Tip Tangani Stres semasa Jalani Rawatan Kesuburan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Pasangan yang pernah menjalani rawatan kesuburan pasti tahu bahawa proses yang dijalankan tidak menyelesakan secara fizikal, memenatkan, mahal serta memakan masa, malahan peratus kejayaan juga tidak terlalu tinggi. Dan, mungkin disebabkan itu juga ramai pasangan yang menjalani rawatan kesuburan selalu mengalami stres dan juga kemurungan.

Masalah kesuburan bukan hanya keadaan perubatan, ia juga banyak menjejaskan kehidupan emosi pesakit. Hubungan bersama pasangan, keyakinan diri, dan perspektif menyeluruh tentang kehidupan juga mungkin terjejas. Kesemua ini boleh membawa kepada stres dan kemurungan. Berikut ialah tip ringkas yang boleh membantu anda menangani masa-masa kritikal ini.

Dalami perasaan anda sendiri

Stres sesungguhnya amat berbahaya kepada kesihatan anda, namun ia sebenarnya adalah perasaan normal yang dilalui semasa mendapatkan rawatan kesuburan. Ujian kesuburan yang berterusan dan prosedur rumit yang dijalankan dalam tempoh panjang bukan sahaja memberikan kesan negatif kepada kesihatan anda secara fizikal dan emosi, tetapi juga ‘memakan’ duit anda. Selain itu, perasaan tidak dapat mengawal diri juga boleh membuatkan anda bertambah tertekan. Bagaimanapun, ingatlah bahawa ada perkara baik yang menanti anda di penghujungnya. Jangan sembunyikan atau menafikan perasaan anda. Walhal, sebenarnya banyak pasangan yang berjaya hamil selepas melalui pelbagai pengalaman yang tidak menyelesakan, sama seperti anda sekarang ini. Jadi, teruskan berusaha dan berdoa.

Jangan pendam seorang diri

Cuba menyembunyikan emosi bukanlah cara yang baik untuk anda menjalani rawatan kesuburan. Anda boleh sentiasa berkongsi rasa dengan pasangan anda, keluarga, rakan-rakan, dan juga kumpulan sokongan. Kajian membuktikan bahawa sokongan emosi boleh meningkatkan peluang untuk berjaya hamil semasa menjalani rawatan kesuburan. Apabila menangani rawatan kesuburan, adalah lebih baik jika anda bertanya dan berkongsi kebimbangan anda dengan orang sekeliling anda. Mereka boleh membantu anda berhadapan dengan perasaan takut anda dan sekurang-kurangnya menyokong anda dengan cara terbaik yang mereka mampu lakukan.

Cari jalan bagaimana untuk anda mengurangkan stres

Setiap orang mempunyai cara berbeza dalam mengurangkan tekanan. Bagi menenangkan ketegangan anda, cuba cari satu hobi baru atau sertai aktiviti yang boleh menambah semangat anda. Contohnya, ramai juga pasangan yang akan bertemu dengan ahli terapi, menyertai kumpulan sokongan, bersenam, bermain sukan, membela haiwan peliharaan, melakukan yoga, mendekatkan diri dengan tuhan, bermeditasi atau meluangkan lebih banyak masa bersama ahli keluarga lain. Doktor dan pakar kesihatan sering menasihati pesakit untuk mengambil bahagian dan melakukan sekurang-kurangnya dua kaedah bagi mengurangkan stres setiap hari semasa menjalani rawatan kesuburan.

Stres boleh merosakkan setiap aspek kehidupan anda, tetapi untuk mereka yang sedang ‘berperang’dengan masalah kesuburan, tahap stres boleh menjejaskan progres rawatan anda. Semua proses rawatan memerlukan anda bersedia dari segi emosi dan fizikal. Namun, ingatlah bahawa normal untuk anda berasa tertekan dan tidak selesa semasa proses rawatan. Walau apapun, cuba lakukan yang terbaik untuk menguruskan tahap tekanan anda supaya ia tidak akan menjadi penghalang dalam usaha anda mendapatkan anak.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    7 Fakta & Mitos Pembunuh Sperma Lelaki Yang Anda WAJIB Tahu, Jangan Percaya Benda Karut!

    Sperma suami sangat penting bagi lelaki yang inginkan cahaya mata. Apabila anda menghadiri pemeriksaan dengan doktor untuk mengetahui tahap kesuburan...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 15/01/2021 . 3 minit bacaan

    PTSD Bukan Hanya Sebab Perang! Ini Cara Kenalpasti Anda Menghidap PTSD & Cara Atasinya

    PTSD adalah masalah kesihatan mental yang boleh dialami sesiapa sahaja. Jom kenali pencetus gangguan serta cara untuk mengatasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 15/01/2021 . 3 minit bacaan

    Berapa Jumlah Tidur Yang Mencukupi? Tidur 5 Jam Sehari Tingkatkan Risiko Osteoporosis!

    Mungkin ramai yang tak percaya ada kaitan di antara masalah tak cukup tidur dengan osteoporosis. Hakikatnya, tidur merupakan salah satu elemen penting...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Tidur Berkualiti 15/01/2021 . 3 minit bacaan

    Mahu Snek Ringkas, Padat Dengan Nutrisi & Mudah Disedia? Kekacang Untuk Lebih Tenaga!

    Sebagai kudapan sihat, cuba makan kacang sebelum bersenam. Banyak khasiat kacang yang ramai orang tidak tahu, termasuklah keupayaannya untuk beri tenaga!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 15/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    masalah menstruasi wanita

    Ladies… Jangan Abaikan Simptom Haid Ini, Khuatir Ia Boleh Disebabkan Oleh Kanser!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    conteng dinding

    Aduh, Panas Hati Bila Anak Suka Conteng Dinding! Bertenang, Cuba 5 Tip Ini Untuk Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    susah tidur

    Cepat Penat & Susah Tidur Waktu Malam? Hati-Hati, Ia Mungkin Masalah TAK Disangka Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    penyakit glue ear

    Telinga Anda Kerap Berdesing Dan Sukar Mendengar? Ia Mungkin Petanda Penyakit Ini…

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan