backup og meta

Kandungan Kali Ini Teringin Nak Anak Lelaki, Ini Cara TEPAT Menentukan Jantina Bayi

Kandungan Kali Ini Teringin Nak Anak Lelaki, Ini Cara TEPAT Menentukan Jantina Bayi

Setiap kali berbicara tentang jantina anak yang diingini, sudah pasti kita akan peroleh pendapat yang berbeza bergantung kepada individu.

Ada yang inginkan lelaki, ada yang mahukan bayi perempuan, dan ada juga yang tidak kisah dapat anak lelaki atau perempuan.

Disebabkan itu, ada dalam kalangan bakal ibu bapa yang mempunyai impian untuk menentukan jantina anak dengan bantuan teknologi terkini.

Persoalannya, adakah ibu bapa boleh pilih jantina anak dalam kandungan?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui jawapannya dengan lebih lanjut!

Mengapa ada ibu bapa yang mahu pilih jantina anak?

Sebelum itu, mari kita ketahui perkara ini terlebih dahulu. Sebenarnya, ada beberapa sebab ibu bapa ingin menentukan jantina anak dalam kandungan.

Antara sebab tersebut adalah:

  • Faktor kesihatan
  • Faktor kepercayaan
  • Pernah kematian anak sama jantina
  • Pilihan peribadi

Pun begitu, setakat sebab-sebab ini sahaja tidak mencukupi untuk bakal ibu bapa menentukan jantina anak. Jadi, apa yang menjadi dalangnya?

Nama Bayi Perempuan Panduan Membuat Pilihan 2

Apa perkara yang akan menentukan jantina anak?

Jawapannya adalah kromosom. Telur wanita sentiasa akan membawa kromosom X. Sperma lelaki pula akan membawa sama ada kromosom X atau Y.

Sekiranya sperma dengan kromosom Y yang bersenyawa dengan telur (XY), maka bayi lelaki akan terhasil.

Jika sperma dengan kromosom X yang bersenyawa dengan telur (XX) , anda akan mendapat bayi perempuan.

Ada juga keadaan di mana berlakunya penambahan pada kromosom sex semasa proses persenyawaan.

Contohnya sindrom Klinefelter yang akan mengakibatkan kromosom bercampur menjadi XXY.

Persoalannya, adakah kromosom yang menentukan jantina anak ini boleh dipilih oleh ibu bapa menggunakan bantuan teknologi terkini?

Boleh pilih atau tidak, ini jawapannya!

Jawapan mudah dan ringkas kepada persoalan ini adalah tidakTiada apa yang pasangan suami isteri boleh lakukan untuk menentukan jantina anak dalam kandungan kelak.

Ini sekali gus membuktikan bahawa segala mitos tentang pemilihan jantina dengan perlakuan seks adalah tidak benar. Tiada posisi seks atau waktu seks yang akan menjadi penentu perkara ini.

Bagaimana pula dengan pemakanan?

Ya, ini adalah perkara yang wajar dikaji dengan lebih lanjut lagi kerana kaitannya adalah agak kuat namun masih belum dapat dipastikan kesahihannya.

Akan tetapi, ada beberapa perkara berteraskan teknologi yang suami isteri boleh cuba untuk memilih jantina anak dalam kandungan, iaitu:

Nama Bayi Perempuan Panduan Membuat Pilihan 4

#1. Preimplantation genetic screening

Ia adalah satu teknik yang menggabungkan sekali kaedah persenyawaan in-vitro.

Embrio akan diuji dan kondisi genetik yang spesifik seperti jantina akan ditentukan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam rahim wanita.

#2. Sperm sorting

Ia juga adalah satu teknik yang menggabungkan sekali kaedah persenyawaan in-vitro.

Sperma akan dipilih menggunakan teknik pengasingan di dalam tabung uji untuk menentukan jantina dan mengurangkan risiko penyakit genetik.

Pun begitu, adalah diingatkan bahawa individu yang beragama Islam tidak boleh melakukan teknik-teknik ini semata-mata kerana ingin pilih jantina anak.

Sebenarnya, apa yang dilarang dalam agama kita ini ada maksud tersembunyi di sebaliknya.

Ya, memang benar bahawa kita semua mempunyai impian untuk memiliki anak sama ada lelaki atau perempuan.

Namun, cuba anda bayangkan jika anak yang lahir kelak itu bukan berjantina seperti apa yang diimpikan.

Sudah pasti ia akan membuat kalian berasa sedih bukan?

Jadi, hargailah setiap anugerah dari Tuhan. Tidak kira lelaki atau perempuan, mereka tetap amanah yang perlu kalian sayangi dan hargai sepanjang hayat.

Baca juga:

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/getting-pregnant/expert-answers/babys-sex/faq-20058219
  2. https://health.clevelandclinic.org/boy-or-girl-can-you-choose-your-babys-gender/
  3. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1600168/
  4. https://www.verywellfamily.com/choosing-the-sex-of-your-baby-facts-and-myths-4163803

Versi Terbaru

18/08/2020

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Sakit Kepala Sebab Anemia? Amalkan 9 Jenis Makanan Ini Masa Hamil, Hb Akan Naik!

Ingin Tip Cegah Hamil Cara Tradisional? Boleh Cuba Ambil 10 Makanan & Minuman Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 18/08/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan