home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bolehkah Anda Memilih Jantina Anak?

Bolehkah Anda Memilih Jantina Anak?

Sejak dahulu lagi, pasangan suami isteri sudah mencuba untuk menentukan jantina bayi perempuan atau lelaki menggunakan pelbagai petua-petua purba serta teknik-teknik moden.

Antara punca penentuan jantina ini adalah kemahuan sendiri, tuntutan dari aspek budaya, perancangan keluarga serta sebagai langkah untuk mengelak penyakit bawaan genetik yang dibawa oleh jantina tertentu.

Secara teknikal, pasangan suami isteri sebenarnya boleh melilih jantina anak.

Seiring dengan kemajuan teknologi kini, pasangan suami isteri boleh mencuba kaedah baharu demi menentukan jantina bayi perempuan atau lelaki.

Berikut merupakan kaedah-kaedah baharu yang dihasilkan oleh teknologi demi mendapatkan jantina anak yang diingini.

Diagnosis bayi perempuan atau lelaki, Genetik Pre-implan

bayi perempuan

Diagnosis Genetik Pre-implan atau Pre-implantation Genetic Diagnosis (PGD) menggunakan teknik persenyawaan in vitro yang bermaksud persenyawaan antara sperma dan telur wanita dilakukan di dalam makmal bagi membentuk embrio.

Selepas tiga hari, embrio tersebut akan dibahagikan kepada 8 sel yang kemudiannya akan diperiksa untuk memastikan jantina bayi perempuan atau lelaki yang diingini terdapat dalam sel-sel embrio tersebut.

Selepas dipilih, embrio yang memiliki jantina yang diingini akan dimasukkan ke dalam rahim ibu.

MicroSort

bayi perempuan

MicroSort merupakan teknik mengasingkan sperma yang memiliki kromosom X dan Y menggunakan cahaya laser, pewarna dan flow cytometer.

Apabila sperma sudah diasingkan, spesimen akan dimasukkan kembali ke dalam rahim ibu menggunakan alatan artifisial.

Disebabkan sperma yang memiliki kromosom X lebih besar, sperma ini akan menyerap leboh banyak pewarna serta memantulkan cahaya yang lebih terang berbanding sperma yang memiliki kromosom Y di bawah sinaran laser.

Oleh itu, pengkaji dapat mengasingkan sperma-sperma yang diingini oleh pasangan suami isteri dengan melihat kepada perubahan yang berlaku kepada sperma-sperma yang dikaji.

health-tool-icon

Kalkulator BMI

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. http://americanpregnancy.org/infertility/preimplantation-genetic-diagnosis/
  2. https://health.clevelandclinic.org/boy-or-girl-can-you-choose-your-babys-sex/
  3. https://www.nct.org.uk/pregnancy/worries-and-discomforts/common-discomforts/gender-positions-and-cravings-pregnancy-truth-or-myth
  4. https://www.npr.org/templates/story/story.php?storyId=99346281
  5. https://depts.washington.edu/dbpeds/healthy-gender-development.pdf

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Dr. Aron Schuftan Disemak pada 18/06/2021
x