backup og meta

Perkara Asas Yang Perlu Anda Tahu Tentang Tindak Balas Alahan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 11/06/2021

    Perkara Asas Yang Perlu Anda Tahu Tentang Tindak Balas Alahan

    Tindak balas alahan berlaku apabila sistem imun semula jadi anda bertindak menghalang bahan-bahan berbahaya. Bahan-bahan ini dipanggil ‘alergen’. Mari kenali jenis jenis alergi!

    Anda boleh menyedut, makan dan menyentuh alergen yang menyebabkan alahan. Sesetengah simptom tindak balas alahan adalah seperti bersin, hidung berair atau mata berair. 

    Gejala-gejala ini boleh membawa anda kepada ketidakselesaan yang ringan ataupun yang teruk. Oleh itu, penting untuk menyediakan beberapa maklumat asas mengenai tindak balas alahan.

    Kenapa anda mengalami tindak balas alahan?

    Tindak balas alahan bermula apabila anda bersentuhan dengan bahan yang disedut, ditelan, atau ia berada pada kulit anda.

    Selepas itu, sistem imun anda bertindak balas dengan mengeluarkan antibodi yang dipanggil Immunoglobulin E (IgE).

    Antibodi ini bergerak ke sel-sel yang melepaskan histamin dan bahan kimia lain, akhirnya menyebabkan berlakunya alahan.

    Punca mengapa sesetengah individu mengalami alahan manakala yang lain tidak mengalaminya, masih belum ditemui.

    Sejarah keluarga dengan alahan adalah faktor tunggal penting yang menyebabkan anda berisiko tinggi untuk turut mengalami alahan.

    Faktor alam sekitar juga meningkatkan risiko kecenderungan untuk berlakunya alahan, seperti:

    • Pendedahan berulang kepada bahan asing (alergen)
    • Diet
    • Pencemaran persekitaran (asap tembakau dan asap ekzos)

    Simptom-simptom

    jenis jenis alergi

    Tanda dan simptom tindak balas alahan boleh berkisar dari alahan ringan kepada alahan yang teruk.

    Walau bagaimanapun, kebanyakannya adalah alahan ringan.

    Sekiranya anda mendapat alahan hidung atau kulit, simptom umumnya termasuk: mata gatal dan berair, bersin, gatal dan hidung berair.

    Alahan makanan juga boleh menyebabkan kekejangan perut, muntah-muntah dan cirit-birit.

    Jika sengatan serangga adalah pencetus tindak balas alahan, anda akan mengalami bengkak, kemerahan dan rasa sakit pada bahagian terkena sengatan.

    Terdapat tindak balas alahan tertentu yang boleh mengancam nyawa.

    Keadaan ini dipanggil tindak balas anaphylactic. Tanpa rawatan, alahan jenis ini boleh mengakibatkan kematian dalam tempoh masa 15 minit.

    Sekarang, jom kita terokai dan kenali jenis-jenis alergi yang ada!

    Jenis-jenis alergi

    #1 Demam hay 

    Keadaan ini biasanya berlaku pada musim bunga, musim panas atau musim gugur.

    Antara simptomnya termasuk bersin, hidung tersumbat atau hidung berair dan gatal-gatal pada bahagian hidung, mata atau lelangit mulut.

    Sekiranya gejala yang dialami adalah sepanjang tahun, ia mungkin disebabkan oleh pendedahan kepada alergen dalaman seperti hama habuk, acuan tertutup atau haiwan peliharaan.

    #2 Jenis-jenis alergi: Hives

    Ditakrifkan dengan rasa gatal serta tompok lebam merah sama ada besar atau kecil.

    Pencetus Hives adalah makanan atau ubat tertentu.

    #3 Alahan konjungtivitis

    Turut dikenali sebagai alergi mata. Ia berlaku apabila mata bertindak balas kepada alergen dengan munculnya gejala kemerahan, gatal-gatal dan bengkak.

    #4 Asma 

    Penyakit paru-paru kronik yang dicirikan oleh batuk, sesak dada, sesak nafas dan berdehit.

    Apabila anda mengalami simptom asma, saluran pernafasan anda akan menjadi semakin sempit.

    Keadaan ini sekali gus mengakibatkan anda lebih sukar untuk bernafas.

    #5 Alergi makanan

    Alahan ini akan menyebabkan sistem imun semula jadi anda bertindak balas terhadap protein tertentu yang terdapat dalam makanan.

    Simptom boleh muncul apabila bersentuhan dengan hanya sedikit makanan.

    Berikut adalah beberapa pencetus umum: protein dalam susu lembu, telur, kacang tanah, gandum, soya, ikan dan kerang.

    #6 Rhinosinusitis

    Jenis-jenis alergi seterusnya turut dikenali sebagai sinusitis. Alahan ini akan menyebabkan berlakunya kesesakan pada hidung, tekanan muka, batuk dan hingus yang banyak.

    Individu dengan masalah alahan rinitis atau asma lebih cenderung menghidapi sinusitis kronik.

    Ini kerana saluran udara lebih cenderung mengalami keradangan apabila alahan rinitis atau asma berlaku.

    Diagnosis dan rawatan tindak balas alahan

    jenis jenis alergi

    Doktor akan terlebih dahulu memeriksa sama ada tindak balas yang berlaku disebabkan tindak balas alahan atau tidak.

    Doktor akan bertanya tentang sejarah perubatan anda dan melakukan beberapa ujian fizikal untuk kenal pasti jenis-jenis alergi.

    Doktor juga mungkin ingin melakukan beberapa jenis ujian alahan berikut untuk menentukan bahan yang menyebabkan alahan, antaranya:

    • Ujian kulit melibatkan penggunaan sedikit alergen yang disyaki ke kulit dan melihat kesan tindak balas
    • Ujian IgE serum khusus untuk alergen bagi mengukur tahap darah IgE. Antibodi IgE adalah unik untuk setiap alergen. Oleh itu, memeriksa varian tertentu dalam darah boleh membantu doktor menentukan sama ada terdapat alahan atau tidak

    Ada kalanya ujian darah akan dilakukan untuk mengesan sejenis sel darah putih yang dipanggil eosinofil.

    Eosinophils terdapat pada semua individu tetapi dalam kes tindak balas alahan, ia biasanya dihasilkan dalam jumlah yang lebih banyak.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 11/06/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan