backup og meta

Obesiti Materna: Lebih Bahaya dari Apa Yang Anda Fikirkan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/09/2019

    Obesiti Materna: Lebih Bahaya dari Apa Yang Anda Fikirkan

    Obesiti semasa hamil meletakkan ibu dan bayi dalam kandungan berdepan dengan pelbagai risiko yang mengancam nyawa. Kajian terkini berfokus khusus kepada bayi perempuan mendapati bahawa impak berat ibu kepada bayi perempuan yang dikandungnya adalah melebihi jangkauan. Lebih mengejutkan, anak tersebut berisiko tinggi untuk menjadi gemok sepanjang hayatnya.

    Obesiti materna boleh membangkitkan risiko obesiti dalam kalangan anak perempuan sulung

    Kajian usahasama antara Uppsala University di Sweden dan University of Auckland’s Liggins Institute menunjukkan kaitan positif antara berat semasa hamil dan anak perempuan pertama. Hasil kajian menyimpulkan bahawa melalui semakan dekat Indeks Jisim Badan (BMI) kepada lebih 26000 wanita Sweden yang hamil semasa tempoh antara 1982 dan 1988, dan kadar obesiti untuk anak sulung pertama yang kemudiannya hamil pada 2000-2008.

    Sementara ibu-ibu yang terlebih berat badan membawa 3 kali lebih tinggi risiko untuk anak perempuan pertama mereka menderita obesiti apabila besar, kadar yang sama juga melanda sehingga 5 kali lebih tinggi untuk ibu obes.

    Kes ini, walau bagaimanapun, kelihatan berbeza kepada anak perempuan kedua, kerana kajian menunjukkan kurang risiko berbanding dengan anak pertama. Menurut Pendaftar Kelahiran Sweden terhadap lebih 13000 pasangan adik beradik perempuan, kajian mendapati bahawa secara puratanya, berat badan semasa lahir untuk anak perempuan sulung adalah lebih ringan daripada adik mereka, purata BMI mereka sebenarnya lagi tinggi daripada anak kedua, apabila mereka dewasa nanti.

    Kesimpulannya, penyelidik dari kedua-dua universiti percaya bahawa berat semasa hamil mempunyai pengaruh besar terhadap kesihatan bayi untuk jangka masa panjang.

    Pendapat menurut sains?

    Pakar bersetuju bahawa kajian lanjut perlu dibuat untuk mendapatkan penjelasan yang lebih jelas tentang masalah ini. Mereka mencadangkan bahawa sebahagiannya mungkin terjadi disebabkan anak pertama secara amnya menerima kurang darah dan nutrien berbanding dengan anak kedua. Ini mungkin juga kerana fakta yang mengatakan dalam kehamilan pertama, badan ibu belum membuat semua pindaan seperti meluaskan pembuluh darah. Oleh itu, kekurangan nutrien pada janin boleh menyebabkan mereka berkemungkinan mengembangkan ketahanan insulin dan ketidakupayaan untuk membakar lemak.

    Sesetengah penyelidik lain menganggap kes ini dipanggil “kitaran obesiti antara generasi”. Ia bermakna apabila ibu itu sudah terlebih berat atau obesiti, badan bayi dalam kandungannya juga akan menyerap untuk menyimpan lebihan lemak dalam peringkat dewasa nanti.

    Kesan alam sekitar juga menjadi penyumbang besar kepada kadar obesiti untuk anak sulung. Jika ibu obes atau terlebih berat badan tidak membuat perubahan yang besar dalam tabiat pemakanan mereka selepas bersalin, anak pertamanya berkemungkinan terdedah dan terpengaruh dengan gaya hidup tidak sihat si ibu tanpa mengetahui sebenarnya mereka sudah berisiko menjadi obes.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 13/09/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan