backup og meta

7 Perkara Ibu LUPA Buat Selepas Dapat Baby, No 5 Dan 6 Paling Penting!

7 Perkara Ibu LUPA Buat Selepas Dapat Baby, No 5 Dan 6 Paling Penting!

Penjagaan ibu selepas bersalin, terutamanya untuk beberapa minggu pertama adalah penting. Ia harus menitikberatkan aspek fizikal dan juga mental.  

Pun begitu terdapat beberapa rutin harian yang ada kalanya ibu terlupa untuk melakukannya selepas bayi dilahirkan. 

Kalau ingin tahu apakah perkara tersebut, pastikan anda membaca perkongsian artikel ini. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Penjagaan ibu selepas bersalin: Rutin harian sering diabaikan

Berikut adalah 7 perkara penting yang perlu diberikan keutamaan oleh wanita selepas beranak:

1. Pemakanan harian

Terlupa untuk makan adalah perkara biasa apabila anda sibuk melayani kerenah si kecil, tetapi ia adalah perkara yang tidak seharusnya terjadi. 

Kekurangan nutrisi boleh melemahkan tenaga anda yang diperlukan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu.

Pengambilan cecair harian juga perlu diperbanyakkan jika anda menyusu badan. 

Proses penyusuan menghasilkan tindak balas hormon yang boleh meningkatkan rasa dahaga, jadi pastikan anda menyediakan botol air di sebelah semasa menyusukan si kecil.

2. Pengambilan vitamin pranatal, rutin harian yang dilupakan

Jika anda melakukan penyusuan eksklusif, badan memerlukan lebih banyak vitamin dan mineral berbanding semasa kehamilan. 

3. Dapatkan tidur mencukupi, penting dalam penjagaan ibu selepas bersalin

penjagaan ibu selepas bersalin

Tidur amat penting dalam setiap aspek pemulihan. Disarankan apabila bayi tidur, anda juga mengambil peluang untuk melelapkan mata – walaupun hanya seketika.

Secara perlahan-lahan, ajar si kecil mengenai siang dan malam untuk membolehkan anda kembali ke corak tidur malam biasa. 

4. Bersabar dalam proses penyusuan

Bagi mereka yang pertama kali bergelar ibu, penyusuan susu badan boleh mendatangkan kepayahan. Bahkan ia bukannya perkara mudah untuk mendapatkan bayi cara lekapan yang betul ditambah pula dengan kesakitan yang perlu ibu lalui.

Jika perlu, dapatkan rundingan bersama pakar laktasi untuk mendapatkan bantuan. 

5. Usah berlebihan

Rutin harian baharu dengan kehadiran si kecil pastinya memenatkan. Namun dalam apa juga keadaan, anda masih tetap perlu menjaga diri sendiri.

Ada kalanya jika anda melakukan terlalu banyak perkara semasa sedang berpantang, pendarahan lochia atau nifas mungkin meningkat kembali.

Dengarkan isyarat tubuh, berehatlah apabila memerlukannya. Berlebihan selepas beranak cenderung menyebabkan kecederaan, ketegangan otot serta rasa terharu dan kegelisahan.

Baca juga:

Penjagaan ibu selepas bersalin #6. Mengabaikan kesakitan

Tahap kesakitan setiap wanita selepas bersalin berbeza – sama ada dalam aspek jenis dan tempoh.

Contohnya, kesakitan akan berbeza mengikut prosedur kelahiran – secara normal atau czer, mahupun jika anda mengalami sebarang komplikasi semasa bersalin atau selepasnya.

Tempoh kesakitan mungkin berlarutan selama berhari-hari atau berminggu-minggu. Ia berbeza bagi setiap individu dan dari 1 kehamilan ke kehamilan lain. 

Jenis kesakitan normal selepas kelahiran termasuklah:

  • Kekejangan kerana rahim anda mengecut kembali
  • Sakit di kawasan antara faraj dan dubur
  • Rasa sakit di dalam atau di sekitar hirisan dan jahitan
  • Ketidakselesaan leher, belakang dan sendi
  • Kesakitan disebabkan payudara membengkak

Semasa tempoh penjagaan ibu selepas bersalin, kesakitan yang dialami berikut perlu mendapatkan pemeriksaan doktor:

  • Sakit kepala teruk dan tidak baik walaupun selepas pengambilan ubat atau yang menjejaskan penglihatan
  • Sakit bersama demam melebihi 38°C
  • Sakit semasa kencing dan bertambah teruk dari hari ke hari
  • Pendarahan berat
  • Sakit pada bahagian tertentu payudara – terutamanya jika disertai demam atau kemerahan

penjagaan ibu selepas bersalin

Sekiranya kesakitan yang dialami disertai dengan sebarang gejala luar biasa atau jika kesakitan bertambah teruk, berjumpalah doktor dengan segera.

Penjagaan ibu selepas bersalin #7. Menyembunyikan kesukaran

Ibu selepas bersalin yang berdepan kesukaran secara mental – anda tidak bersendirian.

Baby blues melanda hampir 80% wanita selepas bersalin. Ia boleh menyebabkan anda mengalami perasaan sedih, kebimbangan atau tekanan mendalam antara 10 hingga 14 hari pertama selepas melahirkan anak.

Jika selepas 2 minggu pertama, anda masih terasa tidak seperti diri sendiri, anda disaran melakukan penilaian doktor untuk keadaan kemurungan selepas bersalin – 1 daripada 5 individu mengalaminya.

Gejala kemurungan selepas bersalin termasuklah:

  • Kerap menangis
  • Mudah marah
  • Rasa tersisih daripada keluarga atau rakan
  • Tidak menikmati perkara yang anda sukai
  • Meragui diri sendiri dalam hal berkaitan penjagaan asas bayi
  • Rasa terputus hubungan dengan bayi
  • Bimbang berlebihan bahawa anda mungkin akan mencederakan bayi

penjagaan ibu selepas bersalin

Kemurungan ini boleh berlaku kepada sesiapa tetapi risikonya lebih tinggi jika anda:

  • Tidak mendapat banyak sokongan selepas melahirkan
  • Kemurungan sebelum hamil
  • Sejarah keluarga kemurungan
  • Mengalami komplikasi semasa bersalin
  • Masalah kesihatan dengan bayi
  • Melahirkan anak kembar

Berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan kepastian mengenai keadaan diri.

Ibu & anak sama penting

Menjalani kehidupan dengan bayi baru lahir adalah perkara yang mencabar. Pun begitu, penjagaan ibu selepas bersalin tidak boleh diabaikan.

Jika mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan tentang kesihatan diri atau bayi, doktor adalah sumber terbaik anda untuk mendapatkan nasihat. 

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Caring for Your Health After Delivery. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/9679-postpartum-care, Accessed on April 25, 2022 
  2. What Really Helps You Bounce Back After Pregnancy. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/what-really-helps-you-bounce-back-after-pregnancy, Accessed on April 25, 2022 
  3. The New Mother: Taking Care of Yourself After Birth. https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=the-new-mother—taking-care-of-yourself-after-birth-90-P02693, Accessed on April 25, 2022
  4. Recovering From Delivery. https://kidshealth.org/en/parents/recovering-delivery.html, Accessed on April 25, 2022  
  5. Baby Blues After Pregnancy. https://www.marchofdimes.org/pregnancy/baby-blues-after-pregnancy.aspx, Accessed on April 25, 2022
  6. Depression Among Women. https://www.cdc.gov/reproductivehealth/depression/index.htm#Postpartum, Accessed on April 25, 2022
  7. Nursing Your Baby? What You Eat and Drink Matters. https://www.eatright.org/health/pregnancy/breast-feeding/nursing-your-baby-what-you-eat-and-drink-matters, Accessed on April 25, 2022
  8. Optimizing Postpartum Care. https://www.acog.org/clinical/clinical-guidance/committee-opinion/articles/2018/05/optimizing-postpartum-care, Accessed on April 25, 2022
  9. Taking Care of You. https://wicbreastfeeding.fns.usda.gov/taking-care-you, Accessed on April 25, 2022 
  10. Your post-pregnancy body. https://www.nhs.uk/conditions/baby/support-and-services/your-post-pregnancy-body/, Accessed on April 25, 2022 

Versi Terbaru

21/06/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Normal Ke Faraj Berbau Ikan Busuk Selepas Bersalin? Ini Puncanya!

Ini Tip Penjagaan Bersalin Czer, No 7 Paling PENTING Kalau Tak Nak MEROYAN!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 21/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan