Perkembangan bayi
Perkembangan bayi dalam kandungan
Bayi anda kini mempunyai saiz seperti nanas dengan kepanjangan 43 cm daripada kepala ke tumit dan mempunyai berat sekitar 1.8 kg.
Anda pasti?
Bayi anda kini mempunyai saiz seperti nanas dengan kepanjangan 43 cm daripada kepala ke tumit dan mempunyai berat sekitar 1.8 kg.
Dalam minggu-minggu terakhir sebelum kelahiran ini, berbilion saraf berkembang dalam otak bayi anda membantunya mempelajari persekitaran in-utero (dalam rahim) – bayi anda boleh mendengar, merasa dan dapat melihat sedikit. Mata bayi anda boleh mengesan cahaya dan pupilnya (bahagian hitam mata) boleh mengembang atau mengecil sebagai reaksi kepada cahaya. Bayi anda tidur pada kebanyakan masa dan mengalami pergerakan mata laju, peringkat tidur di mana mimpi yang jelas berlaku.
Paru-paru bayi anda hampir matang sepenuhnya. Lemak akan berterusan bertambah pada badan bayi anda untuk perlindungan dan kehangatan. Bayi anda semakin bertambah berat badan pada minggu-minggu terakhir sebelum kelahiran.
Memandangkan bayi anda mengisi lebih banyak ruang dalam abdomen, pelbagai perkara mula berubah: anda mungkin mendapati diri anda tidak stabil. Mencari posisi yang mudah untuk duduk atau tidur mungkin bertambah sukar. Anda juga mungkin merasa sakit atau kebas pada jari, pergelangan tangan dan tangan. Sepertimana tisu lain dalam badan anda, pergelangan tangan anda mungkin menghimpunkan cecair, yang meningkatkan tekanan pada carpal tunnel, pada pergelangan anda. Saraf yang melalui canal ini mungkin ditekan, menyebabkan rasa kebas, bersemut, sakit membakar atau sakit ringan. Cuba untuk memakai penganduh untuk menstabilkan pergelangan tangan anda atau letakkan tangan anda ke atas bantal apabila tidur. Jika pekerjaan anda melibatkan pergerakan tangan yang berulang (seperti menaip atau pemasangan barangan kilang) ingat untuk meregangkan tangan anda pada waktu rehat sekerap mungkin.
Jika anda mendapati cecair jernih, berkrim daripada puting anda, jangan risau; cecair tersebut bukanlah susu. Susu hanya dihasilkan beberapa hari selepas kelahiran. Cecair putih berkrim atau kuning daripada payudara anda adalah petanda badan anda sedang menyiapkan diri untuk menyusu badan. Cecair yang anda dapati ialah kolostrum, yang terhasil sebelum penghasilan susu sebenar beberapa hari selepas kelahiran.
Anda perlu berbincang dengan doktor anda sebelum mengambil pil tidur. Tidak ada pil tidur yang selamat bagi wanita mengandung. Doktor boleh menimbangkan risiko dan manfaat pengambilan sesuatu ubat dan membincangkan penyelesaian alternatif bagi masalah tidur anda.
Doktor akan menganggar saiz bayi anda dan meramalkan waktu kelahiran. Anda mungkin perlu menjalani pelbagai ujian bergantung kepada keperluan anda dan kehendak doktor, ini termasuklah:
Jika anda risau dengan penggunaan bahan penghalau serangga, anda patut menggunakannya seperti yang disarankan untuk keselamatan anda. Kebanyakan bahan penghalau serangga dianggap selamat sewaktu kehamilan, tetapi jangan lupa untuk membaca label.
Berhati-hati dengan pemakanan keju lembut. Keju lembut diperbuat daripada susu yang dipasteurkan dianggap selamat untuk dimakan. Tetapi, keju yang diperbuat daripada susu mentah, yang tidak dipasteurkan tidak selamat untuk dimakan.
Bagaimanakah tumbesaran bayi anda minggu hadapan?
Hello Health Group tidak memberikan sebarang khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Kalkulator ini adalah untuk wanita yang ingin tahu berapa berat badan semasa hamil yang terbaik, berdasarkan berat badan mereka sebelum hamil.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Poppy seed to pumpkin: How big is your baby? http://www.babycenter.com/slideshow-baby-size. Accessed March 30, 2015.
Pregnancy calendar week 33. http://kidshealth.org/parent/pregnancy_center/pregnancy_calendar/week33.html. Accessed March 30, 2015.
Your pregnancy: 33 weeks. http://www.babycenter.com/6_your-pregnancy-33-weeks_1122.bc. Accessed March 30, 2015.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen