Pro dan Kontra Hamil Pada Usia 30-an

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kebanyakan individu wanita telah menetapkan bahawa usia 30-an merupakan lingkungan umur yang sesuai untuk mereka menjadi seorang ibu. Ketika usia ini, anda mungkin telah stabil dari segi kewangan, kareer serta hubungan bersama pasangan. Ini akan menyediakan asas yang kukuh buat anda untuk masuk ke alam kekeluargaan. Malahan itu, anda dan pasangan anda juga telah mengenali sesama anda dengan baik serta telah bersedia untuk bergelar ibu dan bapa.

Kelebihan

Wanita yang berusia linkungan umur 30-an mempunyai tahap stamina dan ketahanan tinggi yang sangat diperlukan dalam proses membesarkan anak. Mereka juga mempunyai asas kewangan yang agak kukuh hasil titik peluh mereka berkerja sebelum itu demi menjamin kehidupan berkeluarga yang lebih terjamin. Ini sangat penting bagi memastikan pasangan anda tidak terlalu terbeban untuk bersama-sama membesarkan anak. Dalam masa yang sama, anda perlu memastikan anda kekal berhubung dengan kenalan tempat kerja anda bagi memastikan anda tidak kekok untuk meneruskan kareer anda sekembalinya anda ke alam pekerjaan kelak.

Kekurangan

Sejurus melewati usia 35 tahun, potensi dan peluang anda untuk hamil sebenarnya akan menurun dan masalah genetik yang lain pula akan timbul. Disebabkan itu, wanita yang berumur lingkungan 30-an ini disarankan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum memutuskan untuk hamil. Wanita yang berusia mempunyai risiko untuk mengalami keguguran dan komplikasi ketika hamil yang lain. Jika anda sudah mencecah usia 35 tahun dan mahu mempunyai anak, pastikan anda melakukannya secepat mungkin selepas mendapat nasihat pakar kerana potensi dan peluang anda untuk hamil kian menipis seiring dengan perjalanan usia.

Sejauh manakah peluang untuk anda berjaya hamil?

Dalam usia 30-an, wanita mempunyai 15 peratus peluang untuk hamil setiap kali proses ovulasi berlaku. Dalam setahun, anda mempunyai sekurang-kurangnya 75 peratus peluang untuk hamil. Namun peratusan ini akan menurun kepada 65 peratus ketika anda sedang berada pada usia lewat 30-an. Selain itu, risiko keguguran berlaku akan meningkat seiring dengan perjalanan usia anda. Peratusan risiko ini terjadi kepada ibu yang hamil pada usia awal 30-an adalah sebanyak 18 peratus dan akan mencecah 34 peratus sekiranya wanita itu hamil pada usia awal 40-an.

Apakah yang perlu anda lakukan?

Sekiranya anda telah mencecah usia 30-an dan kerap melakukan hubungan seks tanpa perlindungan dalam tempoh setahun namun masih tidak berjaya untuk hamil, anda perlu berhubung dengan pakar. Jika anda berumur lebih 35 tahun dan telah mencuba selama 6 bulan namun masih tidak membuahkan hasil, berhubung dengan pakar dalam kadar segera.

Demi memastikan proses kehamilan yang sihat dan semulajadi, anda perlu kekal tenang namun dalam masa yang sama, kekal bersedia. Anda mungkin sukar untuk hamil sekiranya anda mempunyai sejarah dijangkiti penyakit yang sexually transmitted diseases (STD) atau haid yang tidak tentu. Jika begitu, pastikan anda segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat, khidmat dan rawatan yang terbaik.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    BUANG Tabiat Ini, Jangan Gosok Mata Kalau Termasuk Habuk! Jika Tidak, Ini Yang Akan Jadi!

    Mata termasuk bendasing boleh terjadi bila-bila masa sahaja. Debu, kotoran, dan partikel-partikel kecil yang ditiup angin boleh termasuk ke dalam mata.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Kajian Kata Berkumur Guna Minyak Kelapa Boleh Putihkan Gigi & Elok Untuk Mulut, Betul Ke?

    Khasiat minyak kelapa kerap dikaitkan dengan kesihatan tubuh, termasuklah menjaga kesihatan mulut dan gigi. Jom kenali cara unik tersebut dalam artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Buah Epal Bukan Saja Bagus Untuk Kesihatan, Orang Nak Kurus Pun Boleh Amalkannya!

    Makan sebiji epal sehari mampu ‘menjauhkan’ seorang doktor. Ternyata ia benar kerana buah epal juga dikatakan dapat cegah obesiti. Jom baca artikel ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Jus Buah-buahan Sihat Tapi Manis, Jadi Boleh Ke Pesakit Diabetes Minum Air Buah?

    Ada yang bertanya, boleh atau tidak jika pesakit diabetes minum jus buah-buahan? Adakah terdapat buah untuk jus tertentu yang lebih sihat untuk mereka?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 29/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    banyak minum air

    Bahaya Jika Kurang Minum Air Kosong, Tapi Kalau Terlebih Minum, Ini Yang Berlaku Pada Tubuh Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    cara suntik insulin

    Pesakit Diabetes Kena Tahu, Insulin Bukan Main Suntik Saja, Ada 4 Bahagian Tubuh PALING Sesuai

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    lelaki tidak subur

    Bahaya Hepatitis B Sehingga Boleh Jejaskan Kesuburan Lelaki? Ini Dia Jawapan Kajian!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan
    kesukaran tidur insomnia

    Selalu Susah Nak Tidur? Hati-hati! Makanan & Minuman Ini Boleh Sabotaj Waktu Tidur Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/10/2020 . 3 minit bacaan