Payudara Membengkak Selepas Bersalin: Bagaimana Mengatasinya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 26/11/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Pembengkakan payudara kebiasaannya berlaku ketika 2 hingga 5 hari selepas bersalin. Ini kerana payudara anda mempunyai kandungan susu yang terlalu banyak. Ketika ini, payudara anda akan menjadi lebih besar, lebih hangat, lebih berat serta sakit ketika menyusukan bayi. Kadangkala, situasi ini membuatkan bayi sukar untuk menyusu. Namun begitu, anda tidak perlu risau kerana kondisi ini adalah normal dan boleh dirawat di rumah. Berikut merupakan beberapa cadangan untuk mengatasi payudara membengkak selepas bersalin.

Bagaimanakah meredakan pembengkakan payudara?

Jika anda menyusukan bayi anda dengan susu badan, ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat proses menyusukan bayi lebih senang dan selesa:

  • Lembutkan payudara sebelum menyusukan bayi dengan menanggalkan baju dalam anda. Anda juga boleh membuat payudara anda lebih hangat dengan menuamkan ia dengan air panas selama beberapa minit atau mandi air panas sebelum menyusukan bayi. Namun begitu, payudara yang terlalu hangat juga akan menyukarkan aliran susu kepada payudara anda. Gunakan tangan atau pam untuk mengalirkan lebih banyak susu.
  • Susukan bayi anda dengan kerap. Ketika bayi anda tidak menyusu, pam keluar sedikit susu daripada payudara anda.
  • Urutkan payudara anda perlahan-lahan ketika sedang menyusukan anak. Ini akan membantu susu mengalir keluar dengan lebih mudah.
  • Jika payudara anda berasa tidak selesa selepas menyusukan anak, cuba keluarkan sedikit susu daripada payudara anda.
  • Tuamkan payudara anda dengan sesuatu yang sejuk untuk mengurangkan bengkak selepas menyusukan anak. Anda boleh menggunakan ais atau daun kubis.

Jika anda tidak menyusukan bayi dengan susu badan, ikuti langkah-langkah berikut untuk meredakan pembengkakan payudara:

  • Jika payudara anda berasa sangat sakit, pam keluar sedikit susu. Ini akan membuat anda berasa sedikit lega. Namun begitu, jangan pam keluar terlalu banyak susu sehingga kering.
  • Tuamkan payudara anda dengan sesuatu yang sejuk sekurang-kurangnya 15 minit dalam setiap jam. Lapikkan tuaman dengan kain untuk mengelakkan keradangan pada kulit.
  • Gunakan baju dalam yang sesuai. Pastikan baju dalam yang anda pakai selesa dan menyokong payudara anda.

Jika payudara anda masih membengkak selepas menggunakan tip-tip berikut, dapatkan bantuan pakar. Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan,

Bagaimanakah mengelakkan pembengkakan payudara?

Tidak semua wanita akan mengalaminya. Sesetengah wanita mungkin akan perasan payudara mereka menjadi lebih besar namun tidak mendatangkan sebarang ketidakselesaan. Anda boleh mengurangkan risiko terjadinya pembengkakan payudara dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Susukan bayi anda dua jam selepas kelahiran bayi anda. Dapatkan bantuan doktor atau jururawat untuk melakukannya.
  • Susukan bayi anda apabila anda mengetahui bayi anda sedang lapar. Bayi anda akan menunjukkan tanda dia sedang lapar dengan memasukkan jari ke dalam mulut.
  • Susukan bayi anda sekerap yang boleh. Ini dapat memastikan susu tidak terkumpul di dalam payudara anda. Susukan bayi anda sekurang-kurangnya setiap dua hingga tiga jam sehari ketika dia masih belum mencecah usia sebulan.
  • Anda perlu membantu anak anda ketika mereka sedang cuba untuk menyusu. Halakan puting anda ke dalam mulut bayi anda bagi membantu memudahkan bayi anda menyusu.
  • Biarkan anak anda menghabiskan susu pada sebelah payudara anda terlebih dahulu sebelum beralih ke sebelah yang lain.
  • Penggunaan nursing bra juga dapat membantu mengelakkan pembengkakan.

Pembengkakan payudara selepas bersalin kebiasaannya pulih dengan sendiri dan cepat buat kebanyakan wanita. Kondisi ini boleh kebah dalam masa 24 hingga 48 jam jika anda mengeluarkan susu setiap dua hingga 3 jam sehari. Jika tidak dirawat, pembengkakan payudara boleh melarat sehingga sepuluh hari lamanya.

Bagi mengatasi payudara membengkak selepas bersalin, anda perlu menyusukan bayi dengan susu badan. Jika tidak, anda mungkin memerlukan bantuan daripada pakar perubatan untuk melegakan tekanan yang dialami oleh payudara anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    1
    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Hanya Ada Satu Paru-paru Dalam Tubuh Badan, Boleh Atau Tidak Hidup Secara Normal?

    Umum sudah tahu bahawa paru paru manusia adalah antara organ yang paling penting. Persoalannya, bolehkah hidup hanya dengan satu paru-paru? Jom klik!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Mak Ayah Ambil Tahu Ini! Jangan Tarik Tangan Anak Terlalu Kuat, Undang RISIKO Sendi Siku Teralih!

    Suka mengayunkan anak ala putaran kipas helikopter? Jika ya, tindakan itu boleh menyebabkan kecederaan pada anak punca sendi siku teralih.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 23/09/2020 . 3 minit bacaan

    Pil Perancang Keluarga Untuk Lelaki – Adakah Ia Sudah Wujud Atau Masih Dalam Kajian?

    Buat anda yang tertanya-tanya dan terfikir sama ada pil perancang keluarga untuk lelaki sudah wujud atau belum, ini jawapannya. Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 22/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Takut Nak Bersenam Sebab Masih Menyusukan Bayi? Usah Risau! Cuba 6 Tip Ini

    Menyusu badan mempunyai cabaran tersendiri. Pun begitu, ia tidak bermakna anda perlu mengetepikan aktiviti fizikal untuk kecergasan diri. Ini caranya...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 22/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    leher berkedut

    Leher Berkedut & Menggeleber Akibat Usia? TENANG, Ada 3 Cara Untuk Mengurangkannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan
    bulu hidung

    Nak Cabut Bulu Hidung Jangan Terus Tarik Saja, BAHAYA! Ada Kaedah Lebih Selamat, Cuba Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
    lelaki homoseksual

    Lelaki Homoseksual & Biseksual Lebih Risiko Terjangkiti Sifilis? – Ini Kata Kajian Pakar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan
    ubat untuk masalah kesuburan

    Wanita Yang Nak Hamil, Sebelum Ambil Ubat Kesuburan, Ketahui Kesan Sampingan Jangka Panjang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 23/09/2020 . 3 minit bacaan