Selain itu, jarak mengandung yang terlalu dekat mungkin akan menyebabkan si ibu tidak dapat pulih sepenuhnya sebelum hamil kali kedua. Anda perlu tahu kehamilan dan penyusuan akan mengurangkan nutrien dalam badan terutamanya zat besi dan folat. Jadi, kehamilan sebelum badan anda dapat menggantikan kesemua nutrien yang susut mungkin akan menjejaskan kesihatan anda dan juga bayi.
Risiko jarak kehamilan terlalu jauh
Untuk pengetahuan anda juga, kehamilan dalam tempoh 5 tahun atau lebih selepas kelahiran anak anda yang paling bongsu kini juga mungkin akan meningkatkan beberapa risiko, seperti:
- Tekanan darah tinggi
- Praeklampsia
- Diabetes gestasi
Walaupun tidak berapa jelas punca masalah kesihatan ini berlaku, ia berkemungkinan disebabkan oleh perubahan fisiologi dan emosi seiring dengan peredaran usia mungkin memainkan peranan. Jadi para ibu di luar sana, sila rancang jarak mengandung anda, ya?
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen