Ketika berada dalam usia kehamilan minggu 35, apa yang si ibu perlu tahu? Adakah jika hamil 35 minggu perut sering mengeras? Jom baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut tentangnya!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kehamilan, anda boleh klik di sini.
Perkembangan kehamilan minggu 35
Perkembangan bayi dalam kandungan
Bayi anda kini bersaiz seperti tembikai kecil, dengan berat 3.8 kg dan kepanjangan lebih kurang 46 cm. Dengan saiz ini, tidak ada ruang dalam uterus untuk bayi bergerak.
Disebabkan itu, bilangan pergerakan bayi mungkin berkurang, tetapi bertambah kuat. Lemak sedang terkumpul di sekeliling badan bayi anda, terutamanya sekitar bahu.
Jika bayi anda pada posisi kelahiran kepala dahulu, kepalanya akan berada pada tulang pubik untuk persiapan kelahiran.
Perubahan hidup & tubuh badan
Bagaimanakah perubahan badan saya?
Uterus anda yang dilindungi oleh pelvis akan mencapai tulang rusuk anda.
Jika anda boleh mengintai keadaan dalam rahim, anda akan melihat bahawa bayi anda sekarang sedang mengambil ruang yang lebih banyak berbanding air amniotik.
Uterus anda yang membesar ini juga menyempitkan ruang untuk organ dalaman anda, menyebabkan anda perlu kencing lebih kerap dan mengalami pedih hulu hati dan masalah pencernaan yang lain.
Jika anda tidak menghadapi masalah-masalah ini ketika kehamilan minggu 35, anda adalah golongan yang beruntung.
Apakah yang perlu saya beri perhatian?
Adakah bayi menangis kali pertama sewaktu lahir ke dunia ini? Tangisan pertama bayi mungkin berlaku dalam rahim.
Kajian menunjukkan bahawa bayi telah menunjukkan reaksi menangis seperti menggoyangkan dagu, membuka mulut, mengambil beberapa nafas sebelum mengeluarkannya dan bertenang kembali atau terkejut dengan bunyi halus yang didengari dalam abdomen ibunya.
Reaksi ini berlaku pada tahap awal sekalipun dalam bayi pramatang, maka tidak hairanlah tangisan mungkin berlaku dalam rahim jauh sebelum kelahiran bayi ke dunia.
Pertemuan dengan doktor ketika hamil
Apa yang harus saya maklumkan pada doktor?
Walaupun tarikh kelahiran bakal datang, terdapat bayi yang berterusan membesar hingga bulan ke-10.
Jika ini berlaku, mungkin bayi anda ingin tinggal lebih lama dalam uterus. Tanyakan persediaan yang bersesuaian jika anda telah melepasi tarikh kelahiran yang sepatutnya.
Tetapi adalah lebih baik jika bayi meninggalkan uterus sesegera mungkin tanpa sebarang masalah.
Apakah ujian yang perlu saya tahu?
Doktor akan menganggar saiz bayi anda dan meramalkan waktu kelahiran ketika kehamilan minggu 35.
Anda mungkin perlu menjalani pelbagai ujian bergantung kepada keperluan anda dan kehendak doktor, ini termasuklah:
- Timbang berat (penambahan berat badan akan berhenti atau berkurang pada waktu ini);
- Tekanan darah (mungkin lebih tinggi berbanding timester kedua);
- Ujian air kencing untuk memeriksa tahap gula dan protein;
- Vena varikos pada kaki, bengkak pada tangan dan kaki;
- Pemeriksaan degupan jantung janin;
- Ukuran saiz rahim melalui pemeriksaan luar untuk dibandingkan dengan waktu kelahiran;
- Ketinggian fundus (bahagian atas rahim);
- Saiz fetus, arah kelahiran (kepala atau punggung dahulu), kedudukan (muka ke bawah atau ke atas) melalui pemeriksaan dengan sentuhan dari luar.
- Simptom atau tanda yang tidak normal;
- Sediakan senarai soalan atau isu yang anda mahu bincangkan dengan doktor anda.
Aspek kesihatan & keselamatan
Apakah yang perlu saya tahu untuk kesihatan dan keselamatan semasa hamil?
Dalam trimester pertama kehamilan, anda boleh berbaring terlentang kerana berat bayi anda tidak begitu berat.
Bagaimanapun, pada trimester kedua dan ketiga kehamilan, apabila bayi anda semakin berat, anda harus memilih posisi tidur yang lain termasuk juga ketika kehamilan minggu 35.
Bagaimanakah perkembangan bayi anda minggu hadapan?
[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]