backup og meta

Ajar Anak tentang Keselamatan Kebakaran

Ajar Anak tentang Keselamatan Kebakaran

Kebakaran tentunya adalah ancaman besar dalam kehidupan kita. Ia boleh berlaku di mana-mana sahaja, bila-bila masa dan boleh memusnahkan kehidupan. Musibah kebakaran mengakibatkan kesan tragik termasuklah dalam kehilangan kesihatan dan kewangan, dan juga dalam kes yang lebih teruk, ia boleh menyebabkan kematian. Oleh itu, adalah amat perlu untuk setiap ibu bapa mengajar anak mereka panduan keselamatan kebakaran sejak usia awal lagi. Berikut adalah pembelajaran asas yang perlu anak anda tahu bagi melindungi diri mereka jika kebakaran berlaku.

Tips pencegahan kebakaran

1. Jauhi benda-benda yang mudah terbakar

Berbanding cuma memberitahu anak anda untuk tidak menyentuh bahan yang boleh mencetuskan kebakaran seperti mancis, kord elektrik atau peranti berkuasa gasolin, ibu bapa sebaliknya perlu menjelaskan kepada anak mengapa mereka perlu menjauhi objek-objek tersebut. Untuk kanak-kanak yang lebih tua, ibu bapa perlu mula mengajar mereka tentang cara penggunaan bahan tersebut dengan betul.

2. Penggera asap dan alat pemadam kebakaran

Setiap tingkat rumah atau bangunan perlu mempunyai pengesan asap, di mana baterinya perlu ditukar sekali atau dua kali setahun bergantung kepada jenisnya. Jika pengesan asap menggunakan kuasa elektrik, lakukan pemeriksaan berkala pada wayarnya.

3. Rancang laluan keluar kecemasan

Periksa kunci pintu dan tingkap sekali-sekala untuk memastikan ia boleh dibuka apabila perlu. Juga, adalah disarankan untuk setiap bilik mempunyai sekurang-kurangnya dua laluan keluar kecemasan sekiranya seseorang itu terperangkap dalam kebakaran. Anda perlu membuat beberapa rancangan laluan keluar dan kerap latih anak anda untuk menggunakannya. Pilih satu tempat di luar rumah untuk setiap orang berkumpul selepas berjaya melepaskan diri.

Apa perlu lakukan jika kebakaran bermula

Berikut adalah panduan menyelamatkan diri yang perlu ibu bapa ajar pada setiap anak mereka:

1. Beri amaran kepada orang lain

Perkara pertama yang perlu dilakukan jika anak melihat kebakaran adalah dengan menjerit untuk memberitahu situasi kebakaran kepada orang lain. Sekalipun kebakaran yang berlaku kecil dan boleh dicegah, kita mesti memanggil bantuan berbanding cuba untuk menyelesaikannya sendiri.

2. Keluar dari rumah atau bangunan dengan segera

Keselamatan diri adalah yang paling utama. Jangan cuba untuk memadam kebakaran jika kebakaran yang berlaku semakin merebak. Dan, jangan pula lewat menyelamatkan diri dengan mencari barang peribadi ataupun haiwan peliharaan. Yang lebih utama, jangan menyorok. Menyorokkan diri adalah salah satu kesilapan lazim yang dilakukan oleh ramai orang. Justeru itu, ajar anak anda untuk segera meninggalkan bangunan yang terbakar. Satu lagi perkara penting yang anda perlu ingat adalah kekal tenang dan segera bertindak. Panik hanya akan membuatkan anda terlupa langkah-langkah dan keputusan yang perlu dibuat.

3. Meniarap di lantai

Merangkak atau membongkok semasa bergerak bagi mengelakkan pendedahan terus kepada asap. Kekurangan oksigen dalam sistem otak manusia boleh menyebabkan kegagalan mental dan tidak sedarkan diri, yang boleh memburukkan lagi keadaan. Malahan, bilangan mangsa yang mati disebabkan oleh keracunan karbon monoksida adalah lebih banyak berbanding bilangan mangsa yang mati berkait dengan kejadian kebakaran setiap tahun.

4. Hubungi bomba selepas berjaya keluar

Beritahu bomba jika ada ahli keluarga yang hilang, dan jangan sesekali cuba untuk masuk semula ke dalam rumah atau bangunan yang terbakar.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

FIRE SAFETY TIPS. https://www.safekids.org/tip/fire-safety-tips. Accessed December 16, 2016.

Versi Terbaru

12/05/2022

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Mak Ayah, Fikir Dahulu Sebelum Hantar Anak Anda Duduk Bersama Datuk Nenek!

Anak Selalu Main Gajet? Jom Cuba Aktiviti Luar & Dalam Rumah Yang Bermanfaat Untuk Anak!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 12/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan