Kehamilan bayi kembar akan mendatangkan perasaan teruja dan gementar pada masa yang sama.
Jika ini berlaku pada anda, semestinya anda akan sibuk memikirkan tentang jenis anak kembar yang sedang dikandungkan.
Menurut kajian, terdapat beberapa cara untuk menentukan jika bayi kembar anda adalah seiras atau tidak seiras.
Apa itu kembar seiras dan kembar tak seiras
Jika anda sedang menjangkakan bayi kembar tidak seiras, ada beberapa informasi yang anda perlu tahu termasuklah keadaan zigot mereka.
Kembar terdapat 2 kategori iaitu kembar seiras dan kembar tak seiras.
Secara umumnya, kembar seiras mempunyai penampilan yang serupa (tetapi tidak semestinya), dan akan dikategorikan sebagai kembar tidak seiras jika terdapat dua plasenta semasa kehamilan.
Kembar seiras (monozygotic) merupakan dua individu yang lahir daripada gabungan satu telur dan satu sperma yang kemudiannya berpisah menjadi dua.
Kembar seiras akan mempunyai penampilan yang serupa kerana mereka berasal daripada satu telur dan satu sperma yang sama.
Kembar tidak seiras (dizygotic) pula merupakan hasil daripada gabungan beberapa sel telur dan sperma.
Walaupun kembar tak seiras ini mempunyai DNA ibu bapa mereka, mereka akan mempunyai penampilan yang sedikit berlainan ataupun berbeza sama sekali daripada adik-beradik kembar mereka.
Bagaimana mengetahui nak mengenalpasti?
Ada ibu bapa yang tidak akan menunggu lama untuk melakukan ujian dan ada juga yang akan menunggu sehingga anak membesar.
Jika anda memutuskan untuk mengetahuinya dengan lebih cepat, doktor anda mungkin akan mencadangkan anda untuk melakukan ujian DNA terhadap zigot. Ia merupakan prosedur mudah yang dilakukan sejurus kelahiran bayi kembar.
Selepas kelahiran bayi kembar anda, doktor akan melakukan pemeriksaan terhadap plasenta mereka untuk menentukan jenis bayi.
Jika hanya terdapat satu plasenta maka mereka adalah kembar seiras dan jika tidak, mereka adalah kembar tidak seiras.
Untuk lebih kepastian, ujian DNA zigot bayi kembar anda akan dilakukan untuk membandingkan DNA kedua-dua bayi.
Ujian ini merupakan prosedur yang tidak menyakitkan dan hanya akan mengambil sampel pada air liur mereka.
Jika DNA tersebut padan keseluruhannya, ia menunjukkan bahawa bayi kembar anda adalah seiras.
Namun begitu, ia mungkin juga silap kerana analisis plasenta dan ultra bunyi juga kadangkala memberikan jawapan yang tidak tepat.
Oleh itu, cara yang paling terbaik untuk mengetahuinya adalah tunggu sehingga bayi kembar anda membesar.
[embed-health-tool-ovulation]