Menurutnya, mereka ketika itu sedang melakukan parti untuk menyambut hari jadinya. Ramai yang berpendapat bahawa remaja-remaja perempuan tersebut hamil disebabkan oleh hubungan seks rambang yang dilakukan sesama mereka. Namun ia dinafikan sekerasnya oleh remaja lelaki ini. Remaja tersebut memberitahu bahawa dia hanya melakukan onani dan mengeluarkan air main di dalam kolam berkenaan.
Adakah ia benar atau mitos semata-mata? Menurut pakar, sperma sememangnya adalah perenang yang baik. Namun, bukan pada kawasan di luar tubuh badan manusia. Ini menunjukkan jika ada air mani lelaki yang dikeluarkan di kolam renang, sperma berkenaan tidak akan mampu berenang ke dalam faraj dan seterusnya rahim wanita. Konklusinya di sini adalah cerita ini hanya mitos semata-mata dan tidak wajar untuk ditularkan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen