backup og meta

7 Tip Bantu Anak Anda Belajar Berjalan

7 Tip Bantu Anak Anda Belajar Berjalan

Tumbesaran kanak-kanak adalah suatu perkara yang sangat diraikan oleh ibu bapa. Daripada berat badan, ketinggian atau pelbagai lagi aspek perkembangan anak, mereka sangat teruja untuk melihatnya. Begitu juga dengan aspek pergerakan anak mereka. Daripada mengiring, meniarap, mengesot, merangkak, duduk, berdiri sehinggalah berjalan, ibu bapa perlu sentiasa ada untuk membantu anak anda.

Kebiasaannya, kanak-kanak akan mula mampu berjalan sekitar umur mereka 1 tahun atau lebih bergantung kepada keupayaan fizikal mereka. Sebagai ibu bapa, anda perlulah memainkan peranan dan menjadi cikgu yang baik untuk melatih mereka belajar berjalan dengan betul dan selamat. Berikut merupakan 7 tip yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk membantu anak anda belajar berjalan.

1. Jangan memaksa anak anda berjalan

Anda perlu tahu bahawa perkembangan kanak-kanak itu berbeza mengikut kemampuan mereka. Oleh itu, jangan membanding-bandingkan anak anda dengan anak individu lain yang sudah mampu berjalan meskipun sama usianya. Paling penting, jangan memaksa anak anda untuk berjalan selagi mereka belum bersedia untuknya. Keyakinan mereka akan jatuh merudum sekiranya mereka dapat mengesan yang anda hampa dengan mereka.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

2. Berikan mereka ruang untuk praktis

Anak anda memerlukan ruang dan peluang yang secukupnya untuk praktis dan memperbaiki kemahiran berjalan mereka. Apa yang anda boleh lakukan untuk menyediakan kesempatan itu adalah dengan membawa mereka ke taman permainan atau mana-mana tempat yang menarik dan biarkan mereka sendiri menerokai kawasan tersebut dengan berjalan perlahan-lahan. Namun, anda diingatkan untuk sentiasa mengawasi pergerakan mereka.

3. Berikan galakan dan dorongan kepada mereka

Kadangkala, kanak-kanak akan mudah putus asa atau menangis setiap kali mereka gagal melakukan sesuatu termasuklah cubaan untuk berjalan. Jika ini berlaku, jangan sesekali memarahi mereka. Sebaliknya berikan sokongan dan berikan semangat kepada mereka untuk cuba berjalan perlahan-lahan sehingga berjaya.

4. Pastikan keselamatan mereka terjamin

Kanak-kanak masih belum dapat membezakan apa yang bahaya dan apa yang selamat untuk mereka cuba. Ketika mereka sedang dalam proses belajar berjalan, pastikan di sekeliling mereka tidak terdapat sebarang objek yang berbahaya dan boleh mendatangkan bahaya kepada mereka seperti guli, mainan kecil, alatan tajam ataupun perabot berbucu yang terdapat di ruang tamu rumah anda.

5. Lakukan aktiviti yang menyeronokkan

Sebagai ibu bapa, anda disarankan untuk tidak memberikan tekanan kepada anak anda ketika mengajar mereka berjalan. Sebaliknya, anda boleh lakukan aktiviti yang menarik seperti berjalan bersama haiwan peliharaan anda. Ini kerana aktiviti yang menarik dapat membuat mereka rasa teruja dan lebih relaks untuk belajar sesuatu pergerakan yang baru.

6. Biarkan mereka bermain di luar rumah

Kadangkala, belajar berjalan di rumah sahaja boleh mendatang kebosanan kepada anak anda. Oleh itu, ambil inisiatif dengan membawa mereka keluar ke taman permainan atau padang rekreasi yang selamat untuk anak anda. Mereka akan berasa lebih seronok dan selamat lebih-lebih lagi jika anda berjalan bersama-sama mereka dengan perlahan-lahan.

7. Lakukan praktis secara berperingkat

Tidak semua perkara perlu digesa termasuklah kemampuan anak anda untuk berjalan. Jangan sesekali menganggap sekali latihan sahaja sudah mencukup untuk mereka berjalan sendiri kelak. Sebaliknya, beri peluang untuk anak anda melakukan praktis secara berperingkat. Satu persatu langkah anak anda sebenarnya akan membuahkan hasil yang bagus juga akhirnya.

Adakah anda perlu risau jika anak anda lambat berjalan?

Menurut ‘Red Flags of Development’, ada petanda yang perlu menjadi ukuran seseorang kanak-kanak itu lambat berjalan. Berikut merupakan petandanya:

12 bulan: masih belum boleh berdiri dengan sokongan

18 bulan: masih belum boleh berjalan sendiri tanpa sokongan

24 bulan: masih belum stabil semasa berjalan

Sekiranya anda mendapati bahawa terdapat petanda ini pada anak anda, segera bawa mereka berjumpa dengan pakar pediatrik untuk mendapatkan khidmat nasihat atau rawatan doktor.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

7 Tips To Help Your Baby Learn To Walk. https://www.youngparents.com.sg/pregnancy-baby/how-help-baby-learn-walk/?slide=1. Accessed on February 21,  2019.

Detik Penting Dalam Perkembangan Bayi: Berjalan https://www.babycenter.com.my/a1040467/detik-penting-dalam-perkembangan-bayi-berjalan. Accessed on February 21,  2019.

Bila Bayi Dah Mula Berdiri Sendiri Buat Aktiviti Ini Biar Anak Boleh Berjalan. https://majalahpama.my/bila-bayi-dah-mula-berdiri-sendiri-buat-aktiviti-ini-biar-anak-boleh-berjalan/. Accessed on February 21,  2019.

 

Versi Terbaru

17/01/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

5 Stroller Baby Yang Best & Memudahkan Ibu Bapa Untuk Bawa Anak Berjalan!

Anak Selalu Sangat Demam? Parents, Ini 5 Vitamin Untuk Kuatkan Imuniti Si Manja!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan