Perkembangan bayi
Anda kini hamil 9 minggu! Bayi anda berkembang pesat dan kini kira-kira saiz sebiji anggur, seberat kira-kira 28 gram dengan kepanjangan kira-kira 2.54 cm.
Perkembangan jantung bayi anda hampir selesai, dengan pembahagian kepada empat kamar berasingan. Injap mula terbentuk, menghasilkan denyutan jantung janin yang kuat. Walaupun anda tidak mendengar atau merasa apa-apa, degupan jantung bayi anda boleh dikesan oleh alat khas yang dipanggil Doppler. Doktor akan menggunakan alat ini untuk memeriksa degupan jantung janin. Anda akan merasa gembira mendengar degupan jantung bayi anda yang dapat mengingatkan anda bahawa bayi anda semakin kuat setiap hari.
Perubahan hidup & tubuh badan
Bagaimanakah perubahan badan saya?
Ramai kawan-kawan anda mungkin mengatakan bahawa wajah anda kelihatan berseri. Ini mungkin benar. Untuk menyokong bayi anda, badan akan menghasilkan lebih banyak sel darah dan meningkatkan aliran darah. Ini boleh menyebabkan darah segera ke kulit anda, menghasilkan keserian wajah. Ini juga bermakna anda mungkin mengalami simptom-simptom lain seperti pening kepala atau rasa panas dan berpeluh. Ini adalah perkara biasa. Kajian telah menunjukkan bahawa wanita yang tidak hamil mempunyai kira-kira 100ml darah mengalir melalui arteri rahim. Semasa awal kehamilan, aliran darah anda akan meningkat kepada kira-kira 120 ml per minit dan secara beransur-ansur akan meningkat kepada 350 ml per minit apabila semakin dekat dengan tarikh bersalin. Apabila anda berasa pening kepala, anda perlu berbaring dan berehat. Ingat, jangan membebankan diri.
Apakah yang perlu saya beri perhatian?
Bilakah masa yang terbaik untuk mengumumkan kepada semua orang bahawa anda hamil? Ramai wanita menunggu sehingga empat bulan – di mana janin stabil dan risiko keguguran telah berkurang. Anda perlu mempertimbangkan beberapa soalan-soalan berikut:
- Adakah anda mengalami sebarang komplikasi?
Jika ya, temui doktor secepat mungkin dan berhati-hati dalam melakukan aktiviti harian anda. Anda akan berasa lebih lega jika anda bercakap dengan rakan-rakan anda tentang kehamilan anda.
- Adakah anda mengalami loya atau tidak?
Jika anda loya dan muntah-muntah dengan kerap, anda mungkin perlu memaklumkan kehamilan anda di tempat kerja lebih awal.
- Adakah tugas anda berat atau berbahaya?
Untuk kesihatan bayi dan anda, anda mungkin perlu lebih banyak berehat. Jadi, anda mungkin perlu memaklumkan rakan sekerja anda tentang kehamilan anda sekarang. Pengurus boleh menetapkan kerja anda kepada orang lain tanpa menjejaskan operasi syarikat.
- Bolehkah majikan dan rakan sekerja membantu anda?
Ini bergantung kepada budaya kerja tempat kerja anda. Jika anda yakin bahawa majikan anda akan menerima dan menguruskan pemberitahuan kehamilan anda secara profesional, pengumuman awal mengenai kehamilan anda bermakna anda boleh mengambil peluang daripada dasar kerajaan dan membantu kehamilan lebih sihat dan kurang tertekan.
Malangnya, sesetengah majikan jarang bersimpati apabila mengetahui pekerja mereka hamil. Jika anda bimbang tentang reaksi majikan anda, anda perlu berhati-hati dan dan hanya memaklumkan tentang kehamilan apabila tanda-tanda kehamilan kian jelas. Anda juga boleh bertanya rakan sekerja yang pernah hamil dan bertanya tentang layanan majikan apabila mendengar berita kehamilan pekerja mereka.
Pertemuan dengan doktor
Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?
Jika anda biasa mengalami migrain, anda mungkin mengalami serangan yang lebih teruk semasa kehamilan anda. Hormon kehamilan yang lebih tinggi beredar melalui darah dan boleh mencetuskan migrain dan menyebabkan kesakitan yang teruk. Beritahu doktor anda untuk mencari rawatan yang paling selamat dan sesuai untuk anda. Untuk membantu menguruskan migrain anda, anda perlu mengenal pasti pencetus dan cuba untuk mengelakkannya. Beberapa pencetus terkenal termasuk tekanan, coklat, keju dan kopi. Anda juga boleh cuba mengelakkan bunyi bising, cahaya dan sebarang bau dengan berbaring dalam bilik gelap dan tenang untuk beberapa jam.
Apakah ujian yang perlu saya tahu?
Vaginosis bakteria adalah jangkitan faraj biasa yang memberi kesan kepada wanita. Ia adalah disebabkan oleh pertumbuhan bakteria yang hidup dalam faraj anda. Kira-kira satu daripada lima wanita yang hamil mendapat jangkitan tersebut semasa kehamilan mereka. Anda mungkin tidak mengalami sebarang simptom jangkitan. Tetapi jika anda mempunyai simptom, anda mungkin mengalami keputihan putih atau kelabu yang menghasilkan bau yang hanyir. Bau ini mungkin lebih ketara selepas seks. Anda juga mungkin mengalami kerengsaan atau gatal-gatal di sekitar faraj dan vulva.
Vaginosis bakteria meningkatkan risiko keguguran dan membran pecah secara pramatang di sekitar bayi. Jika anda mempunyai sebarang tanda-tanda jangkitan faraj, ia adalah penting untuk memaklumkan doktor anda dengan segera. Vaginosis bakteria boleh dirawat dengan antibiotik. Pengesanan awal boleh mengurangkan risiko anda untuk sebarang keguguran.
Kesihatan & keselamatan
Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?
Anda pasti mempunyai banyak kebimbangan semasa kehamilan anda. Kebimbangan ini boleh termasuk yang berikut:
- Semburan untuk semut dan lipas
Kerana kebanyakan bahan-bahan dalam semburan untuk semut dan lipas adalah racun perosak dan bahan kimia, yang berkemungkinan berbahaya untuk kehamilan. Walau bagaimanapun, sehingga kini saintis belum dapat membuktikannya, jadi ia adalah sukar untuk membuat kesimpulan bahawa mereka adalah beracun hanya berdasarkan beberapa kajian ke atas haiwan.
- Pengasapan (Fumigation)
Saintis juga tidak cukup mengetahui kesan pengasapan pada wanita hamil. Jadi lebih baik anda mengelakkan tempat yang telah diasapkan lebih lama daripada saranan pengeluar untuk mengelakkan sebarang kesan buruk.
- Teh herba
Secara umumnya, tidak ada bukti yang mengesahkan bahawa minum teh herba tidak selamat. Walau bagaimanapun, anda perlu memberi perhatian untuk mengelakkan teh yang mengandungi bahan-bahan yang mempunyai kesan farmakologi (yang memberi kesan kepada badan anda). Anda juga perlu menjauhkan diri daripada teh yang boleh merangsang pengecutan rahim atau haid, seperti teh hitam atau teh hijau dengan herba Ranunculacea.
Mari kita lihat perkembangan anda dan bayi pada minggu ke-10 kehamilan.
Hello Health Group tidak menawarkan sebarang nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Gambaran Janin Minggu ke-9
[embed-health-tool-due-date]