Adakah Sperma Bertebaran Dalam Air Boleh Buat Wanita Mengandung?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 12/09/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Seringkali kita terdengar atau terbaca mitos yang menyatakan kehamilan boleh berlaku tanpa melakukan hubungan seks. Ada juga mitos yang menyatakan sekiranya wanita dan lelaki berenang bersama-sama dalam sebuah kolam renang yang sama, wanita tersebut juga boleh mengandung. Adakah ia benar atau semata-mata mitos? Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Bagaimanakah sebenarnya kehamilan boleh berlaku?

Pada umumnya, kehamilan hanya boleh berlaku dengan perlakuan seks di antara pasangan lelaki dan wanita. Sebenarnya, kehamilan hanya akan berlaku sekiranya sperma yang terdapat dalam air mani lelaki berjaya berenang ke dalam rahim wanita untuk melakukan persenyawaan dengan telur wanita. Kebiasaannya, ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 2 hingga 3 minggu selepas pasangan melakukan hubungan seks.

Bolehkah seks tanpa penetrasi menyebabkan kehamilan?

Ya, wanita masih boleh mengandung tanpa pasangan lelaki memasukkan zakar ke dalam faraj. Namun begitu, peluang ini adalah sangat tipis kerana sperma tidak akan mampu bertahan lama berada di luar tubuh badan manusia meskipun jarak antaranya dengan bukaan faraj adalah sangat dekat.

Adakah ia benar atau semata-mata mitos?

Pada tahun 2016, dunia digemparkan dengan berita 16 remaja perempuan mengandung selepas mandi di sebuah kolam renang di Florida, Amerika. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat penerbitan berita tempatan, kesemua remaja terbabit mengandung disebabkan oleh seorang remaja lelaki iaitu Tommy Coulter yang berusia 15 tahun ketika itu, mengeluarkan air mani ketika berada dalam kolam tersebut.

Menurutnya, mereka ketika itu sedang melakukan parti untuk menyambut hari jadinya. Ramai yang berpendapat bahawa remaja-remaja perempuan tersebut hamil disebabkan oleh hubungan seks rambang yang dilakukan sesama mereka. Namun ia dinafikan sekerasnya oleh remaja lelaki ini. Remaja tersebut memberitahu bahawa dia hanya melakukan onani dan mengeluarkan air main di dalam kolam berkenaan.

Adakah ia benar atau mitos semata-mata? Menurut pakar, sperma sememangnya adalah perenang yang baik. Namun, bukan pada kawasan di luar tubuh badan manusia. Ini menunjukkan jika ada air mani lelaki yang dikeluarkan di kolam renang, sperma berkenaan tidak akan mampu berenang ke dalam faraj dan seterusnya rahim wanita. Konklusinya di sini adalah cerita ini hanya mitos semata-mata dan tidak wajar untuk ditularkan.

Kini, terdapat banyak cerita berkenaan kondisi kesihatan tersebar melalui internet tanpa pengesahan pakar perubatan terlebih dahulu. Sebaiknya, kita sebagai individu perlu mempunyai pengetahuan yang mencukupi agar kita tidak mudah percaya atau terpedaya dengan pelbagai cerita-cerita yang tular tanpa usul periksa. Pihak yang berkenaan juga perlu memainkan peranan dalam menyebarkan kesedaran kepada masyarakat mengenai perkara ini.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Masalah Botak Dan Rambut Beruban? Jaga-jaga! Anda Mungkin Menghidap Sakit Jantung

    Sakit jantung adalah keadaan kesihatan yang menakutkan. Tabiat merokok, obesiti dan penyakit kronik boleh menyumbang kepada risiko penyakit jantung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Berisiko Sakit Kepala 2x Ganda Berbanding Lelaki? Ini Angkara Hormon Tak Seimbang!

    Tahukah anda, sakit kepala boleh dicetuskan oleh hormon yang tidak seimbang? Sebab itulah ada wanita yang sering pening kepala ketika datang bulan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 25/09/2020 . 4 minit bacaan

    Dari Rasa Lesu, Terus Jadi Segar! Ini Dia 8 Makanan Yang Akan Buat Anda Kekal Bertenaga

    Pernah tak berasa lesu walaupun baru selesai makan? Bukankah makanan penambah tenaga? Ini kerana makanan kita sering tinggi karbohidrat, terutamanya gula.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah 4 Minggu Hamil? Tahniah, Tapi Hati-hati, Ada 9 Makanan Ibu Tak Boleh Makan Awal Mengandung!

    Bagi seorang wanita mengandung, pemakanan adalah antara aspek penting yang perlu diberikan perhatian. Ini 9 makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit pada payudara selepas menopaus

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tip keibubapaan

    Si Kecil Hiperaktif? Apa Kata Ibu Cuba 11 Tip Didikan Ini, Pasti Membantu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    kesan stres

    Tekanan Boleh Sebabkan Darah Beku? Bahaya Ini! Jangan Selalu Stres Stres Okay!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tips senaman

    Perut Rasa Kejang & Sakit Ketika Berlari? Cuba Lakukan 5 Tip Untuk Elak Masalah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan