backup og meta

Kesilapan yang Dilakukan Oleh Ibu Bapa Bercerai

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/12/2018

    Kesilapan yang Dilakukan Oleh Ibu Bapa Bercerai

    Berpisah bukanlah satu perkara yang sukar untuk dilakukan oleh ibu bapa, namun kesukaran itu akan dirasai oleh anak-anak. Anak kepada pasangan yang bercerai lebih merasai keperitan penceraian itu berbanding ibu bapa kerana mereka akan berasa terabai atau terasing oleh ibu bapa mereka sendiri yang mengalami kesukaran mengadaptasi kehidupan sebagai ibu atau bapa tunggal.

    Kebanyakan anak kepada pasangan bercerai juga akan membawa parut kepada luka penceraian ibu bapa mereka menuju ke alam dewasa kelak. Ini akan menyebabkan mereka fobia terhadap dunia kekeluargaan yang hanya akan menjadikan diri mereka tertekan. Ibu bapa yang bercerai seharusnya berhenti memikirkan diri sendiri dan mengelakkan diri dari melakukan kesilapan di hadapan anak mereka. Berikut merupakan antara kesilapan tersebut.

    1. Bergaduh di hadapan anak anda

    Elakkan perkara ini tidak kira dalam di dalam bilik atau dalam telefon sekiranya anak anda ada berdekatan kerana ini akan mendatang pelbagai kerosakan dan kesan negatif terhadap minda mereka.

    2. Memaksa anak anda yang masih kecil memilih sama ada untuk mengikut ibu atau bapa

    Perbuatan ini sangat perlu untuk dielakkan kerana ini hanya akan membuat anak anda berasa terluka, serba salah, gelisah dan keliru. Sebagai ibu bapa, anda perlu membuat keputusan untuk mereka sekiranya mereka masih kecil agar mereka tidak berasa terbeban.

    3. Gagal untuk menyatakan penceraian itu bukan salah anak anda

    Anak pasangan bercerai cenderung untuk menyalahkan diri sendiri di atas masalah rumahtangga anda. Oleh itu, anda perlu memastikan mereka tahu tentang perkara ini dan sedar keputusan yang dibuat adalah untuk kebaikan semua pihak.

    4. Gagal untuk mengingatkan mereka bahawa anda selalu berada di sisi mereka

    Walaupun selepas bercerai, anda perlu sentiasa ingatkan mereka bahawa anda tidak akan sesekali meninggalkan mereka. Ini untuk memastikan mereka tidak terbeban dari segi emosi mereka.

    5. Memberitahu status anak-anak kepada individu lain

    Perbuatan ini tidak perlu dilakukan semata-mata kerana ingin mendapatkan simpati dan empati individu lain. Jangan bebankan anak anda dengan kenyataan yang memilukan ini sebaliknya sentiasa menyokong dan memastikan mereka hidup sebagai kanak-kanak yang normal.

    6. Memburuk-burukkan bekas pasangan anda

    Tidak kira perkara itu benar atau tidak, anda tidak boleh sesekali memburuk-burukkan bekas pasangan kerana perbuatan ini hanya akan mendatangkan kekeliruan, kesedihan, rasa tidak selamat dan kurang keyakinan diri kepada anak anda.

    7. Mengasingkan anak anda daripada bekas pasangan

    Perbuatan yang mementingkan diri sendiri ini akan memberikan kebahagiaan semantara sahaja kepada anda. Apabila anak anda sudah dewasa kelak, mereka akan sedar tentang ketidakadilan ini dan akan menyalahkan anda seumur hidupnya. Oleh itu, sentiasa bersikap adil dengan bekas pasangan.

    8. Meminta anak anda untuk mengintip bekas pasangan anda

    Perbuatan ini hanya akan membuat mereka membenci bekas pasangan anda. Selain itu, mereka juga lebih layak untuk hidup gembira tanpa sebarang beban dan tugas yang tidak perlu dilakukan oleh mereka.

    9. Menipu anak anda untuk mendapatkan perhatian dan simpati

    Perbuatan ini merupakan merupakan perbuatan yang hanya mementingkan diri sendiri dan tidak seharusnya dilakukan oleh anda yang mahukan anak anda hidup bahagia menuju dewasa. Anda seharusnya bersikap jujur terhadap bekas pasangan dan anak untuk mencapai kesepakatan yang lebih baik.

    10. Membalas dendam terhadap bekas pasangan

    Perbuatan seperti berpindah kediaman yang jauh daripada bekas pasangan, tidak menjemput bekas pasangan ke apa-apa majlis meraikan anak, tidak melawat anak atau mengabaikan nafkah hanya akan menyebabkan anak anda berasa tersisih dan tidak dihargai sekaligus menanam perasaan benci kepada anda. Oleh itu, sentiasa bekerjasama dengan bekas pasangan demi menjamin masa depan anak yang lebih bahagia.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/12/2018

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan