backup og meta

Bagaimana Menghadapi Kehilangan Salah Seorang Anak Kembar

Bagaimana Menghadapi Kehilangan Salah Seorang Anak Kembar

Adakah lahir mati lebih biasa berlaku dalam kalangan bayi kembar berbanding tunggal?

Malangnya, lahir mati atau bayi mati dalam kandungan amat biasa berlaku bagi ibu yang hamil kembar untuk kehilangan salah seorang daripada bayinya. Dianggarkan untuk setiap 1000 kembar dua, terdapat 12 kes bayi lahir mati, sementara untuk setiap 1000 kembar tiga, terdapat 31 kes lahir mati. Manakala, dalam kehamilan tunggal, kecenderungan kes ini berlaku adalah 5 daripada 1000.

Selepas minggu ke-38, risiko mendapat bayi lahir mati sedikit meningkat. Oleh itu, jika seseorang ibu yang mengandung kembar masih lagi tidak melahirkan bayinya pada usia kandungan 38 minggu, doktor akan mengesyorkan untuk melakukan induksi atau pembedahan C-section. Prosedur ini adalah lebih digalakkan jika kembar tersebut seiras dan berkongsi plasenta, dan kelahiran selalunya berlaku pada minggu ke-37 untuk keselamatan bayi.

Bagaimana untuk menghadapi kehilangan salah seorang kembar

Kehilangan salah seorang anak kembar benar-benar merupakan tragedi kepada ibu, bapa, dan seluruh isi keluarga dan rakan-rakan. Apabila menerima berita anda sedang hamil kembar, semua orang sekeliling anda akan terlebih gembira, jadi, berita kehilangan salah seorang kembar pastinya menyedihkan. Walau bagaimanapun, memandangkan orang lain akan berfikir bahawa sepatutnya ibu bapa tersebut gembira kerana masih ada bayi lagi seorang, mereka mungkin tidak menunjukkan simpati mereka. Mereka tidak tahu betapa anda mahu mengingat dan menghargai kehilangan bayi anda. Malahan, mereka hanya fokus kepada bayi yang lahir, dan percaya bahawa anda juga perlu melakukan hal yang sama, tanpa mengetahui yang kelahiran bayi ini tidak akan dapat mengurangkan kesakitan anda.

Anda mungkin akan mengalami emosi yang kacau-bilau, termasuklah:

Dalam penafian. Anda akan mula untuk menyalahkan orang lain. Anda mungkin salahkan doktor yang mungkin membuat silap. Pada pendapat anda, kedua-dua bayi anda perlu dilahirkan sihat dan gembira.

Rasa bersalah. Pada tahap ini, anda akan meletakkan kesalahan pada diri anda sendiri. Anda mungkin berfikir yang anda menjadi punca kepada kematian bayi anda.

Kegelisahan. Anda mungkin risau dengan perasaan negatif berkabung, anda tidak dapat menjaga baik bayi yang lahir. Anda takut yang anda tidak dapat menjalin bonding yang baik dengan bayi anda.

Mati rasa. Dalam sesetengah masa, anda sudah tiada perasaan untuk menjaga bayi yang ada.

Takut. Anda dihantui dengan pemikiran bahawa sesuatu yang buruk mungkin akan berlaku kepada bayi anda yang lahir ini. Bayi ini mungkin akan sakit atau juga meninggal.

Kekecewaan. Memandangkan anda juga gembira untuk menerima kehadiran dua bayi, jadi dengan lahirnya seorang bayi boleh menjadi antiklimaks dalam kehidupan anda.

Terdapat isu dan masalah berbeza yang anda perlu hadapi dengan selepas kehilangan salah seorang kembar. Contohnya, pengebumian. Bidan kematian dari hospital akan mengarahkan dan menbantu anda melalui masa yang sensitif ini, serta memberi tunjuk ajar pada anda tentang praktikal penyusunan.

Anda boleh berhubung dengan bidan kematian sebaik sahaja anda bersedia untuk menerima kenyataan. Tidak kira cepat atau lambat, anda pasti akan dapat sembuh. Lambat-laun, anda akan dapat meneruskan kehidupan anda.

Terdapat sesetengah masa di mana anda akan teringat kembali kehilangan yang anda alami terutama jika ada berlakunya pengebumian. Perjumpaan keluarga seperti Hari Raya atau Krismas juga boleh mengingatkan anda kepada perkara ini. Malahan, anda juga mungin akan teringat jika melihat kepada perkembangan anak anda seorang lagi. Oleh itu, bersedialah dan semoga tetap kuat.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Coping With the Loss of a Twin. https://www.babycentre.co.uk/a1017885/coping-with-the-loss-of-a-twin. Accessed May 23, 2017.

Versi Terbaru

04/07/2022

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

6 Jenama Ubat Batuk Yang Selamat Untuk Ibu Hamil, Boleh Dapatkan Di Sini!

Garisan Pada Ujian Kehamilan Samar Dan Tidak Jelas? Ini Penjelasannya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 04/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan