home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Kehamilan Tidak Dirancang: Bagaimana Menghadapinya?

Kehamilan Tidak Dirancang: Bagaimana Menghadapinya?

Kadangkala, apa yang dirancangkan tidak semestinya terjadi. Biarpun pasangan suami isteri sudah membuat pelbagai persediaan untuk merancang kemahilan, ia tetap boleh berlaku tanpa diduga. Sebagai pasangan yang baharu berkahwin, anda mungkin akan terkejut dengan perkara ini. Namun ia bergantung sepenuhnya kepada anda bagaimana untuk menghadapinya.

Kehadiran seorang cahaya mata akan mengubah hidup anda dan pasangan sepenuhnya. Oleh itu, anda perlu berbincang tentang pelbagai isu seperti:

  • Adakah anda dan pasangan sudah bersedia untuk mempunyai anak?
  • Adakah terdapat sebarang isu kesihatan yang perlu dibimbangkan?
  • Adakah isu gaya hidup atau kewangan perlu dititikberatkan?
  • Bagaimanakah menyeimbangkan antara kerjaya dengan keibubapaan?
  • Adakah anda mempunyai sokongan atau anda hanya seorang diri?
  • Bagaimanakah ia akan memberi kesan kepada perkahwinan anda?
  • Bagaimanakah anda membahagikan masa bersama untuk memenuhi keperluan menjadi seorang ibu bapa?

Sangat penting untuk berbincang mengenai perasaan anda tidak kira jika ia positif atau negatif terlebih dahulu bersama pasangan. Anda mungkin tidak akan mampu menjawab semua persoalan yang timbul namun membincangkan isu ini bersama akan membuatkan anda dan pasangan lebih mengenali diri masing-masing. Dengan ini, keputusan yang dibuat bersama juga akan lebih memuaskan hati kedua-dua pihak.

Tunggu sehingga anda dan pasangan sebulat suara mengenai kehamilan ini sebelum memberitahu individu lain seperti ahli keluarga dan kawan-kawan. Kadangkala, pasangan muda yang baru berkahwin terutamanya akan mudah terpengaruh dengan desakan dari keluarga mereka. Ini akan mengakibatkan pelbagai situasi yang sudah pasti mahu dielakkan seperti pengguguran bayi. Namun, ini semua bergantung kepada anda dan pasangan.

Jika anda membuat keputusan untuk menggugurkan kandungan

Perlu diingatkan bahawa ini bukanlah keputusan yang bijak kerana ia mempunyai pelbagai implikasi negatif. Ada pasangan yang berasakan ini merupakan satu-satunya jalan keluar yang wujud. Sebenarnya, ia bukanlah pilihan yang baik kerana prosedur menggugurkan bayi mempunyai risiko yang agak tinggi bagi fizikal dan mental anda.

Terdapat beberapa isu lain yang perlu difikirkan seperti agama, persepsi ahli keluarga dan kawan-kawan. Jika anda berasa keseorangan dalam hal ini, anda perlu ingat bahawa ada juga pasangan lain yang turut mengalaminya. Kongsikan perasaan anda ini kepada individu yang anda boleh percayai selain pasangan ataupun dapatkan khidmat kaunselor.

Jika anda membuat keputusan untuk meneruskan kandungan

Keputusan ini mungkin akan membuat anda takut kerana semuanya masih baru. Sepanjang tempoh kehamilan, anda boleh menggunakan tempoh ini untuk mengubah kehidupan anda dan bersedia dengan kehadiran cahaya mata. Sebelum bayi tersebut lahir, luangkan lebih masa dengan pasangan anda kerana selepas kelahiran, masa anda bersama pasangan akan sedikit terhad. Namun begitu, anda tidak perlu risau kerana kehadiran anak juga dapat merapatkan lagi hubungan anda dengan pasangan.

Kehamilan merupakan salah satu kaedah semulajadi yang dapat merapatkan lagi hubungan anda dengan pasangan. Anda dan pasangan boleh pergi melakukan pemeriksaan kesihatan dan membaca wacana mengenai kehamilan bersama-sama agar anda dan pasangan dapat berkongsi setiap perubahan fizikal dan emosi yang sedang berlaku. Paling penting, anda dan pasangan boleh merancang masa depan bersama dengan berbincang mengenai pekerjaan, kewangan atau apa-apa kebimbangan yang ada dalam fikiran anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

health-tool-icon

Kalkulator Tarikh Bersalin

Gunakan kalkulator ini untuk menentukan tarikh akhir anda. Walau bagaimanapun, ini hanyalah anggaran semata-mata! Kebanyakan wanita akan melahirkan anak dalam masa seminggu sebelum atau selepas tarikh ini.

Panjang Kitaran

28 hari

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

How Do I Cope With an Unplanned Pregnancy. http://www.babycenter.in/x1021769/how-do-i-cope-with-an-unplanned-pregnancy#ixzz4ZyURG0DL. Accessed February 28, 2017.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 12/09/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x