Bolehkah Perempuan Hamil sebelum Datang Haid Pertama?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Menarche adalah istilah yang digunakan untuk menggelar haid pertama perempuan. Sebaik sahaja seseorang perempuan itu mengalami akil baligh atau didatangi haid pertamanya, dia sudah boleh menjadi ibu pada bila-bila masa walaupun tubuhnya masih belum berkembang sepenuhnya. Di usia 10 atau 11 tahun, kebanyakan anak gadis sudah dilaporkan hamil. Bagaimanapun, seseorang gadis itu juga boleh hamil dalam bulan sebelum kitaran haid pertamanya bermula.

Bagaimana seseorang gadis itu boleh hamil sebelum haid pertamanya?

Soalan ini dibangkitkan berikutan terdapat beberapa salah faham mengenai ovulasi wanita. Kehamilan berlaku apabila telur wanita disenyawakan dengan sperma. Ovulasi boleh berlaku sebelum datang haid anda. Jadi, jika anda melakukan hubungan seks sebelum kedatangan haid pertama, anda boleh hamil. Sebagai tambahan, anda juga perlu tahu bahawa sel sperma mampu hidup sehingga seminggu dalam badan wanita. Memandangkan kebanyakan sel sperma lelaki terkandung dalam air mani mereka, selepas ejakulasi, air mani yang dikeluarkan mengandungi kira-kira 500 juta sel sperma. Lebih penting lagi, kehamilan bukan hanya disebabkan oleh penghantaran terus air mani ke dalam faraj wanita. Malahan, seseorang wanita itu boleh hamil apabila sedikit air mani diletakkan menggunakan jari ke dalam faraj mereka. Selain itu, cecair yang menitis daripada zakar sebelum orgasma berlaku juga boleh mengandungi sel sperma. Jika cecair itu memasuki faraj wanita, kebarangkalian untuk hamil juga adalah tinggi.

Bagaimana untuk mencegah kehamilan yang tidak disengajakan?

Kebanyakan wanita muda tidak boleh menanda dengan tepat tempoh haid pertama mereka, begitu juga dalam mengesan kitaran menstruasi awal mereka. Oleh itu, adalah penting untuk setiap perempuan belajar cara untuk mencegah kehamilan. Terdapat banyak kaedah merancang kelahiran yang ada bagi membantu anda mencegah kehamilan dan penyakit kelamin. Golongan muda tidak kira lelaki atau wanita perlu mempelajari bagaimana untuk menggunakan kondom. Walaupun sukar untuk memperkatakan lebih mengenai aktiviti seksual dan kaedah mengawal kelahiran, namun amat penting untuk anda mengamalkan seks yang selamat.

Kesimpulannya, perempuan yang masih belum cukup matang fizikalnya boleh mengandung semasa tempoh dua minggu awal sebelum datang haid pertama mereka. Seperti yang kita tahu, kehamilan pramatang boleh membawa kepada risiko kesihatan yang serius untuk kedua-dua ibu dan bayi dalam kandungan. Tubuh badan anak remaja muda masih belum bersedia untuk mengandungkan bayi. Maka, anak remaja perempuan di luar sana perlulah dididik dengan pendidikan seks yang betul bagi mengelakkan hubungan seks semasa usia muda dan juga mencegah penyakit kelamin.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Cara Untuk Lambatkan Penuaan, Cubalah Jus Mengkudu, Tinggi Kandungan Antioksidan!

    Tahukah anda, jus mengkudu boleh membantu mengurangkan penuaan akibat daripada radikal bebas. Khasiat mengkudu yang tinggi antioksidan ini jadi penawarnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Hah, Migrain Boleh Buat Buta Sebelah Mata? Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Risiko Migrain Okular!

    Pernahkah anda menghadapi masalah penglihatan seperti buta sebelah mata semasa diserang migrain? Ini mungkin tanda anda menghidap migrain okular!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Pusat Kesihatan, Masalah Neurologikal 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    AWAS! Ubah Tabiat Makan Laju, Bukan Saja Buat Anda Jadi GEMUK, Tapi Ada Banyak Risiko Lain!

    Salah satu daripada punca gemuk adalah disebabkan oleh makan dengan gelojoh. Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk elak jadi gemuk?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Ada sebab mengapa menopaus disebut sebagai 'perubahan hidup,' ia boleh mempengaruhi hampir semua bahagian badan, termasuk berasa sakit pada payudara.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    tip hubungan seks

    Kepuasan Seks Kian Menurun? Mungkin Ini Masanya Untuk Cuba 2 Teknik Mustahak Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    gangguan tidur menghantar mesej

    Dalam Banyak-Banyak Gangguan Tidur, ‘Sleep Texting’ Paling RARE! Mungkin Anda Pernah Alaminya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    air besar

    Ini Sebab Mengapa Lelaki ‘LEPAK’ Lebih Lama Dalam Bilik Air, Ada Kaitan Dengan Psikologi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
    urat simpul

    Jangan Ambil Mudah Masalah Urat Simpul Semasa Hamil! Ini Keadaan PERIT Yang Dialami Bakal Ibu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan