home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bagaimana Jerebu Boleh Menjejas Kehamilan?

Bagaimana Jerebu Boleh Menjejas Kehamilan?

Apa itu jerebu?

Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan.

Ia disebabkan oleh percampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.

Apa itu Indeks Pencemaran Udara (IPU)?

IPU ialah indeks yang dibentuk berdasarkan kepada bahan pencemar udara seperti bahan partikel yang berukuran kurang daripada 10mm/m3 diameter, ozon, gas karbon monoksida, gas nitrogen dioksida dan sulfur dioksida bagi menunjukkan status kualiti udara dan hubungannya kepada kesihatan dalam pemahaman yang mudah untuk mengambil tindakan seterusnya.

Bagaimana jerebu boleh menjejeskan saya dan bayi dalam kandungan?

Oleh kerana pencemaran udara memberi kesan terhadap kesihatan semua orang, jadi ia juga boleh menjejaskan wanita hamil.

Jerebu boleh menjejaskan kualiti udara dengan ketara, dan banyak kajian telah membuktikan bahawa pencemaran udara dan kualiti udara yang sangat rendah boleh membahayakan bayi yang belum lahir dalam pelbagai cara.

  • Apabila bahan pencemar dalam udara disedup oleh ibu hamil, ia akan memasuki ke dalam rahim melalui tali pusat.
  • Pendedahan kepada pencemaran udara sebelum dilahirkan dikaitkan dengan IQ yang rendah pada kanak-kanak.
  • Pendedahan kepada jerebu sebelum kelahiran dikaitkan dengan berat badan bayi yang rendah, kelahiran pramatang, kematian bayi dalam kandungan dan kematian selepas dilahirkan.
  • Ibu-ibu yang tinggal di kawasan yang mempunyai tahap ozon dan karbon monoksida adalah tiga kali ganda bayi dilahirkan mendapat sumbing bibir dan lelangit, dan kecacatan injap jantung. Risiko terbesar berlaku semasa bulan kedua kehamilan iaitu apabila fetus sedang membentuk struktur muka dan organ.

Bagaimana meminimakan pendedahan kepada jerebu semasa hamil?

i) Semasa di dalam rumah

  • Tutup pintu dan tingkap
  • Kalau boleh jangan buka kipas, sebaliknya buka penghawa dingin dan jika anda mampu pasang penghawa dingin dengan penapis HEPA
  • Sentiasa membersihkan rumah anda dengan cara mengemop untuk mengurangkan debu dan habuk yang terangkap di dalam rumah

ii) Gunakan topeng N95

Jika anda perlu berada di luar rumah, gunakan topeng muka (mask) N95 kerana ia mampu menapis 95 peratus daripada partikel habuk bersaiz lebih daripada 0.3 mikron. Ia lebih sesuai daripada topeng pembedahan.

Walaubagaimana pun, bagi individu yang mempunyai masalah jantung dan paru-paru, mereka perlu mendapatkan nasihat doktor kerana ia boleh menyekat aliran udara.

iii) Jauhkan diri daripada jalan raya

Kurangkan pendedahan luar melainkan atas urusan penting sahaja. Tidak menggunakan kereta membantu mencegah pengurangan kualiti udara dan mengurangkan risiko kemalangan akibat jarak penglihatan yang terhad. Jika anda perlu memandu pastikan:

  • Tutup semua tingkap dan buka penghawa dingin
  • Buka lampu untuk meningkatkan penglihatan
  • Tidak tinggalkan anak dalam kereta tanpa pengawasa
  • Tidak merokok dalam kereta

Apakah perkara lain yang perlu dititikberatkan oleh ibu hamil semasa jerebu?

  • Minum banyak air: Pakar-pakar kesihatan mengesyorkan minum dua liter sehari apabila jerebu tidak teruk.
  • Jauhkan diri daripada perokok: Jika anda juga seorang perokok, hentikan segera.
  • Cuci tangan dan muka: Bersihkan debu dan kotoran sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Pastikan ahli keluarga anda yang lain juga melakukannya.
health-tool-icon

Kalkulator BMI

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Jerebu & Kesihatan http://www.myhealth.gov.my/jerebu-a-kesihatan/ Accessed on June 27, 2018.

Haze & Pregnancy http://sincerehealthcaregroup.com/haze-pregnancy/ Accessed on June 27, 2018.

Jerebu dan kehamilan anda https://www.babycenter.com.my/a1036967/jerebu-dan-kehamilan-anda Accessed on June 27, 2018.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Farah Aziz Disemak pada 13/09/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x