backup og meta

Wanita Hamil Gemar Beronani Sebab Takut Bersetubuh? Ini Kesan Pada Ibu & Janin

Wanita Hamil Gemar Beronani Sebab Takut Bersetubuh? Ini Kesan Pada Ibu & Janin

Tidak dapat dinafikan, ramai individu termasuk pakar yang mengatakan perbuatan melancap adalah satu perbuatan yang normal. Hakikatnya, ia dilakukan oleh kebanyakan lelaki atau wanita yang hidup di muka bumi ini. Persoalannya, bagaimana pula jika seorang wanita itu sedang hamil? Adakah onani ketika hamil itu adalah satu perkara yang normal?

Jom ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk tahu jawapannya!

Kehamilan akan mengubah segala-galanya

onani ketika hamil

Buat wanita yang pernah mengandung, pasti anda akan bersetuju dengan kenyataan ini bukan?

Ini kerana memang benar kehamilan akan mengubah segala-galanya dalam kehidupan kaum Hawa.

Ketika perut sedang memboyot, kebanyakan wanita mungkin akan mengalami perubahan pada fizikal dan mental mereka.

Kondisi yang tidak menyenangkan seperti morning sickness, mood tidak menentu serta keletihan yang berlebihan adalah perkara biasa bagi ibu hamil.

Dalam pada itu, ada juga wanita yang akan mengalami peningkatan tahap libido semasa sedang hamil.

Ini berpunca daripada peningkatan hormon progesterone dan estrogen dalam tubuh badan.

Jika suami tidak larat atau tidak minat untuk melayan, maka mungkin ada yang pilih untuk beronani.

Namun, ramai yang tertanya-tanya adakah normal untuk melancap semasa mengandung?

Adakah onani ketika hamil itu normal?

onani ketika hamil

Meskipun ia adalah perbuatan yang sudah terang lagi bersuluh salah di sisi ajaran agama Islam, kita tidak boleh menafikan memang ramai individu yang melakukan perbuatan ini.

Menurut ramai pakar, beronani semasa hamil adalah perbuatan yang normal.

Bukan sahaja normal, malahan juga ia dikatakan mempunyai pelbagai manfaat lain terhadap kesihatan tubuh badan kita.

Antara kebaikan onani ketika hamil yang digembar-gemburkan adalah:

  • Membantu mengurangkan stres
  • Membantu melancarkan aliran dalam saluran darah
  • Membantu meningkatkan kualiti tidur
  • Rasa gembira ekoran pengeluaran hormon dalam tubuh badan

Pun begitu, sila berhenti daripada melakukannya jika anda mengalami perkara berikut sebagai langkah keselamatan ya?

  • Air ketuban sudah pecah
  • Faraj mengalami pendarahan
  • Berisiko tinggi melahirkan bayi pramatang
  • Anda mengalami kahamilan dengan uri berada di bawah

Jadi, adakah ia adalah satu perbuatan yang selamat untuk dilakukan?

Adakah perbuatan onani ketika hamil itu selamat?

onani ketika hamil

Jawapannya ya, ia adalah satu perbuatan yang selamat untuk dilakukan meskipun terdapat beberapa ketika di mana anda perlu menghentikannya – seperti yang disenaraikan di atas.

Jika kalian bebas daripada keadaan yang telah dinyatakan di atas tadi, maka onani ketika hamil adalah satu perbuatan yang normal untuk anda.

Namun, kalian harus mengikut beberapa petua yang penting.

  • Pertama, sila pastikan kuku anda sentiasa pendek untuk mengelakkan risiko faraj tercedera semasa beronani
  • Kedua, pastikan jari dan tangan yang digunakan bersih. Sila cuci jari dan tangan anda menggunakan air dan sabun setiap kali sebelum atau selepas beronani
  • Ketiga, pastikan peralatan seks seperti dildo atau vibrator yang anda ingin gunakan adalah milik anda sendiri dan bukannya dipinjam daripada orang lain. Ini kerana perkongsian sex toy mudah menyebarkan penyakit jangkitan kelamin (STD) antara manusia

Untuk lebih kepastian, anda boleh gunakan kondom untuk disarungkan pada sex toy ini. Ia adalah satu tindakan yang sangat efektif dalam usaha mengelakkan STD.

Cuma, pastikan anda membuang dan menukar kondom ini selepas digunakan walaupun baru sekali.

Hak individu

Kesimpulannya, onani ketika hamil itu adalah normal dan selamat.

Namun, ada beberapa perkara yang anda perlu ambil tahu sebelum mengambil keputusan untuk melakukannya.

Selain itu, ketahuilah ia adalah perbuatan yang sangat bertentangan dengan ajaran agama Islam!

[health_tool_article id=”78935″]

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Masturbating. https://www.plannedparenthood.org/learn/teens/ask-experts/i-was-masturbating-and-now-i-think-i-am-pregnant-is-that-possible. Accessed 8 April 2020.
  2. There such thing good sex pregnancy. https://www.sexwise.org.uk/blog/there-such-thing-good-sex-pregnancy. Accessed 8 April 2020.
  3. Sexual intercourse and orgasm during late pregnancy may have protective effect. https://www.guttmacher.org/journals/psrh/2001/07/sexual-intercourse-and-orgasm-during-late-pregnancy-may-have-protective-effect. Accessed 8 April 2020.
  4. Masturbation. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/gradeschool/puberty/Pages/Masturbation.aspx. Accessed 8 April 2020.
  5. Masturbation. https://www.plannedparenthood.org/learn/sex-pleasure-and-sexual-dysfunction/masturbation. Accessed 8 April 2020.

 

Versi Terbaru

20/07/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Ini Fakta Yang Kaum Hawa Perlu Tahu Tentang Onani Wanita, No. 5 Itu Paling Penting!

Keliru Waktu Kesuburan Anda, Ini 8 Cara Untuk Kira Masa Subur, No.3 Paling Mudah!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan