Kesan Penggunaan Prednisone Terhadap Kehamilan Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Merawat ketidaksuburan bukanlah sesuatu yang mudah. Setiap rawatan dan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat masalah ini sangat rumit dan kontroversial. Antara salah satu ubat-ubatan yang sering digunakan untuk mengatasi masalah kesuburan ini adalah prednisone atau prednisolone.

Apakah itu prednisone?

Prednisone merupakan sejenis dadah yang dapat membantu merawat pelbagai kondisi kesihatan seperti penyakit autoimun, penyakit kulit dan asma yang merupakan antara komplikasi kehamilan. Prednisone ini juga digunakan untuk merawat ketidaksuburan. Terdapat kajian yang menunjukkan prednisone memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan risiko keguguran selain melindungi daripada sel pembunuh dan antibodi antisperma yang akan menyerang janin dan sperma.

Namun begitu, masih belum terdapat sebarang bukti klinikal untuk teori tersebut. Ini kerana predisone turut mendatangkan kesan yang negatif terhadap janin selain melindunginya daripada ancaman lain.

Pengambilan prednisone dalam jangka masa panjang juga dikaitkan dengan kelahiran bayi pramatang (bayi lahir sebelum minggu ke-37 kehamilan). Selain itu, prednisone juga dikatakan menjadi penyebab kelahiran bayi kurang berat.

Apakah kesan sampingan prednisone?

Terdapat beberapa kesan sampingan prednisone yang anda perlu tahu:

  • Pening kepala;
  • Tekanan darah rendah;
  • Kadar kandungan gula rendah;
  • Masalah pernafasan;
  • Bibir sumbing: menurut kajian, kondisi ini mungkin akan terjadi kepada bayi anda sekiranya anda mengambil prednisone ketika trimester pertama kehamilan.

Sebelum menggunakan prednisone, sila pastikan anda merujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Apakah yang perlu diketahui sebelum mengambil prednisone?

Perkara paling penting yang anda perlu tahu dan pertimbangkan sebelum mengambil prednisone adalah berhubung terlebih dahulu dengan pakar perubatan. Rawatan menggunakan prednisone memerlukan pemahaman individu yang baik terhadap segala kemungkinan yang bakal berlaku.

Sebelum itu juga, pertimbangkan kebaikan dan keburukan yang bakal berlaku jika anda menggunakan ubat-ubatan ini. Pastikan anda menyedari setiap risiko yang bakal terjadi. Terdapat banyak cerita berkenaan kejayaan individu yang menggunakan prednisone ini namun ada juga yang tidak berjaya. Tuntasnya, tidak terdapat satu jaminan yang utuh mengenai rawatan menggunakan prednisone ini.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Biarkan Zakar & Miss V Bernafas! Ini Manfaat Jika Tak Pakai SELUAR DALAM Ketika Tidur

    Sudah biasa memakai seluar dalam waktu tidur, sudah tiba masa untuk hentikan tabiat ini. Kenapa? Ternyata tidur tak pakai seluar dalam bermanfaat buat anda!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Tidur 30/11/2020 . 3 minit bacaan

    Sawan Tarik VS Sawan Babi: Nampak Macam Sama, Tapi Sebenarnya Berbeza!

    Pernahkah anda dengar mengenai sawan tarik atau sawan babi? Kedua-duanya mungkin nampak serupa, namun sebenarnya ia merupakan dua kondisi yang berbeza!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Masalah Neurologikal, Pusat Kesihatan 30/11/2020 . 3 minit bacaan

    Macam Sakit Senggugut Tapi Tak Period, Jangan Keliru Dengan PMS & Tanda Kehamilan!

    Sindrom pramenstruasi (PMS) mampu menyebabkan beberapa simptom yang menyerupai tanda-tanda kehamilan. Perkara ini boleh mengelirukan para wanita.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 30/11/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita PCOS Berjaya Hamil? Ambil Tahu Ini, Ada Risiko Pada Bakal Ibu & Bayi!

    Mempunyai penyakit PCOS (sindrom ovarium polikistik) ketika mengandung mampu menyulitkan proses kehamilan mahupun bersalin. Ini yang ibu perlu tahu.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 30/11/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit kepala ketika hamil

    Nak Rawat Sakit Kepala Semasa Hamil? Kenal Pasti Puncanya Sebab Ia Berbeza Ikut Trimester

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 01/12/2020 . 3 minit bacaan
    senaman kardio

    Nak Bersenam Tapi Tak Boleh Keluar Rumah? Jom Lakukan Senaman Kardio, Mudah Sahaja!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 01/12/2020 . 3 minit bacaan
    bibir gelap

    Tak Merokok Tapi Mengapa Bibir Gelap? Ini Punca Bibir Jadi Hitam, Kopi Salah Satu Penyebab!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 01/12/2020 . 3 minit bacaan
    bagaimana HIV merebak

    HIV Tersebar Melalui Seks Bebas, Tapi Benarkah Gigitan Nyamuk Juga Boleh Sebarkan Virus Ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 30/11/2020 . 3 minit bacaan