backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Embolisme Amniotik Fluid

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi · Disemak pada 28/11/2019

Ketahui asas-asasnya

Apakah itu embolisme cecair amniotik?

Embolisme cecair amniotik kali pertama dikenal pasti pada tahun 1941, ia adalah kes kecemasan obstetrik yang jarang sekali berlaku melibatkan cecair amniotik, sel fetus, rambut atau apa-apa sisa masuk ke dalam peredaran darah si ibu melalui uri yang akan mencetuskan tindak balas seperti alahan. Tindak balas ini akan menyebabkan kegagalan jantung dan peparu (kardiorespiratori) dan pendarahan yang banyak (koagulopati).

Apakah kebarangkalian embolisme cecair amniotik?

Embolisme cecair amniotik ini agak jarang berlaku dan berlaku dalam setiap  2-8 /100000 wanita bersalin dan bertanggungjawab menyebabkan 7.5% ke 10% dari kes kematian ibu. Keadaan ini berlaku hanya pada wanita. Tiada kecenderungan pada mana-mana bangsa atau etnik yang difikrkan wujud. Namun, terdapat kajian oleh Fong et al menyatakan orang hitam bukan Hispanic mempunyai dua kali ganda risiko untuk mengalami masalah ini.

Namun begitu, ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom ?

Embolisme cecair amniotik terjadi secara mengejut dan pantas. Peringkat pertama kondisi ini selalunya melibatkan serangan jantung dan kegagalan pernafasan. Serangan jantung berlaku apabila jantung anda berhenti bekerja, anda tidak sedarkan diri dan berhenti bernafas. Kegagalan pernafasan pula berlaku apabila peparu anda tidak mampu membekalkan oksigen yang cukup kepada darah atau menyingkirkan karbon dioksida daripadanya. Ini akan membuatkan kesukaran untuk bernafas

Tanda dan simptom lain yang mungkin berlaku bersama kondisi ini ialah:

  • Kesesakan nafas secara tiba-tiba
  • Cecair berlebihan di dalam peparu (edema pulmonari)
  • Tekanan darah jatuh secara mendadak
  • Kegagalan jantung untuk mengepam darah secara tiba-tiba
  • Masalah yang mengancam nyawa disebabkan oleh penggumpalan darah (koagulasi intravaskular tersebar)
  • Status mental berubah-ubah
  • Kesejukan
  • Degupan jantung menjadi laju dan iramanya tidak sekata
  • Distres fetal seperti degupan jantung menjadi perlahan
  • Sawan
  • Koma
  • Ketidaknormalan degupan jantung secara tiba-tiba
  • Pendarahan daripada rahim, luka atau tapak intravena

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Ketahui puncanya

Apakah yang mengakibatkan embolisme cecair amniotik?

Kondisi ini belaku apabila cecair amniotik atau sisa daripada fetus masuk ke dalam peredaran darah si ibu. Bagaimana ia boleh berlaku masih tidak difahami dengan jelas. Mungkin disebabkan  kebocoran pada sekatan uri kesan daripada trauma.

Apabila kebocoran ini berlaku, sistem imun akan memberi respon dengan melepaskan produk yang menyebabkan keradangan, mengaktifkan penggumpalan darah yang tidak normal didalam peparu dan salur darah si ibu yang menghasilkan kecelaruan penggumpalan darah yang serius (koagulasi intravaskular tersebar)

Namun, kondisi ini jarang berlaku – sememangnya cecair amniotik dalam jumlah yang sedikit lazimnya masuk ke dalam peredaran darah si ibu sewaktu bersalin tanpa sebarang masalah. Ianya tidak jelas kenapa dalam sesetengah kes boleh membawa kepada embolisme cecair amniotik.

Jelas sekali, kajian yang lebih mendalam tentang punca embolisme cecair amniotik perlu dilakukan.  

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko?

Terdapat banyak faktor risikonya seperti:

  • Umur si Ibu yang sudah lanjut:  Sekiranya anda berumur 35 tahun atau lebih sewaktu anda bersalin, anda mempunyai risiko lebih tinggi untuk kondisi ini
  • Masalah uri: Sekiranya terdapat masalah pada uri – struktur yang terhasil didalam rahim sewaktu mengandung – anda berisiko tinggi untuk kondisi ini
  • Preeklampsia: Sekiranya anda mengalami preeklampsia – tekanan darah tinggi dan protein yang berlebihan di dalam air kencing selepas 20 minggu mengandung – anda berisiko tinggi untuk kondisi ini
  • Induksi bersalin:Kajian terhad  yang dilakukan menyatakan sesetengah teknik induksi boleh meningkatkan risiko embolisme cecair amniotik akan tetapi kaitan antara dua ini masih banyak keraguan.
  • Bersalin secara pembedahan: Menjalani pembedahan caesar , bersalin menggunakan forsep atau ekstrasi vakum, meningkatkan lagi risiko anda. Prosedur-prosedur ini boleh mengganggu sekatan fizikal antara anda dan bayi. Ia tidak jelas samada bersalin secara operatif ini benar-benar menyebabkan untukkondisi ini atau sebenarnya kondisi ini telah terjadi dahulu sebelum prosedur ini dijalankan.
  • Polihidramnios: Mempunyai terlalu banyak  cecair amniotik di sekeliling bayi anda merupakan risiko bagi kondisi ini.
  • Memahami diagnosis dan rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimanakan embolisme cecair amniotik didiagnosis?

    Diagnosis kondisi ini dibuat berdasarkan pemeriksaan doktor. Kebiasaannya doktor akan membuat diagnosis setelah semua kondisi lain disaring keluar. Dalam sesetengah kes, diagnosis hanya dapat dibuat setelah kematian si ibu. Beberapa ujian akan dilaksanakan termasuklah:

    • Ujian darah termasuk ujian untuk memeriksa faktor pembekuan, enzim jantung, elektrolit , jenis darah dan kiraan darah lengkap
    • Elektrokardiogram  untuk memeriksa irama jantung
    • Oksimetri nadi untuk memeriksa jumlah oksigen di dalam darah
    • X-ray dada untuk melihat sebarang cecair terkumpul di sekeliling jantung
    • Ekokardiografi untuk menilai fungsi jantung.

    Bagaimanakah ia dirawat?

    Rawatan kecemasan termasuklah:

    • Memasukkan kateter: doktor akan memasukkan tiub yang halus dan kosong ke dalam salah satu arteri anda untuk memantau tekanan darah. Satu lagi tiub akan dimasukkan ke dalam vena di bahagian dada (kateter vena sentral) yang digunakan untuk memasukkan air, ubat, transfusi, dan mengambil darah.
    • Oksigen:Anda  mungkin memerlukan tiub pernafasan yang dimasukkan ke dalam saluran pernafasan untuk membantu anda bernafas
    • Ubat: Doktor akan memberikan ubat untuk mempertingkatkan fungsi jantung anda. Ubat lain mungkin boleh digunakan untuk mengurangkan tekanan yang berpunca dari air dalam badan yang pergi ke jantung dan paru-paru.
    • Transfusi:Sekiranya anda mengalami pendarahan tidak terkawal, anda akan memerlukan transfusi darah,produk darah dan penggantian cecair.

    Sekiranya anda mengalami kondisi ini sebelum melahirkan anak, doktor akan merawat anda dengan tujuan memastikan bayi anda dilahirkan dengan selamat secepat mungkin. Pembedahan caesar kecemasan mungkin diperlukan.

    Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas embolisme cecair amniotik?

    Kondisi ini tidak boleh dicegah, dan juga sukar bagi doktor untuk menjangkakan ia akan berlaku atau tidak. Sekiranya anda pernah terkena kondisi ini dan merancang untuk mengandung lagi,maklumkan kepada pakar obstetrik anda. Doktor akan membincangkan risiko kehamilan dan membuat pemantauan dengan teliti.  

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi · Disemak pada 28/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan