backup og meta

Garisan Pada Ujian Kehamilan Samar Dan Tidak Jelas? Ini Penjelasannya

Garisan Pada Ujian Kehamilan Samar Dan Tidak Jelas? Ini Penjelasannya

Melakukan ujian kehamilan di rumah merupakan satu perkara yang sangat mudah. Hanya berpandukan arahan pada kotak, sesiapa sahaja boleh melakukannya tanpa bantuan orang lain. Tetapi, bagaimana jika keputusan ujian kehamilan samar dan tidak jelas? 

Sekiranya pregnancy test line kedua kabur, anda pasti akan rasa keliru dan tertanya-tanya – adakah saya hamil atau tidak?

Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan apa yang perlu dilakukan sekiranya garisan pada ujian kehamilan samar-samar atau kabur. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Mengapa ujian kehamilan samar?

ujian kehamilan samar
Garisan samar pada ujian kehamilan mungkin berlaku disebabkan tahap hormon hCG yang masih rendah.

Kit ujian kehamilan merupakan satu alat yang dapat menentukan sama ada seorang wanita itu mengandung atau tidak dengan tepat. 

Malah, ada beberapa jenama yang sangat sensitif sehinggakan ia boleh digunakan untuk mengesan kehamilan satu hari selepas tidak datang haid. Ujian kehamilan positif selalunya akan menunjukkan dua garisan merah atau tanda tambah (+). 

Selain itu, ada juga ujian kehamilan digital yang menunjukkan perkataan ya (yes) atau hamil (pregnant). Namun, bagaimana untuk tentukan sekiranya ujian kehamilan positif tapi kabur?

Pertama sekali, anda perlu tahu apakah dua garisan yang terpapar pada ujian kehamilan. Garisan pertama adalah garisan kawalan. Jika ia bertukar warna merah, itu bermaksud alat tersebut berfungsi dengan baik. Jika garisan pertama tidak muncul, itu bermaksud ujian kehamilan itu rosak dan tidak boleh digunakan. 

Garisan kedua pula hanya akan muncul jika wanita tersebut mempunyai hormon human chorionic gonadotropin (hCG) yang tinggi dalam urin. Hormon tersebut hanya akan wujud sekiranya seseorang wanita itu hamil. 

Ujian kehamilan samar selalunya menunjukkan implantasi telah berlaku. Besar kemungkinan, anda sudah berada dalam fasa awal kehamilan, namun hormon hCG masih dalam tahap yang rendah. 

Jika anda inginkan keputusan yang lebih tepat, lakukan ujian kehamilan sekali lagi selepas beberapa hari atau minggu. 

Wanita yang baru hamil selalunya mempunyai hormon hCG yang rendah. Dalam kehamilan yang sihat, tahap hormon sepatutnya akan meningkat setiap 2 hingga 3 hari. 

Walaupun pada awalnya garisan samar, ia akan menjadi lebih jelas selepas beberapa hari atau minggu. 

Bolehkah garisan samar menandakan keputusan negatif?

ujian kehamilan samar
Garisan samar mungkin menandakan keguguran pada fasa awal kehamilan.

Selalunya, ujian kehamilan di rumah yang nampak samar-samar adalah positif kerana ia mengesan kehadiran hormon hCG dalam badan. 

Bagaimanapun, ujian kehamilan samar mungkin menandakan keguguran pada awal kehamilan. 

Kebanyakan kit ujian kehamilan adalah 99 peratus tepat sekiranya digunakan dengan betul. 

Antara punca lain yang boleh menyebabkan pregnancy test line kedua kabur ialah:

  • Menopaus. Jika wanita tersebut menghampiri menopaus dan melakukan ujian kehamilan, ada kemungkinan ia akan menunjukkan keputusan positif disebabkan tahap hormon peluteinan yang tinggi. 
  • Sedang mengambil ubat tertentu. Ubat kesuburan yang mungkin mengandungi hCG boleh menunjukkan keputusan positif. Namun, perkara ini jarang sekali berlaku.
  • Keguguran. Ujian kehamilan positif juga boleh menandakan keguguran atau kehamilan luar rahim.
  • Penyakit tertentu. Kadangkala, sesetengah kanser boleh menyebabkan keputusan ujian kehamilan yang salah. 

Bagaimana hendak elakkan ujian kehamilan samar

ujian kehamilan samar
Pastikan anda ikut arahan pada kotak pembungkus supaya tidak mendapat keputusan yang meragukan.

Bagi mengelakkan masalah ujian kehamilan positif tapi kabur, anda boleh: 

  1. Gunakan ujian kehamilan digital. Selalunya, ujian jenis ini akan menunjukkan perkataan ya (yes) atau hamil (pregnant). Oleh itu, anda tidak perlu melihat sebarang garisan. 
  2. Ikut arahan yang tertulis di belakang kotak. Ada beberapa produk yang sangat sensitif. Ada pula yang hanya dapat mengesan kehamilan selepas beberapa minggu implantasi berlaku. 
  3. Lakukan ujian pada waktu pagi. Pada waktu ini, tahap hCG dalam badan adalah paling tinggi. 
  4. Jangan minum terlalu banyak air. Terlalu banyak cecair boleh menyebabkan urin menjadi cair dan mengurangkan konsentrasi hormon hCG. 
  5. Jika ujian kehamilan samar, lakukan ujian sekali lagi selepas beberapa hari untuk mendapatkan kepastian. 

Bila saya perlu berjumpa doktor?

Perbezaan tanda-tanda kehamilan dan haid.

Wanita yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kehamilan masing-masing perlu berjumpa doktor untuk sesi konsultasi, lebih-lebih lagi mereka yang mendapati ujian kehamilan samar atau tidak jelas. 

Ada kemungkinan, garisan samar pada ujian kehamilan menandakan keguguran. Keguguran adalah satu perkara yang lazim. Ia tidak akan menjejaskan kemampuan wanita untuk hamil lagi di kemudian hari. 

Anda boleh lakukan ujian kehamilan yang lebih tepat di klinik atau hospital terdekat. Terangkan masalah yang anda hadapi setelah melakukan ujian kehamilan di rumah. 

Ujian yang paling tepat adalah ujian darah yang mungkin bakal dilakukan oleh doktor untuk mengesahkan kehamilan

 

  • Ujian kehamilan mengesan kehadiran hormon hCG dalam badan wanita. Ia hanya wujud setelah wanita hamil. 
  • Walaupun garisan pada ujian kehamilan samar-samar, ia tetap menandakan keputusan yang positif. 
  • Tahap hormon hCG dalam badan akan meningkat seiring dengan kehamilan. 
  • Bagi mengelakkan sebarang keputusan yang diragui, lakukan ujian sekali lagi selepas beberapa hari. 

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Pregnancy Tests. https://my.clevelandclinic.org/health/diagnostics/9703-pregnancy-tests. Diakses pada 23 September, 2024.
  2. Doing a pregnancy test. https://www.nhs.uk/pregnancy/trying-for-a-baby/doing-a-pregnancy-test/. Diakses pada 23 September, 2024.
  3. Pregnancy Tests. https://www.plannedparenthood.org/learn/pregnancy/pregnancy-tests. Diakses pada 23 September, 2024.
  4. Pregnancy Test Instructions. https://www.med.unc.edu/timetoconceive/study-participant-resources/pregnancy-test-instructions/. Diakses pada 23 September, 2024.
  5. Home pregnancy tests: Can you trust the results? https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/getting-pregnant/in-depth/home-pregnancy-tests/art-20047940. Diakses pada 23 September, 2024.
  6. Pregnancy Test. https://medlineplus.gov/lab-tests/pregnancy-test/. Diakses pada 23 September, 2024

Versi Terbaru

10/10/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Dah Boleh Nampak Tanda Hamil 1 Minggu Sebelum Haid? Ini 7 Simptom Awal Mengandung

Ini 9 Perkara Do’s & Don’ts Masa Buat Ujian Kehamilan, Barulah Tepat Hasilnya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 10/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan