Kantung ketuban yang terkandung bayi anda dan air akan terpecah secara semulajadi apabila menghampiri tempoh kelahiran. Kadangkala, ketuban pecah awal daripada yang sepatutnya!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kehamilan, anda boleh klik di sini.
Apa tanda-tanda air ketuban pecah awal?
Apabila kantung ketuban terpecah terlalu awal, anda akan dapat merasa seperti air yang mempunyai warna yang tersendiri mengalir keluar daripada vagina.
Cecair ini mungkin juga akan bercampur warna kemerah-merahan jika bercampur dengan darah.
Jika anda melihat cecair tersebut berwarna seakan-akan coklat atau hijau, segera berjumpa dengan doktor.
Ini mungkin menunjukkan bayi dalam kandungan anda mengalami masalah yang serius. Pengeluaran cecair ini tidak akan berhenti tanpa bantuan perubatan oleh pakar.
Punca air ketuban pecah awal bagi wanita!
Kantung ketuban merangkumi amnion (bahagian dalaman yang mengandungi air ketuban dan bayi) serta chorion (bahagian luaran yang berada dalam rahim).
Kondisi ini turut dikenali sebagai premature rupture of membranes (PROM). PROM akan menyebabkan rahim anda menolak bayi anda keluar.
Kajian menunjukkan bahawa masalah ketuban terpecah terlalu awal mungkin disebabkan oleh:
- Keradangan pada serviks, rahim atau vagina
- Infeksi pada pundi kencing atau buah pinggang
- Induksi enzim, protein dan prostaglandin pramatang
- Ketuban terlebih meregang
- Kehamilan anak kembar
- Tekanan
- Bayi mempunyai berat badan yang terlebih
- Merokok
- Pernah melakukan pembedahan atau biopsi serviks
- Pernah mengalami PROM
Apa wanita perlu buat jika masalah ini berlaku?
Selepas minggu ke-37
Pada tempoh ini, bayi anda sudah membesar sepenuhnya dan selamat untuk dilahirkan. Ketika ini, anda perlu berada dalam dewan bersalin dengan segera.
Jika anda menunggu sehingga melewati tempoh 24 jam, bayi anda mungkin akan mengalami infeksi.
Di antara minggu ke-34 hingga minggu ke-37
Jika ketuban anda terpecah pada tempoh ini, anda akan dicadangkan untuk bersalin induce.
Sebelum minggu ke-34
Jika ketuban anda terpecah pada tempoh ini, anda dan bayi anda mungkin akan mengalami pelbagai masalah kesihatan.
Jika doktor anda tidak dapat mengesan sebarang tanda-tanda infeksi, anda perlu berada di hospital untuk menunggu proses kelahiran.
Pakar perubatan akan beri anda ubat-ubatan steroid untuk membantu paru-paru anak anda berfungsi sepenuhnya. Ini akan meningkatkan potensi bayi anda lahir dengan selamat.
Walaupun punca sebenar PROM masih tidak jelas, terdapat beberapa faktor yang pasti menyumbang kepada masalah ini seperti merokok, hamil anak kembar atau mengalami masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi.
Paling penting, segera dapatkan bantuan perubatan jika ketuban terpecah terlalu awal daripada sepatutnya.
[embed-health-tool-due-date]