Apa itu IUI atau lebih dikenali sebagai inseminasi buatan? Untuk pengetahuan anda, ia adalah satu usaha yang boleh dicuba jika pasangan sukar memiliki zuriat!
Mungkin kaedah ini amat jarang kita dapat baca atau dengar ekoran wujudnya prosedur yang jauh lebih popular seperti IVF atau bayi tabung uji.
Jadi, mari kita semua ikuti artikel dengan lebih lanjut lagi tentang apa itu IUI, prosedurnya, harganya serta siapa yang perlu/boleh buat.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang kehamilan di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Siapa yang kena buat rawatan ini?
Kaedah inseminasi buatan ini akan dilakukan dengan cara doktor menyalurkan air mani lelaki secara terus ke dalam lubang faraj wanita.
Hampir serupa namun berbeza dengan IVF, kaedah IUI ini mungkin tidak memerlukan proses penyelidikan sperma di makmal terlebih dahulu.
Berbalik kepada persoalan tadi, siapa yang kena buat inseminasi buatan ini? Mereka adalah terdiri daripada pasangan yang bermasalah berikut:
- Endometriosis
- Isu serviks dan mukus serviks
- Ketidaksuburan tanpa sebarang penjelasan
- Masalah sperma (kualiti, kuantiti, mobiliti, morfologi)
- Masalah ereksi dan ejakulasi
Dalam beberapa kes di luar negara, proses ini turut dilakukan oleh pasangan homoseksual atau wanita bujang yang ingin mempunyai anak.
Ini menyebabkan mereka menggunakan khidmat bank sperma (sperma dari lelaki asing) namun ia adalah haram di sisi agama Islam.
Apa itu IUI & kaedahnya?
Apa itu IUI (Intrauterine Insemination) adalah prosedur di mana air mani lelaki yang mengandungi sperma dimasukkan ke dalam rahim wanita yang mengandungi telur.
Ia adalah prosedur yang lebih kurang sama sahaja seperti prosedur satu lagi yang dinamakan sebagai ICI, cuma bezanya ia dilakukan oleh doktor di klinik atau hospital.
Berikut adalah huraian proses kaedah IUI dijalankan:
- Air mani lelaki yang dikeluarkan melalui onani itu akan dibasuh terlebih dahulu bagi menyingkirkan protein yang boleh menjejaskan kesuburan
- Doktor akan menggunakan instrumen khas bernama spekulum untuk menyuntik air mani itu masuk ke dalam lubang faraj seterusnya pada rahim
- Wanita akan diminta untuk berbaring sekitar 15 ke 30 minit bagi memberi peluang kepada sperma masuk ke dalam serviks lalu ke rahim
- Wanita boleh meneruskan aktiviti seharian seperti biasa dan akan melakukan ujian kehamilan selepas 2 minggu atau lebih
Apa pula kaedah ICI?
ICI (Intracervical Insemination) adalah prosedur di mana air mani lelaki yang mengandungi sperma dimasukkan ke dalam rahim wanita yang mengandungi telur.
Ia adalah prosedur yang lebih kurang sama sahaja seperti IUI tadi, cuma bezanya ia dilakukan oleh doktor di rumah anda.
Di bawah ini adalah huraian proses ICI dijalankan:
- Wanita akan memerhatikan kitaran menstrual mereka dengan menggunakan metode kalendar, suhu badan, ultrabunyi atau ketiga-tiganya sekali
- Doktor mungkin akan mempreskripsikan ubatan (Clomid) untuk menambahkan ovulasi bagi meningkatkan jumlah telur yang terhasil
- Doktor akan memasukkan air mani lelaki ke dalam lubang faraj menggunakan jarum suntikan khas ataupun melalui cawan serviks khas
- Wanita akan diminta untuk berbaring sekitar 15 ke 30 minit untuk memberi peluang kepada sperma masuk ke dalam serviks lalu ke rahim
- Wanita boleh meneruskan aktiviti seharian seperti biasa dan akan melakukan ujian kehamilan selepas 2 minggu atau lebih
Apa itu IUI & ICI mengikut perbezaan
Sebenarnya, kedua-dua prosedur ini dilakukan dengan kaedah yang hampir sama iaitu memasukkan air mani lelaki ke dalam lubang faraj wanita.
Namun perbezaannya adalah tempat ia dilakukan yakni; prosedur IUI dilakukan di klinik atau hospital manakala prosedur ICI dilakukan di rumah anda.
Selain itu, prosedur IUI juga melibatkan proses air mani lelaki yang dikeluarkan melalui onani itu akan dicuci terlebih dahulu sedangkan prosedur ICI tidak.
Ini bermakna kedua-dua kaedah inseminasi buatan ini adalah tidak banyak bezanya dan mungkin akan mendatangkan hasil yang sama baik juga.
Sekiranya anda berhasrat untuk melakukan mana-mana kaedah inseminasi buatan ini, sila dapatkan pandangan daripada doktor pakar kesuburan terlebih dahulu.
Berapa kos rawatan ini di Malaysia?
Adalah penting untuk kalian tahu bahawa prosedur ini mungkin tidak akan menyebabkan risiko atau komplikasi yang terlalu teruk.
Ia juga merupakan antara prosedur yang sangat efektif jika dilakukan di usia muda kerana tahap keberkesanannya juga boleh menurun.
Antara faktor kaedah IUI dan ICI ini tidak berkesan adalah seperti berikut:
- Berusia 40 tahun ke atas
- Diagnosis masalah kesuburan yang salah
- Penggunaan ubatan kesuburan yang salah
- Masalah ketidaksuburan yang tidak dapat dijelaskan
Jadi, adalah berbaloi buat kalian yang bermasalah mencuba prosedur ini! Persoalannya, berapakah kos rawatan ini di Malaysia?
Sebenarnya, kos segala jenis rawatan untuk kesuburan ini adalah berbeza dan bergantung kepada pusat perubatan yang dikunjungi.
Secara amnya, mungkin kalian boleh dapatkan harga yang lebih murah jika ia dilakukan di pusat perubatan awam berbanding swasta.
Pun begitu, dianggarkan bahawa kosnya mungkin di antara RM 800 ke RM 2,000, tertakhluk kepada tempat dan jenis rawatan.
[embed-health-tool-ovulation]