Memilih makanan semasa hamil bukan semata-mata mengikut kegemaran diri anda sahaja, sebaliknya apa yang anda makan akan memberikan pengaruh yang cukup banyak kepada kesihatan bayi anda. Lantaran itu, penting untuk anda membuat pertimbangan yang teliti dan mengambil berat apa yang anda makan semasa hamil supaya anda dan bayi mendapat manfaatnya. Terdapat banyak pilihan makanan yang sedap dan bernutrisi yang boleh meningkatkan kesihatan kedua-dua anda dan bayi.
Telur
Salah satu daripada sumber terpenting nutrisi seperti vitamin, mineral, dan protein; telur merangsang pertumbuhan sel bayi anda memandangkan setiap sel diperbuat daripada protein. Tambahan pula, telur juga rendah dalam garam tepu dan kaya dalam kolin yang merangsang keseluruhan tumbesaran, melindungi otak dan mencegah kecacatan tiub neural. Selain itu, terdapat beberapa jenis telur yang mengandungi lemak omega-3 yang menyumbang kepada perkembangan otak dan penglihatan. Beri perhatian kepada jenama telur, terutama telur yang terdapat label diperkaya-DHA.
Bijirin penuh
Berbeza dengan bijirin yang diproses, bijirin penuh adalah rendah dalam karbohidrat dan kaya dalam serat, vitamin B, vitamin E, selenium, dan fitonutrien. Sebatian memainkan peranan penting dalam tumbesaran dan perlindungan sel. Dengan pengambilan yang kerap, membuktikan ia dapat mengurangkan kemungkinan mendapat penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes jenis 2, obesiti, dan beberapa bentuk kanser.
Daging pejal
Daging adalah sumber baik protein, vitamin B12, zat besi, dan lain-lain. Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan supaya anda membeli daging yang mengandungi 95 hingga 98 peratus bebas-lemak. Daging lembu, daging kambing, ayam dan itik adalah amat disarankan oleh kebanyakan obstetrik.
Sayuran hijau gelap
Sayuran kaya dengan vitamin A, C, dan K, serta folat, adalah baik untuk kesihatan mata. Jenis sayuran ini termasuklah bayam, kubis kale, Swiss chard, dan sayuran berdaun hijau lain.
Yogurt Greek
Kalsium adalah faktor penting yang mewujudkan rangka untuk bayi anda dan juga memastikan tulang anda utuh. Yogurt diketahui merupakan sumber yang amat tinggi kalsium, terutamanya yogurt Greek. Bukan hanya kaya dengan kalsium, tetapi juga yogurt ini mengandungi sejumlah besar protein, dua kali ganda daripada yogurt biasa.
[embed-health-tool-due-date]