home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Perkara yang Boleh Mempengaruhi Kesuburan Anda

Perkara yang Boleh Mempengaruhi Kesuburan Anda

Mengandung dan melahirkan anak adalah perkara semula jadi yang berlaku pada wanita. Namun, untuk hamil tidak semudah yang anda fikirkan terutama buat sesetengah wanita. Terdapat banyak faktor yang boleh menjejaskan kesuburan lelaki dan wanita.

Endometriosis

Masalah ini menjejaskan rongga pelvis wanita, di mana fragmen tisu daripada lapisan uterus yang paling dalam (juga dikenali sebagai endometrium) tumbuh dan berfungsi di luar rahim. Masalah ini merupakan antara penyebab terbesar ketidaksuburan dan sakit semasa menstruasi.

Jangkitan saluran pembiakan

Punca utama lain ketidaksuburan untuk lelaki dan wanita adalah penyakit kelamin (STD). Dua penyakit lazim kelamin ialah chlamydia dan gonorrhea. Jika penyakit ini dibiarkan tidak dirawat, parut atau kerosakan kepada tiub falopio boleh menyebabkan kemandulan atau ketidaksuburan (walaupun sesetengah wanita tidak menunjukkan simptom kepada penyakit tersebut). Untuk lelaki pula, STD boleh meninggalkan parut dan menghalang duktus ejakulasi dan struktur pembiakan, yang menyebabkan ketidaksuburan.

Ketidakseimbangan hormon wanita

Jika hormon wanita anda tidak mampu menghantar isyarat kimia pada masa yang tepat, ovulasi anda boleh jadi tidak tetap, jarang, atau tidak berlaku. Sebagai kesannya, haid anda tidak dapat dijangka dan tidak menentu. Walau bagaimanapun, ketidakseimbangan hormon wanita boleh dirawat dengan menggunakan ubat kesuburan.

Pendedahan DES

Lelaki dan wanita yang terdedah kepada diethylstilbestrol (juga dikenali sebagai DES, ubat yang digunakan untuk memastikan keguguran tidak berlaku) dalam rahim boleh mempengaruhi kesuburan. Pendedahan kepada DES boleh menjadi punca kepada keguguran, kelahiran pramatang, dan kehamilan ektopik. Untuk lelaki pula, ia boleh menyebabkan bilangan sperma rendah, tidak normal atau rosak, testikel menurun atau pembukaan luar biasa uretra.

Varicocele

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh urat kembang yang menjejaskan salah satu atau kedua-dua testikel. Walau bagaimanapun, urat varikos, kembang ini adalah biasa berlaku dalam kalangan lelaki yang subur dan tidak subur. Keadaan ini boleh meningkatkan suhu testikel dan mengubah pengeluaran sperma, sekali gus menyebabkan bilangan sperma rendah.

Mengambil alkohol

Untuk wanita yang sedang berusaha untuk hamil, pengambilan alkohol boleh merendahkan kadar konsepsi dan meningkatkan risiko keguguran.

Merokok

Rokok mengandungi bahan kimia yang sebenarnya boleh mengurangkan keupayaan lelaki untuk mendapat anak. Malah, wanita juga mengalami kesulitan untuk segera hamil atau berisiko tinggi untuk gugur jika mereka merokok.

Dadah

Dadah seperti marijuana atau kokain boleh menurunkan bilangan sperma dan meningkatkan peratusan sperma yang rosak.

Haba

Kajian menunjukkan bahawa pendedahan yang berpanjangan kepada haba seperti dalam tab mandian panas, sauna ataupun bilik wap boleh menjurus kepada suhu skrotum tinggi, yang memberikan impak buruk pada kesuburan lelaki.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Conditions that affect fertility. http://www.health.harvard.edu/newsletter_article/Conditions-That-Affect-Fertility. Accessed December 1, 2016.

Infertility. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/infertility/symptoms-causes/dxc-20228738 Accessed December 1, 2016.

Factors That Affect Fertility. http://www.parents.com/getting-pregnant/infertility/causes/factors-affecting-fertility/. Accessed December 1, 2016.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak pada 10/10/2018
x