backup og meta

Awas! Risiko Kehamilan Tidak Dirancang

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/11/2019

    Awas! Risiko Kehamilan Tidak Dirancang

    Kehamilan yang tidak diingini ialah kehamilan yang dilaporkan sama ada yang tidak diingini (iaitu kehamilan yang berlaku apabila tiada anak, atau tidak ada lagi anak-anak, yang diingini) atau salah masa (iaitu, mengandung lebih awal daripada yang dikehendaki). Kehamilan tidak dirancang atau tidak diingini ialah konsep teras yang digunakan untuk memahami lebih baik akan populasi kesuburan dan keperluan yang tidak perlu untuk kontrasepsi (mengawal kelahiran) dan merancang keluarga. Kehamilan yang tidak diingini adalah hasil daripada tidak menggunakan kontrasepsi, atau penggunaan kaedah kontraseptif berkesan yang tidak tepat atau tidak konsisten.

    Kira-kira separuh daripada kehamilan yang tidak diingini berakhir dengan pengguguran. Oleh itu, berlakunya pengguguran boleh dilihat sebagai salah satu daripada akibat utama kehamilan tidak dirancang atau tidak diingini.

    Komplikasi perubatan

    Seperti mana-mana prosedur pembedahan, pengguguran membawa kepada risiko komplikasi perubatan, termasuklah kematian. Komplikasi yang diketahui secara langsung berkaitan dengan prosedur termasuklah pendarahan, perforasi rahim, kecederaan serviks, dan jangkitan, yang selalunya disebabkan oleh pengguguran tidak lengkap. Komplikasi seterusnya termasuklah kemungkinan kesan negatif ke atas hasil kehamilan, terutamanya berat badan bayi rendah semasa lahir, pengguguran spontan pertengahan trimester, dan kelahiran pramatang. Sebilangan besar pengguguran yang dilakukan di negara ini ialah prosedur aspirasi vakum trimester-pertama. Kesan kehamilan dalam kalangan wanita yang mempunyai satu pengguguran aspirasi adalah tidak berbeza dengan wanita yang tidak melakukan pengguguran. Keputusannya adalah bercampur, bagaimanapun, berkenaan dengan pengaruh ke atas hasil kehamilan berikutnya yang mengalami lebih daripada satu pengguguran atau mengalami pengguguran trimester kedua dilihat oleh pengambilan vakum. Pada masa ini, penyelidik masih menjalankan kajian tentang kebarangkalian hubungan antara pengguguran dan peningkatan risiko mendapat kanser payudara pra-menopaus.

    Masalah psikologi

    Walaupun risiko perubatan pengguguran kelihatan sangat kecil, tetapi prosedur ini boleh menimbulkan masalah etika dan moral kepada sesetengah wanita dan juga penyedia kesihatan. Di samping itu, wanita (dan mereka yang terdekat dengannya) mungkin mendapati bahawa kehamilan tidak dirancang atau tidak diingini dan menimbang pilihan pengguguran memberikan pengalaman yang sukar dan beremosi, serta prosedur itu sendiri melibatkan kesakitan dan juga perbelanjaan yang cukup besar.

    Menurut kajian saintifik terkini, mengalami pengguguran tidak akan meningkatkan risiko seseorang wanita itu mendapat masalah kesihatan mental.

    Penyelidik mendapati kehamilan tidak diingini menggandakan risiko mendapat masalah kesihatan mental, bagaimanapun kadar ini tetap sama jika wanita memilih untuk melakukan pengguguran ataupun meneruskan kehamilan.

    Pakar menemukan bahawa wanita yang mengalami sejarah masalah kesihatan mental sebelum melakukan pengguguran adalah lebih cenderung untuk mengalaminya selepas prosedur.

    Faktor yang mungkin berpotensi meningkatkan risiko masalah kesihatan mental selepas pengguguran termasuklah wanita mendapat tekanan daripada pasangan untuk melakukan pengguguran, kejadian yang menekankan, atau wanita itu sendiri mempunyai sikap negatif terhadap pengguguran.

    Bagaimana untuk mencegah kehamilan tidak dirancang

    Kehamilan tidak dirancang dikaitkan dengan peningkatan risiko masalah kepada ibu dan bayi. Jika kehamilan tidak dirancang sebelum konsepsi, seseorang wanita itu mungkin tidak berada dalam keadaan kesihatan yang optimum untuknya hamil. Contohnya, wanita dengan kehamilan tidak dirancang boleh menangguhkan penjagaan pranatal yang mungkin menjejaskan kesihatan bayi. Oleh itu, adalah penting untuk semua wanita yang berada dalam usia pembiakan untuk mengamalkan tabiat sihat seperti:

    • Mengambil asid folik.
    • Mengekalkan diet dan berat badan sihat.
    • Melakukan aktiviti fizikal dengan kerap.
    • Berhenti merokok.
    • Mengelakkan alkohol dan dadah.
    • Bercakap dengan doktor mengenai ujian saringan penyakit kronik.
    • Berjumpa dengan doktor dan berbincang mengenai perancangan anda untuk mula hamil.
    • Menggunakan perancang kehamilan dengan betul dan konsisten jika anda aktif melakukan hubungan intim, tetapi mahu melewatkan atau mengelakkan hamil.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 27/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan