelai kain benang kapas yang lembut di atas satu permukaan rata dan lipatkan sudut kanannya kira-kira 15cm ke bawah
  • Baringkan bayi dengan meletakkan kepalanya di atas kain tersebut
  • Tarik sudut terdekat pada tangan kirinya sambil menutupi badannya. Kemudian, masukkan bahagian depan pada bawah lengan kanannya dan mengelilingi belakang bayi
  • Tarik sudut hujung bawah ke atas hingga mencecah bawah dagunya
  • Tarik sudut kanan ke atas dan masukkannya ke bawah belakangnya di sebelah kiri

Ada juga sesetengah bayi yang suka tangan mereka bebas bergerak.

Jika si kecil mula meronta dan kelihatan tidak selesa, cuba lepaskan tangan mereka dengan cara hanya membedung bayi pada bahagian bawah ketiaknya.

Cadangan tidur secara selamat oleh AAP untuk bayi anda

AAP mengesyorkan ibu bapa mengikuti saranan tidur secara selamat setiap kali mereka meletakkan bayi mereka tidur siang atau pada waktu malam:

Baca juga:

Kesimpulan

bedung bayi

Bedung bayi adalah satu kaedah tradisional di mana membalut atau membungkus bayi dengan kemas untuk membuat si manja berasa selamat dan tenang.

Secara saintifiknya, ia terbukti berkesan kerana perbuatan ini dapat mengelakkan bayi terganggu dengan refleks sentakan (kejutan hipnagogik) badannya sendiri.

Namun begitu, jika ibu bapa membedung bayi dengan cara yang tidak betul, ia boleh mengakibatkan hip dysplasia kepada bayi.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Swaddling your baby. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/swaddling-your-baby. Accessed on June 27, 2022.
  2. Swaddling: Is it Safe? https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/diapers-clothing/Pages/Swaddling-Is-it-Safe.aspx. Accessed on June 27, 2022.
  3. How to Keep Your Sleeping Baby Safe: AAP Policy Explained. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/sleep/Pages/A-Parents-Guide-to-Safe-Sleep.aspx. Accessed on June 27, 2022.
  4. How to swaddle a baby. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/multimedia/how-to-swaddle-a-baby/sls-20076006. Accessed on June 27, 2022.
  5. Swaddling a baby: the benefits, risks and seven safety tips.
    https://www.nct.org.uk/baby-toddler/slings-and-swaddling/swaddling-baby-benefits-risks-and-seven-safety-tips. Accessed on June 27, 2022.
  6. Should you swaddle your baby?https://www.health.harvard.edu/blog/should-you-swaddle-your-baby-201605249730. Accessed on June 27, 2022.

 

 

Versi Terbaru

17/01/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Baby Susah Nak Tidur Jika Tak Didodoi? Ini 7 Cara Melatih Bayi Tidur Sendiri

5 Langkah Mudah Untuk Bedung Bayi, Baru Si Manja Anda Boleh Tidur Lena!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan