Kanak-kanak mungkin akan lebih mudah melalui fasa kesedihan kehilangan ibu bapa mereka. Namun begitu, ia bukan menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai atau memahami perasaan mereka. Menurut kajian yang dilakukan oleh National Association of School Psychologists, kanak-kanak sebenarnya sudah boleh mengalami kejutan emosi, merasai perpisahan, berkelakuan regresif atau eksplosif. Mereka juga cenderung untuk bertanya soalan yang sama berkaitan kehilangan ibu bapa mereka berulang kali.
Kesannya terhadap remaja
Ketika usia ini, remaja sudah boleh faham bahawa kehilangan ibu bapa ini adalah kekal buat selamanya. Remaja mungkin akan lebih mengekspresikan perasaan mereka kepada rakan-rakan lebih daripada ahli keluarga yang lain. Ketika ini juga, remaja sudah berupaya mengawal perasaan mereka berbanding kanak-kanak yang jauh lebih muda. Pun begitu, jika mereka gagal melakukannya, mereka mungkin akan terjerumus ke lembah dadah atau alkohol untuk cuba lari dari realiti kehidupan mereka yang menyedihkan.
Kesan seumur hidup
Walaupun anak itu kelihatan sudah boleh menerima kenyataan dan hidup secara normal kembali, kesannya masih lagi wujud. Dalam beberapa kes, ia mungkin akan kekal seumur hidup mereka. Anak itu mungkin akan kurang keyakinan diri serta mengalami kesukaran menjalinkan hubungan. Selain itu, jantina juga memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Kebanyakan lelaki akan mengalami peningkatan autonomi manakala wanita pula lebih mudah jatuh ke lembah depresi.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen