Ketika berada dalam usia kehamilan minggu 33, apa yang si ibu perlu tahu? Adakah dengan hamil 33 minggu bayi aktif bergerak? Jom baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut tentangnya!
Ketika berada dalam usia kehamilan minggu 33, apa yang si ibu perlu tahu? Adakah dengan hamil 33 minggu bayi aktif bergerak? Jom baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut tentangnya!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kehamilan, anda boleh klik di sini.
Bayi anda kini mempunyai saiz seperti nanas dengan kepanjangan 43 cm daripada kepala ke tumit dan mempunyai berat sekitar 1.8 kg.
Dalam minggu-minggu terakhir sebelum kelahiran ini, berbilion saraf berkembang dalam otak bayi anda membantunya mempelajari persekitaran in-utero (dalam rahim) – bayi anda boleh mendengar, merasa dan dapat melihat sedikit.
Mata bayi anda boleh mengesan cahaya dan pupilnya (bahagian hitam mata) boleh mengembang atau mengecil sebagai reaksi kepada cahaya.
Bayi anda tidur pada kebanyakan masa dan mengalami pergerakan mata laju, peringkat tidur di mana mimpi yang jelas berlaku.
Paru-paru bayi anda hampir matang sepenuhnya. Lemak akan berterusan bertambah pada badan bayi anda untuk perlindungan dan kehangatan.
Bayi anda juga semakin bertambah berat badan pada minggu-minggu terakhir sebelum kelahiran.
Memandangkan bayi anda mengisi lebih banyak ruang dalam abdomen, pelbagai perkara mula berubah: anda mungkin mendapati diri anda tidak stabil.
Mencari posisi yang mudah untuk duduk atau tidur mungkin bertambah sukar. Anda juga mungkin merasa sakit atau kebas pada jari, pergelangan tangan dan tangan.
Sepertimana tisu lain dalam badan anda, pergelangan tangan anda mungkin menghimpunkan cecair, yang meningkatkan tekanan pada carpal tunnel, di pergelangan tangan anda.
Saraf yang melalui canal ini mungkin ditekan, menyebabkan rasa kebas, bersemut, sakit membakar atau sakit ringan.
Cuba untuk memakai penganduh untuk menstabilkan pergelangan tangan anda atau letakkan tangan anda ke atas bantal apabila tidur ketika kehamilan minggu 33 ini.
Jika pekerjaan anda melibatkan pergerakan tangan yang berulang (seperti menaip atau pemasangan barangan kilang) ingat untuk meregangkan tangan anda pada waktu rehat sekerap mungkin.

Jika anda mendapati cecair jernih, berkrim daripada puting anda, jangan risau; cecair tersebut bukanlah susu. Susu hanya dihasilkan beberapa hari selepas kelahiran.
Cecair putih berkrim atau kuning daripada payudara anda adalah petanda badan anda sedang menyiapkan diri untuk menyusu badan.
Cecair yang anda dapati ialah kolostrum ketika kehamilan minggu 33, yang terhasil sebelum penghasilan susu sebenar beberapa hari selepas kelahiran.
Anda perlu berbincang dengan doktor anda sebelum mengambil pil tidur. Tidak ada pil tidur yang selamat bagi wanita mengandung.
Doktor boleh menimbangkan risiko dan manfaat pengambilan sesuatu ubat dan membincangkan penyelesaian alternatif bagi masalah tidur anda.
Doktor akan menganggar saiz bayi anda dan meramalkan waktu kelahiran ketika kehamilan minggu 33.

Anda mungkin perlu menjalani pelbagai ujian bergantung kepada keperluan anda dan kehendak doktor, termasuklah:
Jika anda risau dengan penggunaan bahan penghalau serangga, anda patut menggunakannya seperti yang disarankan untuk keselamatan anda.
Kebanyakan bahan penghalau serangga dianggap selamat sewaktu kehamilan minggu 33, tetapi jangan lupa untuk membaca label.
Berhati-hati dengan pemakanan keju lembut. Keju lembut diperbuat daripada susu yang dipasteurkan dianggap selamat untuk dimakan.
Tetapi, keju yang diperbuat daripada susu mentah, yang tidak dipasteurkan tidak selamat untuk dimakan.
Bagaimanakah tumbesaran bayi anda minggu hadapan?
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
22/11/2023
Ditulis oleh Helma Hassan
Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid
Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz