home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Remaja Hamil dan Risiko Kesihatannya

Remaja Hamil dan Risiko Kesihatannya

Umur merupakan faktor paling penting dalam kehamilan. Menimang anak di usia muda memberikan banyak cabaran bagi kebanyakan perempuan. Selain mengalami kesukaran dalam pendidikan dan ketidakstabilan dalam kewangan, perempuan yang hamil semasa usia remaja boleh mendapat risiko masalah kesihatan yang serius untuk kedua-dua ibu dan bayi.

Anak yang lahir daripada ibu muda cenderung untuk mengalami:

Berat badan rendah semasa lahir

Ibu yang masih remaja berkemungkinan tinggi melahirkan bayi yang rendah berat badan. Bayi yang lahir kurang berat boleh mengalami kesan negatif kepada kesihatannya seperti masalah jantung, paru-paru, dan otak. Ini merupakan keadaan yang serius dan risiko yang paling berbahaya untuk kehamilan remaja. Tambahan pula, bayi juga akan berpotensi tinggi untuk mengalami masalah jangka masa panjang seperti kerencatan akal, palsi serebral (CP), serta kehilangan pendengaran dan penglihatan.

Kelahiran bayi pramatang

Kelahiran pramatang dikenal pasti sebagai bayi yang lahir sebelum usia kandungan 37 minggu. Tempoh kehamilan akan semakin berkurangan dengan setiap tambahan bayi. Kebanyakan kehamilan tunggal selalunya berakhir pada 39 minggu. Sementara tempoh kehamilan kembar dua, tiga, empat, dan kembar lima masing-masing pada usia kehamilan 36 minggu, 32 minggu, 30 minggu, dan 29 minggu. Perempuan yang melahirkan bayi di usia remaja berisiko tinggi untuk melahirkan bayi lebih awal, atau bayi pramatang. Kelahiran bayi pramatang boleh menyebabkan kematian.

Ibu muda pula berisiko mengalami:

Anemia

Ibu muda lebih cenderung mendapat anemia, yang dikaitkan dengan masalah kekurangan zat besi dalam badan. Anemia semasa hamil boleh menyebabkan masalah kepada kedua-dua ibu dan bayi, termasuklah peningkatan kebarangkalian melahirkan bayi pramatang dan kesukaran semasa bersalin. Anemia yang teruk boleh menyekat tumbesaran bayi sebelum dilahirkan.

Meroyan (Postpartum Depression)

Menjadi ibu di usia muda boleh meningkatkan risiko mendapat masalah kemurungan dan meroyan (postpartum depression). Tanda-tanda postpartum depression adalah sedih melampau, sukar untuk tidur, dan mengalami kebimbangan. Dalam sesetengah kes yang lebih serius, ibu mungkin akan terfikir untuk menyakiti dirinya sendiri ataupun bayi.

Risiko lain

Pelvis belum berkembang: Tubuh ibu muda masih dalam fasa berkembang dan mengalami perubahan. Pelvis yang masih belum mekar boleh menyebabkan kesukaran semasa proses kelahiran bayi.

Kekurangan nutrisi: Remaja cenderung untuk mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak sihat. Malnutrisi boleh menjurus kepada komplikasi berbahaya untuk kedua-dua ibu dan bayi.

Penjagaan pranatal yang betul semasa hamil boleh mengurangkan risiko masalah kesihatan berkaitan buat remaja hamil. Jadi, jika anda hamil di awal usia remaja, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin bagi memastikan kehamilan yang sihat.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

What Are the Risks of Teenage Pregnancy? http://www.livestrong.com/article/113172-risks-teenage-pregnancy/. Accessed December 8, 2016.

Health Risks. htp://www.healthline.com/health/pregnancy/risk-factors#ReproductiveAbnormalities2 . Accessed December 8, 2016.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak pada [date}
x