Definisi
Apa itu Versi Sefalik Luaran?
Versi Sefalik Luaran(ECV) adalah prosedur untuk memusing bayi di dalam rahim anda daripada posisi songsang (punggung atau kaki dahulu) kepada posisi kepala dahulu. ECV biasanya selamat dan cara yang berkesan untuk memusing bayi anda daripada posisi songsang kepada posisi kepala dahulu.
ECV biasanya disarankan jika bayi anda songsang selepas minggu ke-36. Ia akan memberikan anda peluang terbaik untuk bersalin secara normal dan ia sesuai bagi kebanyakan wanita.
Mengapa Versi Sefalik Luaran dilakukan?
Anda boleh menerima prosedur Versi Sefalik Luaran apabila:
- Anda dalam lingkungan 36 hingga 42 minggu kehamilan. Sebelum minggu ke-36, fetus biasanya akan pusing ke posisi kepala ke bawah dengan sendirinya. Tetapi versi mungkin akan lebih berjaya jika ia dilakukan secepat yang boleh selepas minggu ke-36 kerana saiz fetus lebih kecil dan dikelilingi lebih banyak cecair amniotik dan ruang yang luas untuk bergerak di dalam rahim.
- Anda hamil satu fetus sahaja.
- Fetus tidak masuk ke dalam pelvik lagi (kepala belum lagi turun). Fetus yang kepalanya sudah turun sangat sukar untuk digerakkan.
- Terdapat cecair amniotik yang cukup disekeliling fetus untuk memusing fetus. Jika kuantiti cecair amniotik di bawah paras normal (oligohidramnio), fetus akan lebih mudah untuk cedera ketika cubaan versi ini.
- Anda pernah hamil sebelum ini. Hamil sebelum ini bermakna dinding abdomen anda telah menjadi lebih fleksible dan boleh meregang ketika cubaan versi. Versi juga boleh dilakukan jika ibu tidak pernah hamil sebelum ini.
- Fetus berada di dalam posisi frank, songsang sepenuhnya (complete breech), atau songsang kaki (footling).
Fahami Risiko-risikonya
Apakah risiko bagi Versi Sefalik Luaran?
Anda tidak sesuai untuk menjalani prosedur Versi Sefalik Luaran jika:
- Beg air (kantung amniotik) telah pecah.
- Anda mempunyai keadaan (contohnya masalah jantung) yang menghalang anda daripada mengambil ubat tocolitik tertentu bagi mengelakkan kontraksi rahim.
- Kelahiran secara cesarian diperlukan, contohnya apabila plasenta menutupi servik secara tidak penuh ataupun penuh (placenta previa), atau telah regang daripada dinding rahim (placenta abrupsi).
- Pemantauan fetus menunjukkan fetus berada dalam keadan yang tidak bagus.
- Fetus mempunyai kepala lampau lurus ini bermakna tengkuk berada dalam posisi lurus, sepatutnya kepala berada dalam posisi tunduk kehadapan dengan dagu rapat ke dada.
- Fetus diketahui atau disyaki mempunyai kecacatan sejak lahir.
- Anda hamil dengan lebih daripada satu fetus (kembar, kembar tiga, atau banyak lagi).
- Rahim anda tidak mempunyai bentuk yang normal.
Bagi sesetengah kes, doktor akan memilih untuk tidak mencuba versi sefalik luaran apabila kuantiti cecair amniotik kurang daripada normal (oligohidramnio) disekeliling fetus.
Mujurlah, dengan pengawasan yang kerap, risiko versi sefalik luaran kepada ibu dan fetus adalah rendah. Potensi risiko versi sefalik luaran, bagi fetus dan ibu telah diawasi dengan teliti, adalah:
- Tali pusat terbelit atau terhimpit, akan mengurangkan aliran darah dan oksigen kepada fetus.
- Awal kelahiran, di mana boleh disebabkan oleh kantung amniotik disekeliling fetus telah pecah (pecah lapisan membran secara pramatang atau PROM).
- Plasenta abrupsi, rahim pecah, atau cedera pada tali pusat. Potensi ini terjadi sebagai komplikasi namun semua ini jarang berlaku.
- Bagi kes yang jarang berlaku, di mana kelahiran bermula atau fetus atau ibu mengalami masalah serius ketika melakukan versi, pembedahan kecemasan caserian (keratan-C) mungkin akan dilakukan bagi melahirkan fetus.
- Pendarahan daripada plasenta.
- Perubahan degupan jantung bayi anda.
- Bayi yang sedang distres.
Versi sefalik luaran mempunyai risiko yang paling kecil untuk mengakibatkan pendarahan yang mana menyebabkan darah ibu dan fetus bercampur. Jadi wanita yang hamil dengan darah Rh-ngetaif perlu diberi suntikan Rh immunoglobulin (seperti RhoGAM) bagi menghalang sensitisasi Rh, yang mana boleh menyebabkan komplikasi kepada fetus bagi kehamilan yang akan datang.
Bagi kes-kes yang jarang berlaku, versi luaran digunakan untuk melahirkan kembar yang kedua atau digunakan ketika kelahiran yang mengancam nyawa fetus. Bagi kes ini, doktor akan cuba untuk memusing fetus dengan memasukkan tangan ke dalam rahim.
Penting untuk anda memahami risiko dan komplikasi sebelum menjalani prosedur ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sila berjumpa doktor atau doktor bedah anda untuk maklumat lanjut.
Proses
Bagaimana Persedian untuk pembedahan Versi Sefalik Luaran?
Versi sefalik luaran sering dilakukan sebelum kelahiran bermula. Ahli obstetrik dan bidan anda akan berbincang dengan anda mengenai penjagaan yang terbaik dan selamat untuk anda. Anda akan dinasihatkan untuk melahirkan bayi anda di hospital.
Apa yang terjadi semasa Versi Sefalik Luaran dilakukan?
Versi sefalik luaran selalunya mengambil masa lebih kurang lima belas minit. Ahli obstetrik anda akan menolak abdomen anda dengan berhati-hati bagi mencuba untuk memusing bayi anda kepada posisi kepala dahulu. Mereka akan mengawasi degupan jantung bayi anda secara berkala bagi memastikan ianya normal. Degupan jantung bayi anda akan diawasi sehingga hampir 45 minit selepas prosedur.
Jika anda mempunyai sebarang masalah atau kebimbangan, sila berjumpa doktor atau ahli bedah anda bagi maklumat lanjut.
Pemulihan
Apakah yang terjadi selepas pembedahan Versi Sefalik Luaran?
Selepas prosedur versi sefalik luaran 50 peratus anda akan menjalani kelahiran secara normal. Jika tidak, ahli obstetrik anda mungkin akan melakukan ECV sekali lagi. Bayi anda mungkin akan pusing dengan sendirinya selepas minggu ke-36. Ahli obstetrik akan berbincang dengan anda mengenai faedah dan risiko versi sefalik luaran dan kelahiran songsang secara normal.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]