backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Adakah Lelaki Yang Mempunyai Hanya Satu Testis Kurang Subur?

Ditulis oleh Dian Sonnerstedt · Yoga · Yoga Alliance


Disemak pada 12/09/2019

    Adakah Lelaki Yang Mempunyai Hanya Satu Testis Kurang Subur?

    Mutakhir ini, kadar ketidaksuburan dalam kalangan lelaki semakin meningkat. Semakin ramai lelaki yang mula risau akan tahap kesuburan mereka. Sebenarnya, terdapat banyak punca yang menyebabkan ketidaksuburan lelaki. Ada lelaki yang mempunyai hanya satu testis dan keadaan ini sangat membimbangkan mereka. Namun begitu, adakah lelaki yang mempunyai hanya satu testis kurang subur? Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

    Bagaimanakah mengukur tahap kesuburan seseorang lelaki?

    Menurut pakar, lelaki itu akan dianggap subur, jika:

  • Lelaki menghasilkan sperma yang sihat (sel yang dihasilkan organ seks lelaki boleh bergabung dengan telur wanita). Sekurang-kurangnya satu daripada dua testis lelaki mesti berfungsi sebetulnya dan menghasilkan testosteron serta hormon lain yang boleh menggalakkan penghasilan sperma.
  • Sperma dikeluarkan melalui air mani (cecair berwarna seakan keputihan yang mengandungi sperma).
  • Kandungan sperma di dalam air mani mencukupi. Jika ia rendah, peluang pasangan untuk hamil juga adalah rendah. Kiraan sperma akan dianggap rendah jika ia kurang daripada 15 juta bagi setiap mililiter air mani atau jika ia kurang daripada 39 juta bagi setiap ejakulasi.
  • Sperma berfungsi dengan normal. Jika tidak, sperma tidak akan mampu untuk berenang menuju ke telur pasangan.
  • Nombor tidak penting

    Fungsi utama organ seks lelaki dalam sistem reproduktif mereka adalah menghasilkan, mengekalkan dan menggerakkan sperma. Banyak kajian yang menunjukkan bilangan penghasilan sperma berbeza mengikut saiz testis, namun secara puratanya sperma akan dihasilkan sebanyak 85 juta sehari bagi satu testis. Ini menunjukkan bahawa jika anda mempunyai hanya satu testis yang sihat, sistem reproduktif anda masih boleh berfungsi dengan normal.

    Sperma yang sihat datangnya daripada individu yang sihat

    Perkara yang paling penting untuk diketahui adalah kesihatan sperma sangat berkait rapat dengan kesihatan seluruh tubuh badan anda. Bagi mendapatkan sperma yang sihat, anda seharusnya mengamalkan diet yang seimbang, bersenam, mendapatkan sinaran matahari yang diperlukan untuk kulit anda serta mengelakkan diri daripada tabiat buruk seperti merokok, minum alkohol atau mengambil dadah. Kesemua ini akan mendatangkan impak terhadap kesihatan sperma dan anda secara umumnya. Jika anda seorang yang obesiti, anda berisiko mengalami beberapa masalah berkaitan hormon anda yang seterusnya akan memberi kesan kepada kesihatan sperma.

    Dengan adanya teknologi moden yang terkini, anda tidak perlu risau jika anda mempunyai hanya satu testis. Selagi anda masih mengamalkan gaya hidup yang sihat, anda masih berpeluang untuk bergelar seorang bapa.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Ditulis oleh

    Dian Sonnerstedt

    Yoga · Yoga Alliance


    Disemak pada 12/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan