backup og meta

Benarkah Kehamilan Menyebabkan Seseorang Menjadi Pelupa?

Benarkah Kehamilan Menyebabkan Seseorang Menjadi Pelupa?

Kehamilan akan mengakibatkan berlakunya pelbagai kondisi berkenaan kesihatan. Antara kondisi yang dimaksudkan adalah menjadi seorang pelupa. Ia adalah satu kondisi yang biasa dan normal. Kondisi ini dikenali sebagai ‘momnesia’. Ikut artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Ya, ia adalah benar

Anda tidak perlu takut kerana ia adalah normal dan tidak akan menyebabkan sebarang kesan sampingan kepada mental dan fizikal anda. Bukan hanya kehamilan yang akan menyebabkan ia berlaku malahan kesibukan, tekanan serta tidak cukup tidur juga mampu menyebabkannya.

Menjadi seorang pelupa ketika sedang hamil mungkin disebabkan oleh perubahan kadar hormon progesteron dan estrogen yang meningkat 40 kali ganda di dalam otak wanita hamil. Peningkatan hormon ini akan menjejaskan fungsi neurologi dan ruang memori anda. Selain itu juga, kehamilan akan mengubah keutamaan anda. Ini menyebabkan otak anda akan mengutamakan bayi anda berbanding perkara lain.

Bagaimanakah untuk mengatasinya?

Buat catatan

Anda boleh membuat catatan aktiviti seharian anda untuk membantu anda menjalani kehidupan. Catatkan sebarang perkara yang anda rasakan sukar untuk diingat seperti senarai barang dapur untuk dibeli atau temu janji anda. Bawa bersama buku nota ke mana-mana termasuklah apabila berjumpa doktor untuk mencatat setiap pesanan atau saranan doktor.

Guna ‘electronic planner’

Kesemua ‘elektronic planner’ mempunyai fungsi yang sama iaitu memperingatkan anda mengenai tugas yang anda perlu lakukan sepanjang hari. Lebih mudah jika anda menggunakan peranti yang mudah dibawa ke mana sahaja seperti telefon pintar atau komputer riba untuk memastikan anda kekal fokus dan tidak terlepas apa-apa perkara yang penting.

Minta bantuan individu lain

Berbincanglah dengan pasangan atau rakan anda mengenai perkara ini. Minta mereka untuk sentiasa memerhatikan anda. Ini dapat membantu sekurang-kurangnya apabila anda tertinggal sesuatu barangan bersama mereka. Pasangan anda merupakan individu yang perlu sentiasa peka terhadap setiap tindak-tanduk anda untuk membantu anda.

Ambil ‘choline’

‘Choline’ adalah sejenis mineral yang membantu menghasilkan acetylcholine iaitu bahan kimia yang merangsang memori. Saintis mempercayai bahawa pengambilan ‘choline’ ini semasa hamil akan membantu meningkatkan memori anda semasa hamil di samping membantu dalam perkembangan otak bayi. Selain itu, omega-3 juga sangat membantu dalam memastikan fungsi otak yang sihat.

Menjadi seorang pelupa adalah normal bagi wanita hamil. Jika anda sedang hamil atau sedang merancang untuk hamil, anda bersedia untuknya. Selagi anda dan pasangan mampu untuk meneruskan hidup seperti biasa tanpa sebarang impak negatif, tiada apa yang perlu dirisaukan mengenai perkara ini.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Pregnancy Brain: Myth or Reality? http://www.webmd.com/baby/features/memory_lapse_it_may_be_pregnancy_brain#1. Accessed on November 10, 2016.

Forgetfulness During Pregnancy or Pregnancy Brain. Accessed November 10, 2016. http://www.whattoexpect.com/pregnancy/symptoms-and-solutions/forgetfulness.aspx. Accessed on November 10, 2016.

 

Versi Terbaru

13/09/2019

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Keputihan Semasa Mengandung Ganggu Keselesaan Bakal Ibu? Amalkan 5 Tip Ini, Berkesan!

Sakit Kepala Sebab Anemia? Amalkan 9 Jenis Makanan Ini Masa Hamil, Hb Akan Naik!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/09/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan