Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Letih, Sakit Badan Sebab Bentan Langgar Pantang? Ibu Berpantang Kena Ambil Tahu!
Benarkah tanda tanda masuk angin selepas bersalin seperti sakit badan, kelesuan dan cepat letih, pelupa dan kemurungan berlaku kerana melanggar pantang?
Biasanya tanda badan masuk angin ketika berpantang ini dikatakan kerana keadaan yang dikenali sebagai bentan.
Teruskan membaca untuk mengetahui penjelasannya dari sudut perubatan saintifik.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Tanda tanda masuk angin selepas bersalin
Jika ibu selepas bersalin mengalami simptom seperti di bawah:
Biasanya gejala di atas dianggap sebagai tanda badan masuk angin ketika berpantang, betul tak? Oleh itu, wanita selepas bersalin amat disarankan untuk berpantang dengan betul. Namun adakah itu sebenarnya keadaan yang berlaku?
Hakikatnya, dari aspek perubatan keadaan gejala tersebut berlaku kerana keradangan kelenjar tiroid atau Postpartum thyroiditis (PPT) pada bahagian leher.
PPT vs tanda tanda masuk angin selepas bersalin
Postpartum thyroiditis (PPT) atau tiroiditis selepas bersalin adalah keadaan yang agak jarang berlaku. Dianggarkan 5% wanita mungkin mengalami gejala ini selepas bersalin.
Umumnya, tiroid adalah kelenjar endokrin berbentuk rama-rama yang terletak di bawah bahagian leher.
Fungsi tiroid:
Menghasilkan hormon yang membantu badan menggunakan tenaga
Kekal panas
Memastikan organ seperti otak, jantung dan otot berfungsi sebaiknya
Tiroiditis selepas bersalin ini boleh mengakibatkan hipertiroidisme – paras hormon tiroid tinggi dalam darah dan kadangkala hipotiroidisme – tahap hormon tiroid yang rendah dalam darah.
Biasanya keadaan hipertiroidisme akan berlaku dahulu dan diikuti oleh hipotiroidisme.
Individu berisiko
Wanita dengan diabetes jenis 1 atau mereka dengan sejarah disfungsi tiroid berisiko lebih tinggi untuk mengalami tanda tanda masuk angin selepas bersalin PPT.
Mereka yang mempunyai ahli keluarga dengan masalah disfungsi tiroid juga berisiko tinggi untuk mengembangkan keadaan ini.
Kehadiran antibodi mikrosomal – antibodi khusus tiroid – juga menjadikan seseorang wanita itu lebih terdedah kepada disfungsi tiroid termasuk tiroiditis selepas bersalin.
Baca juga:
Punca tanda tanda masuk angin selepas bersalin terjadi
Tiroiditis selepas bersalin disebabkan oleh antibodi antitiroid yang menyerang tiroid. Serangan ini menyebabkan tiroid meradang.
Pun begitu, masih tidak terdapat penjelasan tepat mengapa antibodi menyerang tiroid.
Walau bagaimanapun, dipercayai wanita yang mengalami PPT mungkin mempunyai keadaan tiroid autoimun tanpa gejala.
Tanda badan masuk angin ketika berpantang
Tidak dinafikan simptom tiroiditis ini adalah sama dengan tanda bentan selepas berpantang.
Fasa pertama tiroiditis selepas bersalin – hipertiroidisme. Kebanyakan wanita mungkin tidak melihat atau menyedari sebarang gejala. Fasa ini biasanya berlaku antara satu hingga enam bulan selepas bersalin.
Wanita dalam fasa hipotiroid biasanya dirawat dengan terapi penggantian hormon tiroid
Adakah tanda tanda masuk angin selepas bersalin akan kekal?
Walaupun kedengaran menakutkan, usah bimbang kerana dalam kebanyakan kes ia hanyalah keadaan sementara.
Amat penting untuk membenarkan doktor terus memantau tahap tiroid anda semasa janji temu. Doktor mungkin akan dapat mengurangkan sebarang preskripsi ubat sekiranya tiroid kembali kepada tahap fungsi normal.
Individu yang mempunyai keadaan antibodi tiroid positif adalah lebih cenderung untuk meneruskan fasa hipotiroid. Mereka juga memerlukan penggantian hormon tiroid sepanjang hayat.
Sekiranya terdapat sebarang keraguan atau kebimbangan mengenai keadaan diri semasa tempoh berpantang, lakukan pemeriksaan doktor bagi mendapatkan kepastian.
Paling penting pastikan anda menjaga kesihatan diri, mengamalkan pengambilan diet seimbang dan menghindari melakukan tugasan rumah yang berat bagi memberi peluang badan untuk pulih sepenuhnya selepas kelahiran bayi.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Postpartum Thyroiditis. https://www.thyroid.org/postpartum-thyroiditis/, Accessed on Oct 28, 2022
Consumer Health: What is postpartum thyroiditis? https://newsnetwork.mayoclinic.org/discussion/consumer-health-what-is-postpartum-thyroiditis/, Accessed on Oct 28, 2022
Postpartum Thyroiditis. https://www.chop.edu/conditions-diseases/postpartum-thyroiditis, Accessed on Oct 28, 2022
Postpartum Thyroiditis, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15294-postpartum-thyroiditis, Accessed on Oct 28, 2022
Postpartum Thyroiditis. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/postpartum-thyroiditis, Accessed on Oct 28, 2022
Versi Terbaru
26/11/2024
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim