backup og meta

Bagaimana Menghadapi Kehilangan Salah Seorang Anak Kembar

Lahir mati atau bayi mati dalam kandungan amat biasa berlaku bagi ibu yang hamil kembar untuk kehilangan salah seorang daripada bayinya. Dianggarkan untuk setiap 1000 kembar dua, terdapat 12 kes bayi lahir mati, sementara untuk setiap 1000 kembar tiga, terdapat 31 kes lahir mati. Manakala, dalam kehamilan tunggal, kecenderungan kes ini berlaku adalah 5 daripada 1000.

Selepas minggu ke-38, risiko mendapat bayi lahir mati sedikit meningkat. Oleh itu, jika seseorang ibu yang mengandung kembar masih lagi tidak melahirkan bayinya pada usia kandungan 38 minggu, doktor akan mengesyorkan untuk melakukan induksi atau pembedahan C-section. Prosedur ini adalah lebih digalakkan jika kembar tersebut seiras dan berkongsi plasenta, dan kelahiran selalunya berlaku pada minggu ke-37 untuk keselamatan bayi.

Bagaimana untuk menghadapi kehilangan salah seorang kembar

Kehilangan salah seorang anak kembar benar-benar merupakan tragedi kepada ibu, bapa, dan seluruh isi keluarga dan rakan-rakan. Apabila menerima berita anda sedang hamil kembar, semua orang sekeliling anda akan terlebih gembira, jadi, berita kehilangan salah seorang kembar pastinya menyedihkan. Walau bagaimanapun, memandangkan orang lain akan berfikir bahawa sepatutnya ibu bapa tersebut gembira kerana masih ada bayi lagi seorang, mereka mungkin tidak menunjukkan simpati mereka. Mereka tidak tahu betapa anda mahu mengingat dan menghargai kehilangan bayi anda. Malahan, mereka hanya fokus kepada bayi yang lahir, dan percaya bahawa anda juga perlu melakukan hal yang sama, tanpa mengetahui yang kelahiran bayi ini tidak akan dapat mengurangkan kesakitan anda.

Anda mungkin akan mengalami emosi yang kacau-bilau, termasuklah:

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Coping With the Loss of a Twin. https://www.babycentre.co.uk/a1017885/coping-with-the-loss-of-a-twin. Accessed May 23, 2017.

Versi Terbaru

07/04/2025

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ibu Hamil Nak Puasa Tapi Dah Dekat Due Date? Ini Jawapan Untuk Soalan Berkaitan!

9 Pantang Larang Selepas Buat IUI! Kena Elak 9 Perkara Ini Kalau Nak Cepat Hamil?


Disemak oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group · Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Dikemas kini 07/04/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan